Maaf ya kawan-kawan, hari ini asyik cerita pasal kucing sahaja. He he he.
Ini gambar semasa dalam perjalanan balik dari Jabatan Haiwan Jasin pagi tadi. Bawa Si Kuning untuk suntikan kurap seterusnya. Semasa pergi dia boleh 'pulekkkk' buat hal. Muntah!!
Aduhai! Aku memang terlupa yang budak ini mabuk naik kereta. Baunya, MasyaAllah. Si Debab itulah yang jadi mangsa sebab dia duduk belakang jaga sangkar. Ekekekeke...
Kain alas sangkar terpaksa di ketepikan, alas dengan kertas yang sempat di ambil. Sampai di Jabatan Haiwan, dia muntah pula dalam bilik MA itu. Ha ha ha.. Nasib baiklah mamat MA itu okey, tolong lapkan lantai.
Dalam huru hara itu lupa pula mahu tanyakan beberapa soalan yang di pesan Kak E. Umur Si Kuning ini. Sempat timbang dia sahaja. Berat dia 4kg.
Sihat tubuh badan. Syukur. Selagi tiada yang mahu 'adopt' dan selagi di izinkan aku akan jaga dia. InsyaAllah.
Terima kasih kepada yang sudi singgah. Ekekekeke.. Sopannya aku hari ini.
Nota kakitanganku : Kuat tidur dan kuat makan!
16 kUs-kUs:
aku tk leh bau muntah, dgn aku2 skali nk muntah..muntah kucing tk tau lah boleh ke tk.
nampak gebu sudah si kurap nih comellll
kot ubat yg disuntek tu strong sgt agak...boleh ke jadi camtu.
dia muntah sebelum di suntik. he he he
mabuk naik kete
hehehe... kucen pun boleh mabuk keta ek?... cumel la pulak...
bagusnyer gi klinik buh ubat kurap..hhehe
kucing sy ni pula..asyik 'berak' cair,muntah dan kencing rata2..
adui..sakt perut je dia..kesian lak..
kalau makan benda mentah atau nasi,terus muntah...muntah plak kuar friskies
mmg ada kucing yg kalah kalau naik kereta hehee~
WE FELL SAD FOR YOU TO , POOR CATS, WE LOST BELOVED SAHA BORIS ON 7/16/2010, WE ARE ALSO HEARTBROKEN
cobaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn!!
ala hai..sabo je la
Ada-ada sahaja si Kurap ..
Sibbaik kucing saya si Bibi & Bobo tak muntah dlm keta . Aritu bawak dia gi Veterinar , okeh sahaja .
wah mantap badan kamu. xde rupa kucing angkat.
tedi mamat tu jodoh kamu gakmaknya. amin.
walopun muntah kamu tetap macho!
hahaha.. kesian betul la ngn si kurap ni. pemabuk betul duk dlm kete. kucing laen xde masalah ea?
kalau mell, takde muntah mbuk kereta. dia akan bising sepanjang perjalanan. mendatangkan stress betul!
adoy sian budak 'brazil' kt belakang tu ek.
gambar last comel. apa pesen buat macam tu?
waaaaaa..kalau kita pun muntah sama...x bole la... :)
aloh aloh...mabuk keta rupanya oren ni...heheheh...
Post a Comment