Thursday, June 24, 2010

BuDak Ini suDah aDa yanG 'BooKinG'.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM
Photobucket

Photobucket

Sudah lama budak ini tidak bertekak dengan Dak Itam. Dalam 2 minggu adalah. Sebab aku letakkan dia dalam bilik. Dia tidur pun ada port dia bawah kerusi dalam bilik. Tersorok sedikit.

Malam tadi kantoi pula. Dia bertembung dengan Dak Itam sewaktu mahu balik dari merayap dan Dak Itam mahu keluar selepas makan malam.

Peperangan pun bermula. Berlari marathon dari depan rumah membawa ke halaman membawa ke dalam hutan di belakang rumah jiran. Terpaksa membawa lampu suluh dan memberi salam di rumah jiran.

'Makcik, saya nak cari kucing saya bergaduh belakang ni ye?'

Makcik itu dengan baik hatinya membuka segala lampu yang ada.

'Hutan tu gelap.'

'Tak sampai hati nak biarkan dia Makcik. Tak lerai nanti luka teruk.'

Suara gaduh itu ada, tapi jauh ke dalam hutan. Berlari lagi mereka lagi jauh. Aduhai! Putus asa. Tunggu sebentar. Tiada bunyi lagi. Pulang dengan hampa.

Tidak sampai 10 minit balik, budak ni masuk lalu tingkap dalam keadaan yang di jangka. Luka-luka kecil dan calar balar. Ada pula kesan hitam di hidung dan dahi. Aku hidu-hidu bau minyak. Aduhai. Macam mana mahu hilang? Kesat punya kesat pun tidak juga hilang!

Berita gembiranya ada seorang pembaca blog sudah 'booking' dia. Aduhai! Seronok sangat !! Ada orang mahu 'adopt'. Aku harap perancangan ini menjadi. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Sebab sayang, aku terpaksa buka untuk 'adoption' sebab kasihan kalau bergaduh! :(





18 kUs-kUs:

MiYOKO SuKi on June 24, 2010 at 3:34 PM said...

lorrr...siannye kt die....

da itam ni nakal la...

baiknye sape yg nk adopt bdk ni....arap tuannye dpt jg ngan elok..

Anonymous said...

bagusnye la ade org nak adopt..

kucen kat umah ni pon kesian..bukan sebab bergaduh..tp sbb kesian terkurong dalam rumah 24 jam..

rase macam nak kidnap ke telok intan..baru padan muka situan kucen yg femalas..

Aqma Nazri on June 24, 2010 at 3:46 PM said...

kalo org tuh cancel saya nk ek cik tedi. sunyi lar tak da kucing. :(

Hazzy Ishak on June 24, 2010 at 3:56 PM said...

kucing angkat, boleh buka pet shop ni.

Anisa on June 24, 2010 at 4:07 PM said...

hee.nis nak jugak bole tak?

m4rilyn on June 24, 2010 at 4:08 PM said...

sungguh mulia hati yang nak adopt dak kurap handsome. semoga murah rezeki kamu.


haip Dak Itam...nakal ye. aunty babab baru taw

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on June 24, 2010 at 4:33 PM said...

hero betul la dak itam tu.. dia anggap dak kurap tu adik tiri eh?
ekekeke

meowwmania on June 24, 2010 at 4:36 PM said...

tedi dah nak berpisah dgn si kurap? mesti sedih kan... :(

Dee on June 24, 2010 at 4:36 PM said...

akhirnya ada jugak insan yg sudi nk adopt ye..

Qib on June 24, 2010 at 4:39 PM said...

hehe.macam anjing ngan kucen lak

KiFli MaLLy on June 24, 2010 at 4:52 PM said...

wah ini sudah bagus...

Softtouch [Hanim] on June 24, 2010 at 5:04 PM said...

ooo tu sbbnya tedi xnk bela...dak itam jeles lah tu, tu dia xsuka ngan kurap tu..sedihnya nk tinggalkan kurap tu...nangis...

Teh Ais Gula Madu on June 24, 2010 at 5:21 PM said...

me baru ilang hamster..tdi ada la carik2 kitten..dh dpt..ada entry di blog. org kata ada cara kita nk baca kerajinan kucing dari segi tgk bentuk muka dia..tul ke?

ciK LyndaWawa on June 24, 2010 at 5:32 PM said...

ciannya muka kucing tu....

cikAfro on June 24, 2010 at 5:39 PM said...

trime kasih.kesian kat c kurap.nati kalau die gaduh lagi x ensem la. :)

Watierman on June 24, 2010 at 6:14 PM said...

Salam Dik....Good dia dah ada bakal keluarga angkat...and Akak pun ada kucing angkat selalu mengeow depan pintu....yang lahirkan baby hari tu tapi ketiga-tiga baby dia mati digigit bapa kucing...Akak just bagi makan tapi tak pernah jemput masuk rumah....
Kat sini pun selalu dengar kucing gaduh..akak yang naik risau!

Sharz on June 24, 2010 at 8:32 PM said...

congratz dah ade yg nak adopt..
kesian kat die kene belasah selalu.. :(

ejaMaria on June 25, 2010 at 8:06 AM said...

ler... dak itam gaduh, lumur minyak kat muke si kurap ker?
sadis sungguh...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting