Maaf dengan topik ini. Mungkin ada yang kata aku tidak layak untuk bercakap mengenai cara berkomunikasi dengan anak kecil. Al-maklumlah aku hanya ada anak tekak sahaja.
Tapi aku rasa ingin sangat bercakap mengenai ini setelah hasil pengamatan aku terhadap beberapa kes yang berlaku di depan mata.
Aku sedang makan di salah sebuah pasaraya. Meja di sebelah terdapat satu keluarga terdiri dari pada 2 orang perempuan dewasa, 3 orang kanak-kanak dan bayi. Si ibu menegur anaknya dalam linkungan umur 2-3 tahun. Si ibu ini berusia dalam lingkungan 20-an.
Dia menengking-nengking si anak dengan suara yang lantang dan bahasa yang kasar. Si anak melawan balik dengan nada yang tinggi. Biji butirnya aku tidak pasti. Mengapa begitu?
Kesimpulan atas situasi di atas yang boleh aku buat 'Bila si anak sudah hari-hari di marah dengan nada yang tinggi, automatiknya dia akan membalas kepada si ibu dengan nada yang sama'.
Situasi kedua, di rumah kenduri. Seorang kanak-kanak lingkungan umur 4 tahun berlari-lari dalam kesesakan tetamu di ruang tamu. Si ibu lantas menepuk bahunya dan meninggalkan cubitan. Maka meraunglah kanak-kanak ini sekuat hati kerana kesakitan.
Seorang perempuan agak berusia lantas mendapatkan kanak-kanak ini dan memangkunya. Sewaktu itu hadirin sedang berzikir. Perempuan berusia ini mengusap-usap kepala si kanak-kanak dan mengajaknya berzikir. Kanak-kanak tersebut amat selesa dengan situasi itu dan turut terkumat-kamit menyebutnya. Lantas dia duduk diam di situ.
Aku memang bukan seorang ibu. Tapi amat sensitif dengan situasi tersebut hatta jika anak buah aku sendiri di marahi oleh ibunya, aku akan membebel sendiri. 'Kau ni, budak kecil pun mahu marah-marah.' Itu yang selalu aku sebut.
Mungkin aku belum menjadi ibu, jadi kesabaran itu sentiasa ada. Bila tengok si ibu memarahi anaknya aku pula yang geram. Adakah aku juga akan hilang sabar jika berhadapan dengan karenah anak sendiri?
Anak itu anugerah yang tidak ternilai. Jaga dan didiklah dia sebaik mungkin kerana bagi aku corak didikan kita yang akan menentukan cara kehidupannya di masa depan.
Mahu kongsi cara didikan yang di amalkan?
Nota kakitanganku : Mahu didik Dak Itam supaya jangan selalu sangat bertandang rumah orang!

24 kUs-kUs:
pacek selalu gak mengertak anak buah kalau nakal sgt.. tp blm pernah pun mengangkat tgn @kaki... sekadar meninggikan suara....
memang mereka takut bila jmpa pacek... tp bila lama x jmpa.. pacek la org pertama yg mereka "terkam"...
moral of da story.... tegur anak@budak kecik dgn berhemah.. bukan denga kekerasan...
psikologi lebih berkesan .. kesabaran kene kuat... maklong le.. bebudak... akal masih cetek...
jgn marah anak dgn prkataan yg xelok...kata2 ibu adalh doa
memang ade kala nye naik suara n naik tangan... budak2 ni kdg2 sengaja nak kan perhatian, jadi buat la kelaku...
ada sifat keibuan disini....
aku pun ade naka tekak je
but dari pengalaman n pemerhatian aku, sebaik2nya nak marah budak bukan dengan memalukan dia depan orang
buat cara lembut...cara halus
tp kalo marah anak bulus tu saya jentik telo eh..tinge pastu cakap awak nakal sangat sbb tu mama jentik :)
kalau dah jadik ibu baru tau nk marah camner....
gud luck..
nak didik anak, kene mula dari kecil. kalo da besar, dah jadi buluh, susah la
kita ni pon takut
andai umur panjang, kawen and ada anak, mcm mana lah situasi kita nk medidik plak
huhuhu
salam tedi~
HEHEHE...aku pun xblh nak komen pepjg sebab aku pun mcm ko gak ada anak tekak aje.. :p
tapi bg aku, aku suka cara memebrikan nasihat secara berhemah n lembut.. kalo xboleh gak, try ar cara yang kasar sikit mcm beri dia ugutan.. :p
kalo tak boleh gak, maka aku pun akan jd seperti mak2 dlm citer ko tu.. :p
aku tgk sendiri mcm mna makcik2 aku menjaga anak2 dorg, ada yang berhemah dan ada gak yg gunakan cara kekerasan.. :)
apa pun, aku tetap xsuka akan bidak2.. :)
betul..jadi ibu then tau..sbb org bujang lain..dia nampak je..dia x rasa n x alami kepenatan ibu..apa pun..jgnlah marahkan budak dpn org..n kalo memukul pun sekadar mendidik je..jgnlah smpi mendera..tp jgnlah asik nasihat2 je..kalo anak jenis dgr nasihat xpe..kalo jenis x dengar..xkan anak ludah muka bapak pun bapak hya ckp..jgnlah buat gitu..x baik..anak kepak kaki anak orang pun..kita cuma ckp..eh..jgn buat gitu...esok2 mmg jadi anakku sazali lah jwbnya..hehehe..
betullah tu, kalau nak didik sedari kecik, dah beso kalau lentur pun patah riuk aje. Kak zar mmg tak percaya psikologi bab mendidik anak ni.. sedangkan rasulullah pun suruh rotan anak kalau atk solat maknanya memang boleh rotan mengikut adab adab tertentu. pernah jugak tengok mak yang soft spoken tak reti marah anak pun, anak macam halilintar bagi menendang dan sepak mak dia.. ekcik lagit u baru 7-8 tahun.. kalau kak zar tu, memang lunyai ku kerjakan
i pun dulu garang gak dgn anak2..tp sejak 8 menjak ni..dah x grg..mgkn dulu i x matang lagi..haha..
