Gambar dari Google.
Semalam balik dari 'service' kereta aku ada jumpa seekor kucing putih mati tengah jalan sebab kena langgar. Kepala dia leper sebelah. Sebelum berhenti aku memang mencarut gila. WTF kau buang kucing dekat tengah-tengah jalan yang sunyi.
Aku berhentikan kereta. Nasib baik suratkhabar yang aku alas sangkar masa bawa Si Kurap ke veterinar Jumaat lepas aku masih simpan dalam kereta. Maaf, tiada upacara mengambil gambar kerana gila ke apa, jalan itu sibuk nanti orang kata aku gila sebab macam pegawai polis yang mengendalikan kes langgar lari.
Aku bungkus dengan suratkhabar, kemudian letak dalam bonet, aku bawa ke tempat buang sampah sebelum masuk simpang rumah aku. Ada pekerja Majlis Perbandaran di situ sedang mengemas. Aku terpaksa terangkan yang aku bungkus itu adalah kucing. Nanti dia ingat aku buang anak pula! Sudah!!
Lewat tengah malam tadi aku termasuk satu blog sebab tertarik dengan perenggan pertama 'entry' dia yang bertajuk 'Goodbye'.
Dari perenggan pertama yang dapat aku simpulkan dia seorang guru yang tidak gemarkan kucing. 'entry' dia panjang tapi aku tetap baca. Di akhirnya aku menangis.
Kenapa?
Sebab dia buang seekor ibu kucing dengan 3 ekor anak yang masih menyusu walaupun katanya anak kucing itu sudah besar sedikit. Masalahnya kucing-kucing di rumahnya berak dan kencing merata. Dia ada alasan sendiri. Aku hormati itu. Aku faham masalahnya. Jika kamu bukan seorang yang gemarkan kucing, kencing dan berak memang masalah besar.
Aku pernah menangis-nangis bersihkan berak Dak Utih bawah singki sebab emak marah. Dak Utih memang agak liat sedikit. Degil. Dia akan membuang di mana sahaja dia suka hatta atas katil aku. Pernah seminggu aku letak kotak pasir dalam bilik.
Tapi kucing ini kalau hari-hari kita bebel dekat dia, marah-marah dia akan faham. Dia akan tahu di mana sepatutnya dia membuang.
Aku ingin nasihatkan di sini, sesiapa yang berhajat mahu membuang atau menyahkan kucing dari rumah, langkah pertama, tolonglah iklankan dahulu kucing itu untuk 'adoption'.
Beri mereka peluang untuk mendapat penghidupan yang lebih selesa dari berpanas dan berhujan di luar sana.
Nota kakitanganku : Harap tiada yang buang depan rumah aku lagi.
29 kUs-kUs:
betul tu tedii...
akhirnya aku dan momok kini bertemu semula.. badan dia semakin sasa aku tengok.. isi dia semakin pejal.. sedap dipeluk...kekekke
aku dulu ade bela kucing, tapi dah sampai ajal...
mati sbb saket kut...
lepas tu terus takmo bela lagii...sbb takmo susahkan diri lagi...
suke kucing yg org bela je laa...
Mmg takde hati perutlah buang kucing kat tempat mcm tu. Carilah tempat yg ada makanan. Sekurang2nya bolehlah kucing tu cari makan.
betul tu kak tedi.
kucing mmg akan faham ape yg kita katakan kalau kite bebel & marah2 diee
sampaikan kucing nis tu asek je merajuk..
sayang kucing ..
sbb die lah pembawa ceria.
:)
cheqna pernah bela kucing dulu..
ada kisah yang terjadi sebab tu kami sekeluarga tak bela lagi kucing..huhuhuhuhuhu
tapi serius memang tak berperikebinatangan langsung yang buang kucing di tempat seperti itu
kucen? hewheee.. jmpe kucen jek jerit...
takot...~ xtaw camne nk atasi phobia kt kucen~
ngeh3
kalo sy nampak kucing terbiar..sy poskan ke tedi ye....
sy bukan tak gemarkan kucing..suka..suka bagi makan...sgt2 suka...sbb dia boleh mendoakan kita kan tedi?
tapi sy mcm yg yu cite tu...bukan jenis rajin nak cuci itu ini..ehehe...sbb tu nak cari org gaji tempatan...tapi tak jumpa lagi yg sesuai...
tapi insyaAllah kalo ada pusat yg memerlukan bantuan kewangan, sedikit boleh la sy bantu...sekadar yg mampu
:( kita pown penah nampak dan alami kak..kucing kena langgar hidup2 kat MASJID JAMEK kak..itulah pertama kali aku melihat kucing kena langgar hidup2 oleh BAS EKSPRESS time aku kat dalam train dan tak mampu nak berbuat apa2...nasib baik la ada Pak Guard kat situ tolong alihkan kucing tu ke tepi jalan...aku time tu mmg bodoh tak le nak wat apa aku hanya mampu menangis je kat dalam train...
Entry terkini : Makan di tepi Pantai
haah. jalan baru tapi scary. jalan baru tuh dah macam2 dah orang buang. gilo sungguh. sampah. anjing. tapi takat nih aku tak nampak kucing lg tedi. tapi memang gila aaa siapa buang. siapa nak bagi makan? huh.....
waaaa...ngerinya!
takpew.kucing mati tak masuk neraka..
tp gambar kucing peluk tu cantik la!
Latest post:Org tanya,saya jawab..nak tanya?
