Thursday, June 10, 2010

BiLa RaDhi OAG DaN ShazLin BerPeLuk : SebaB Dia arTis!! KecOh!! LanTakLah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:51 AM
Malas mahu tepek gambar. Carilah sendiri gambar mereka yang bersepah-sepah di internet ini. Lagipun, ramai blogger yang sudah tulis. Berebut-rebut mahu tulis. Meriahkan?

Aku bukan mahu cakap dia berpeluk. Tapi mahu cakap pasal , bila kita menulis sesuatu, tanggungjawab tulisan kita adalah terletak pada jari yang menaip. Tolonglah! Jangan sebab mahu kejar 'rating' atau trafik, orang letak tajuk itu, kau pun sama mahu buat. Orang tulis cerita artis itu ini kau pun sibuk mahu tulis.

Aku nasihatkan, boleh menulis, tapi biarlah di serta dengan fakta yang betul. Okey! contoh terbaik, kalau mahu tulis apa-apa pasal berita atau isu semasa, sila sertakan link sekali. Supaya orang tahu 'Oh! Betul. Ini bukan rekaan.'

Tapi apa yang aku baca, tajuk lain, isi lain. Tiada pun sebut pasal sekian, sekian perkara. Bila aku tanya, dia cakap 'Awak tidak baca suratkhabar ke?? Kenapa mahu pertikaikan pasal itu, kenapa tidak mahu perjuangkan nasib anak dia yang jadi mangsa?'

Aduhai kakak. Aku cuma bertanya. 'Di mana kamu baca yang mereka berpeluk selepas bercerai?' Ke lain pula kamu sebut. Tukar tajuk. Mungkin aku lepas pandang pasal itu, sebab itu aku tanya. Isk.. Tidak boleh tau peluk-peluk bukan muhrim ini.

Lagipun, tidak semua orang sama. Ada yang baca suratkhabar, ada yang tidak. Ada yang baca suratkhabar betul, ada yang baca atas talian. Ada yang baca pagi, ada yang baca malam.

Jadi, jangan fikir apa yang kita buat orang lain pun buat juga.

Tengok? Gatal-gatal pun aku membebel juga. MasyaAllah.

Aku harap kamu faham apa yang aku cuba sampaikan. Apa pun yang ingin kita tulis, lebih-lebih lagi perkara yang mengaibkan orang lain, siap letak nama, letak gambar, perlulah ada fakta atau linknya sekali. Supaya, bila orang baca mereka tahu akan kebenarannya.

Sekian.

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Kepada kamu, ini bukan 'entry' mencari musuh!






32 kUs-kUs:

Dee on June 10, 2010 at 10:21 AM said...

betul..jgn smpi org leh saman kita balik..hati2..

Unknown on June 10, 2010 at 10:21 AM said...

beselah nak uptrafik...kalu dah terrrrmasuk blog tu kira layan ajer laa hehe

NARDtheNERD on June 10, 2010 at 10:27 AM said...

sebab tu tak suka cerita pasal artis. huhu.

Qaseh Suhaida on June 10, 2010 at 10:30 AM said...

biarlah kat diorg..skrg ni lagi kecoh pasal demam bola k..

jwp tag qaseh :http://dqaseh2u.blogspot.com/2010/06/demam-bola-sudah-melanda-seluruh.html#comments

Bie Cimbelang :) on June 10, 2010 at 10:33 AM said...

B lagi prefer lau x tulis benda2 yg mengauibkan org. hehe..walaupun dia artis, tapi still aib kan. Apatah lagi menyebarkan die pastu orang lain baca, org lain pulak spread. atau org yg bace tu bersangka buruk sebab baca apa yg kite tulis. x sanggup rasa. bukan pasal trafik tapi psal dosa pahala la kan. Sebab leh paham pedihnye bile aib diketahui org.. Tuhan dah cakap kalau kita sembunyikan aib orang kat dunia, nnt kat akhirat Allah tutup aib kite..


no hard feelings :)

Bie Cimbelang :) on June 10, 2010 at 10:33 AM said...

B lagi prefer lau x tulis benda2 yg mengauibkan org. hehe..walaupun dia artis, tapi still aib kan. Apatah lagi menyebarkan die pastu orang lain baca, org lain pulak spread. atau org yg bace tu bersangka buruk sebab baca apa yg kite tulis. x sanggup rasa. bukan pasal trafik tapi psal dosa pahala la kan. Sebab leh paham pedihnye bile aib diketahui org.. Tuhan dah cakap kalau kita sembunyikan aib orang kat dunia, nnt kat akhirat Allah tutup aib kite..


no hard feelings :)

nuraarin-life on June 10, 2010 at 10:40 AM said...