Hmm..mCm2 pndaGan n idea di atas..insyaallah klo ada anak nnti kt akan try untuk terapkan..
ape pn..kt akan try blembut n wat cara berhemah..tp ada kalanya kt kene bkeras..
tula..bila kt xjd ibu bapa lg..tntu kt xtau bgaimana situasi untuk menempuhnya kn..tntu lg mencabar..huhu..
betul2....aku paling x suke tengok org rotan anak die yg kecik, sebat ngan henger, ataw cubit2 anak die yg ekcik...ayo cina budak itew
sy ada anak murid..huhuhu...sllu gk ilang sabar... tp spesis tak paham bhsa ni payah... cakap lembut xmkn saman...ckp sinis pn x jd pape... baik tgn ni wat ketam batu..bru dorang paham.......
*didikan bermula dr uma...da smpi kt cgu...da susah nk dbentuk....erk...lari topik la pulak..
sy follow blog kamu.. n if u don't mind.. follow mine... tnkiu.. chesterisa.blogspot.com ^_^
i do really agree with y cik tedi...
sy juga bukan seorg ibu,tp sy jaga ank saudara sy sejak lahir atas sbb2 tertentu...
alhamdulillah,die anak yg baik n mendengar kata...xbyk songeh n senang dijaga...
cara sy,sy tidak menengking...apetah lagi memukul...cukup dgn menegur cara baik n bgtau knp sesuatu benda itu salah...(",)
kalau nak tangan2 pun kena berpada2, takut nanti bila dah besar, tangan tu pulak hinggap kat muka kita.bermanja2 pun sama.
aku dah tengok kesannya didepan mata sendiri. terlebih manja pun buruk padahnya.
aku belum ada anak..
tapi aku selalu juga berada si linkungan anak2 .. sepupu sepapat.. adik2 sendiri..
memang, kalau nak ajar mereka biar berhemah! tak boleh dimanjakan sangat!
aku ada seorang sepupu kecik!
kurang asam dan kurang ajar terhadap ibu bapanya, bila melihat didikan ibubapanya.. sah, terlalu ikutkan apa yg budak tu nak, terlalu manja, jadi tidak boleh di tegur! aku pula geram nak cubit2 pulak rasanya sebab dia sangat kurang ajar, disepak2nya kita ni, di baling2nya kita ni, hah, macamana tu? nak tangankan? nanti makin menjadi, nak menjerit? dijeritnya kita lagi, huuu.. aku cuma berharap bila dia makin besar, dia boleh berubah.. lambat lagi nak besar..tu
kadang2 kite sendiri pelik kan..dorg snggup maki hamun anak depan org lain..mmg la bdk2 tu degil..name pon budak..dorg sendri xtau ape yg dorg wat tu betull..org kate bdk2 ni selalu ikut ape yg ibu bapa dorg wat ..so,jd la contoh yg terbaik tuk anak2..
erkkk... terkedu seketika dgn entry ni.
xleh komen lebih2 sbb hanya ada dua "ekor" anak dan sy adalah "ibu tunggal" yg memang belum pernah bersuami lagi... :)
tidak pastilah tedi.
sbb lin pon tak kawin lagie.
anak buah ramailah..boleh buat 2 team bola sepak.
hihihi..
kalo balik semua memang meriah..kekadang ada jugak yang dgil.
lin selalu carik penyangkut baju ..syarat jerk..pukol tue takdelah.
hihihihi
aku sokong tedi. actually benda ni terjadi depan mata aku... kakak aku sendiri... kdg2 tgk kesian kat anak2 dia sebab dapat mak yg amat2 garang...
sctually aku tak salahkan budak2 tu 100%... pd aku semua perangai budak2 ni adalah corak daripada ibu bapa.. sebabnya nama pun budak2, diorang belajar dari apa yg diorg lihat kat mak bapak diorang..
lain la kalo sekolah menengah ke yang byk pengaruh luar...
aku mmg tak setuju dgn sikap ibu bapa mcm ni... kdg2 bila kakak aku mrh anak2 dia melampau2 aku akan marah kakak aku balik.. sebabnya aku bayangkan jika aku di berada ditempat mereka dan dilayan begitu... msti sedih yg amat.. tp alhamdulillah mak aku baik orgnya...
Menjaga sekandang kambing lebih senang dari menjaga seorang anak.
kRina seorang ibu yang tegas.
akan beri warning sampai tiga kali bg setiap kesalahan dan kalau lebih.. no tv, games, main luar @ main basikal utk seminggu.
suka buat lawak & surprise dengan anak-anak.
kRina mesti akan kata sori dan slow talk dgn Along setiap kali selepas menegur (selalu bergaduh dgn Angah)
yg paling penting setiap hari balik kerja kRina mesti beli salah satu samada kuih, biskut @ kek..
Adiq mesti akan mengendeng tanya ada beli apa-apa tak ..
kne cepat kawen dh nieyh!
Post a Comment