Saturday, June 12, 2010

sEsaT. BasaH. KenyanG. GaBrA. PanaS.BunTu. : iTuLah akU Hari Ini...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:31 PM
Sesat.
Baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan yang bekerja di PPD Jasin. Yakin gila tanpa membawa kad jemputan menuju ke arah rumahnya. Eh! Tiada apa-apa pun. Telefon adik di rumah. Sekian.. sekian tenpat. Okey! Sesat. Salah taman perumahan.

Basah.

Sampai rumah pengantin hujan turun dengan lebat. Berlari-lari anak membawa badan yang berat sambil mendukung budak debab. Mengah!!

Kenyang.
Hujan teduh. Makan.

Gabra.
Alat kawalan jauh tidak berfungi untuk membuka kereta yang terkunci. Gabra gila!! Macam mana ini?? Hujan masih renyai. Tekan. Tekan. Tidak berfungsi langsung. Along bersuara. 'Kenapa tidak pakai kunci sahaja. Buka cara manual??' Ya Tuhan! Lembabnya aku! Kenapa tidak terfikir????

Panas.
Ke Pasar Malam Jasin. (malam??) Mahu cari sarung bantal. Panas gila pula sebab baru lepas hujan. Peluh mencurah-curah sebab kena kejar budak debab dengan adik dia lagi yang berlari-lari riang!

Buntu.
Beli 6 helai sarung bantal yang tiap satunya berharga RM 4.00. Makcik tukang jual kata'RM 26.00'. Okey! Eh! Betul ke RM26.00?? Otak sudah buntu untuk mengira kira-kira mudah. Bukan RM 24.00 ke? Makcik itu meyakinkan. RM 26.00 Aku bayar dalam masa yang sama cuba tenangkan diri untuk mencongak!!! WTH kau Dak Tedi!! 6x4 pun lembab!!!! 'Makcik, RM 24.00 kan???' 'A'a. Maaf ye nak'.

Ha ha ha ha!! Gila 'blur' aku!

Aku mahu tergolek sekejap. Penat!! Terima kasih kerana singgah!!

Nota kakitanganku : Eh~ ! Makan soto dahulu sebelum tergolek rehat!! Jemput makan kawan-kawan!!






6 kUs-kUs:

Unknown on June 12, 2010 at 3:43 PM said...

aku nak sikit soto ted....... :)

qimiqa on June 12, 2010 at 3:57 PM said...

kasi pos sikit soto... hahahaha
mcm ular dh.. pas mkn trbungkam.. hehehhe

Relevan on June 12, 2010 at 4:51 PM said...

Ha ha... bab 2 kebasahan..Cuaca sekarang sudah jadi tak mementu..jadi sediakan payung sebelum hujan..

e.t.t.y on June 12, 2010 at 6:45 PM said...

ala selalu macam tu. kena tipu dengan org jual brg. tedi untung lagi dapat berfikir walaupun blur. kita, balik baru tersedar...orang 'banyak' duit katakan. hahaha

umi_e on June 13, 2010 at 12:23 AM said...

Salam... biasalah tu... ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 on June 13, 2010 at 10:00 AM said...

hahaha..

kRina baca pun penat dah..


melengkau memang bez lepas makan ..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting