Pada satu ketika dulu,
'Eh, ini bukan nombor telefon si polan?'
Mesej aku.
'Awak ini siapa? 'Girlfriend' si polan ke? Awak sudah kena tipu, saya pun 'girlfriend' dia.'
Mesej dia.
Mesej itu hampir membuatkan aku yang sedang memandu pada waktu malam terbabas ke tengah laluan.
Aku hanya simpan cerita itu sendiri.
Berpuluh kali atau ratusan kali gunakan nombor itu untuk bercakap dengan si polan. Bila ada suara jantina lain yang mengangkat, jadi terkesima. Meminta maaf dan memutuskan talian. Kemudian mesej dari nombor itu menyusul seperti di atas.
Aku tidak pernah ceritakan kepada dia atau sesiapa. Simpan dalam hati. Biarlah. Malas mahu bertekak atau bertegang leher. Tidak mahu bergaduh kerana seseorang yang bukan hak milik sah. Bimbang dia akan bersuara.
'Kau siapa pada aku?' Senyum.
Aku bukan jenis yang akan bertarik rambut atau memaki hamun berebut lelaki. Bukan jenis yang bertumbuk atau bergumpal hanya kerana seorang lelaki yang bukan hak milik sah. Bukan aku.
Kau mahu, ambillah. Jangan tunjukkan kebodohan dan merendahkan diri hanya kerana seorang lelaki yang belum pasti di miliki.
Senyum lagi.
Semalam 'blogwalking' terjumpa ini.
Kredit kepada pemilik ayat. Hati menjadi sayu membaca berulangkali barisan itu. Senyum lagi.
Simpan dalam hati lagi. Aku suka tersenyum. Senyum dan senyum dari berkata-kata. Kerana senyum dan ketawa dapat ubati hati yang sedikit demi sedikit tercarik.
Aku bukan batu besar di pesisir pantai yang akan kebal tidak berganjak walau kuat di pukul ombak. Kadangkala tewas. Tapi aku diam.
Tekup muka dengan bantal dan tidur. Ahh! Mata basah. Tekup dengan kuat. Senyum! Tuhan, berikan aku mimpi indah malam ini. Janji. Jangan mimpi ngeri.
Kamu baca ini,
kamu kenal aku. Kamu tahu aku yang bagaimana. Saat bila aku diam, kamu tahu kenapa. Saat aku ketawa dan tersenyum, kamu tahu aku gembira. Saat aku hanya memandang tanpa bicara, kamu tahu maksudnya. Saat aku menangis, kamu sedari itu.
Tapi kamu tidak dapat baca hati aku. Mungkin saat aku pandang kamu tanpa kamu sedar, kamu tidak dapat baca fikiran aku. Saat kamu pandang aku, kamu tahu makna riak setiap mimik mukaku.
Aku menulis di sini, dan kamu baca. Aku tidak minta apa-apa. Sedikit pun aku tidak minta apa-apa. Aku hanya meluah sedikit dan kamu akan baca seperti biasa. Seperti tiada apa-apa. Dan jangan beri alasan kerana ianya hanya menyesakkan dada.
Dan,
aku akan terus diam seperti mana kamu.
Tuhan,
hukumi aku seandainya aku insan berdosa agar segala kekesalan yang terbuku akan terhakis.