Betul betul betul..

Kalau setakat bercakap jer, bukan fitnah ker jadinya..

Cerita yg kurang elok untuk dijadikan pengajaran kepada kita2 boleh dipaparkan tapi make sure ianya fakta bukan auta yer

~aSHa~ on June 10, 2010 at 10:56 AM said...

meke belum abis edah lagi kan? so leh lagi la peluk kot? ehehehee

Hazzy Ishak on June 10, 2010 at 10:56 AM said...

takut gak kalau tersalah fakta, mampuih kena saman

Alimaz-Kembara Terasing on June 10, 2010 at 11:00 AM said...

entah ler....

kella on June 10, 2010 at 11:02 AM said...

they juz dont care.. hmm

zulfadzly. on June 10, 2010 at 11:05 AM said...

betul..betul!! hidop tedi!!

a.z.r.i.n.a.03.07 on June 10, 2010 at 11:06 AM said...

lor...tak tau citer pun..pasal ni.

pernah baca pasal dia insaf kat suratkhabar bulan bila ntah..


kalau artis hindustan tu tau ler..hehehe..

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 10, 2010 at 11:12 AM said...

ntah le.. kita nih pun artis juga.. jgn lupa.... yang menilainye ALLAH... so elokanlah LAKONAN kita.. moga mendapat penilaian yang sebaiknye dari ALLAH....

Anonymous said...

better citer pasal kita dr pasal org len..xpasal2 nati kena saman...huhu..

Khairi Mohd on June 10, 2010 at 11:31 AM said...

tegur biar kena tempat la kan kan kan? tulis yg baik2 aje.. huhu

bylindakitchen on June 10, 2010 at 11:31 AM said...

betol tue tedi.
jgn tajuk gempak tapie isi dalam kosong.
macam2 bloger nie kan tedi.

attyfir on June 10, 2010 at 11:33 AM said...

tu lah mcm2 org ade zaman skrg nie .

syaf on June 10, 2010 at 11:40 AM said...

itew betul..ku se7 ngan ko

Anonymous said...

xpe membebel tuk kebaikan

JMR on June 10, 2010 at 12:00 PM said...

nak tulis pasal kak tedi peluk kucing la plak...

cik aiLebiu on June 10, 2010 at 12:06 PM said...

eh ada ke berita peluk2 ni? sah sudah ketinggalan...hehehhe...

CITY® on June 10, 2010 at 12:11 PM said...

salam,

ada gaduh2 ke sama bloggers
uh uh....

myQza on June 10, 2010 at 12:12 PM said...
This comment has been removed by the author.
Anisa on June 10, 2010 at 12:14 PM said...

yela2
kena la selidik2 dr mane sumber sebelum diberitahu kat org lain.

achik ezam on June 10, 2010 at 12:43 PM said...

cukuplah citer pasal gosip artis malaysia nih...espeseli yg suam2 kuku ni....lemassss~

Anonymous said...

uhuhu...
mybe pd diowg biasa la kowt...

Unknown on June 10, 2010 at 12:52 PM said...

salam tedi~

huhuhu... tah ar ted, aku sebenarnya mlas nak citer2 psl artis nie.. sebabnya byk sumber yang berlainan antara satu ngan len.. so better aku citer bnda yang len dr citer artis, lagipun blog aku bukan blog gossip artis, blog aku blog persendirian.. :p

apa pun, pndangan aku, bek xyah ar tulis2 psl artis nie.. igt laie ada sorg blogger yg tulis mengenai artis wanita yang nikah di mekah??

blogger tu hnya bg pndangan aje, tapi si artis dah membalas ngan ayat2 yang aku rasa tah ar.. so better jauh kan.. :)

ps : bek tulis psl kucing, laie cumel... :)

Anonymous said...

dapat peluk anak2 jer.. :)

Rara on June 10, 2010 at 3:39 PM said...

haaa,x pasal2,tedi dh mbebel..hehe :)

ctpayong on June 11, 2010 at 6:39 PM said...

takde citer yg baik2 ttg artis ke ni citer buruk jer. kang terbaca kira terkongsi dosa plak...pening kepala sbb terlebih makan durian ar ted..hehehe

IntanBerlian on June 12, 2010 at 3:10 AM said...

huhu aku ada bace berita ni gak kt metro.hmm pelik gak peluk.tp tajuknya pelukkan terakhir.huhu tah aku pon tak pasti sebelum ke selepas cerai.

argh org klo pasal artis cepat aje.. padahal diorg pon manusia biasa,

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting