Ahhh.. Biarlah. Kadang-kadang rasa sudah malas mahu beralah. Sudah malas mahu mengaku kalah. Di mana harga diri?
Kita selalu harap yang baik-baik akan terjadi. Yang indah-indah. Tapi sampai ke sudah hampa. Permainan semakin panjang dan berjela. Senyum dalam paksa. Aku mangsa atau pemangsa?
Puas menanti satu perubahan. Tertunggu-tunggu. Tapi tiada. Tidak nampak di mana usaha. Kosong. Rasa mahu ketawa kerana diri masih belum sedar sepenuhnya.
Sudah habis kira bintang di langit, tapi aku masih di sini. Masih begini. Musim demi musim tiada makna. Tiada apa-apa. Aku boneka? Mainan keseronokan sahaja. Ketawa lagi.
Ini wanita bodoh. Yang selalu sabar dan ketawa ria. Hanya di depan mata.
Pasrah. Redha.
Tunggu.
Sampai hati jadi tawar.
Senyum.
Walau dalam hati.
Hiba.