Untuk mengurangkan keinginan membela kucing, kami bela kura2 je. X sangka yang sepasang ni dah besar, dah masuk 2 tahun umurnya. Kucing2 di luar (bukan kami punya) tetap diberi makan, x leh masuk rumah jer...
ada yang lebih bodoh dengan membuang 3 ekor anak kucing yang masih menyusu(usia 3 minggu) ditepi tong sampah. apa dia ingat tu sampah ke? nama je cikgu tapi otak tak tau letak kat mana.
last2 usu sy kesian dan pergi amik anak kucing tu dan bagi kat sy. itulah sejarah Puteh..2 lg adik beradik dia tak dapat sy selamatkan sbb tak nak makan.
suggestion aku untuk orang yang malas nak bela kucing : buang ler kat belakang pasar ke, pasaraya ke, kat area yang banyak kedai makan ke..so that, ada laa rezeki untuk kucing tu..x de laa kebulur mati tengah jalan..
memang bodoh org yg buang kucing kat jalan raya.. kalo kat kawasan perumahan tu kita faham la... ni dekat HIGHWAY pun ade gak org buang kucing... memang aku sumpah cukup2 org yg bodoh cam tu... kalo xnak, g r anta kat tempat peliharaan haiwan. ramai lagi yg mahu menjaganya....
p/s maaf tedi...emo sket :P
-->>hahahah mereka memang comey kannnn?....huhuhu punye byk kucing kat pasar kucing kat umah gak yg dorg nk curik..pendengki betul...
Khaizarien @ atie Blog
betol tu..
kekadang dieorg ni mcm xde hati perut je buang kucing,pastu ade jgk yg saje2 dera2 kucing..
ape la nak jadi..
bile tgok kucing2 yg jd mgsa manusia ni,rase sedih cuz teringat kat kucing saya.
First time komen kt blog cik Tedi..
ni la masalah org kita.. bila suruh mandulkan kucing tu, byk benor alasannya.. kesian la, takut berdosa la..
kalau sebab kesian, tak kesian ke anak2 yg kecik dibuang?? dibiar merayap sampai kena langgar keta..
kalau sebab berdosa, JAKIM sendiri dah keluarkan fatwa yg memandulkan kucing hukum HARUS.. untuk menjaga muslahat ummah.. maksudnya dengan mengembiri kucing nie, kita dpt mengelakkan lambakan Stray Cat yg org buang2 ni..
Kawan2, fikir2kan la
-Nur-
walaupun ringkas je entry tp cukup wat sye rasa sedih coz sy suke gler2 kat kucing T.T
mmg slalu org buang kucing yg br melahirkan anak sbb anak-anak kucing ssh nak dijaga terutama berak kencingnya, mmg memerlukan kesabaran utk melatih mereka..tp fikirkan lah mereka hanya haiwan yg berotak tetapi tidak berakal siapa lg yg boleh mmbela nasib mereka kalau bukan kita manusia yg mempunyai akal fikiran ni.
fikir-fikirkan lah
p/s: sedih mengenangkan nasib ibu dan anak-anak kucing itu :(
aku tak pernah buang kucning seumur hidup ku
sebab aku juga penggemar kucing
aku baru amek anak kucing yang kene buang minggu lepas.. kalau isu berak tu tak de hal sebenarnya.. kurung dia sekejap dalam tandas.. kalau dia dah buang.. nanti dia ingat tempat buang dia tu.. sampai bebila..
kucen sy da bg orang akak.. dun weri yer..
;-)
Jum singgah belog Pink
Update!
i do agree with u
xske ow cara yg blogger tulis goodbye tuh
mcm xpikir panjang.
sebab kan manusia mcm dye tuh la
byk anak2 kucing mati.
erghh!!
sumpah rasa hangen je!
nn i did cried bile baca blog dye tuh. rasa nak maki je!
Saya ada 8 ekor kucing..tu seb membiak. Anak kecik saya suka kucibg tp dia selalu batuk2 n ada sinus..jadi terfikir nk kurangkan kucing kt rumah kerana bimbang tk terjaga kebajikan mereka terutama masa bercuti balik kg..tkde org kt rumah. Nk buang saya tk sampai hati n nk bagi kt org, tkde sape yg nak. Apa harus saya buat..ada cadangan
Baru buang ibu kucing dan anaknya yg berusia 3 bulan. Terlalu nakal n bising. Kucing itu bukan kucing saya, hanya tumpangkan dia ketika dia bersalin. Ganggu jiran dgn bunyi miau yg kuat. Rumah apartment jd amat mengganggu. Selongkar tong sampah walaupun dah beri makan. Saya mula hilang sabar. Tapi bila say goodbye di pasar tempat saya tinggal kan dia, saya rasa sgt sedih kerana saya kejam utk ambil keputusan spt itu. Its not easy. Its heartbreaking. But I have no choice. I hope the best for her is yet to come. Half of me hate myself for doing this.
baru2 ni saya ada jumpa kucing kat tgh2 highway...nasib baik time tu jalan jam jadi sempat la saya brhenti keta jap...pastu mak saya kluar gi amik kesian sgt...die lapar haus badan die kotor....smpi je rumah trus bagi air dan makan...sye bela die ade la dlm 3 minggu gak lpas dia mcm dah sehat je sya terpaksa lepaskan dia sbb sya dh ada 3 ekor kucing kat rumah...mmg rasa bersalah sgt ....maafkan aku meow...aq x dpt bela kau...(saya buang dia kat kawasan kampung rumah mak cik sya )
Aku dah iklankan dah kucing kucing ni tapi pencinta kucing pon taknak adopt sebab kucing ni hanya stray cat
Aku dah iklankan dah kucing kucing ni tapi pencinta kucing pon taknak adopt sebab kucing ni hanya stray cat
Assalamualaikum'ada tak sapa2 brminat masuk group kucing'pencinta kucing.
Assalamualaikum'ada tak sapa2 brminat masuk group kucing'pencinta kucing.
Post a Comment