Petang tadi ke Dataran Pahlawan. Niat asalnya mahu tengok wayang. Tapi sampai tidak kena masa. Sudahnya, jalan-jalan cuci mata sahaja.
Si Hidung Penyek atas itu harganya 2 RM 30.00 jika tidak silap. Eh! Aku tidak beli. Gila? Ha ha ha ha...
Kemudian ke 'Pey SHop' di tepi tangga bergerak. Singgah sewaktu mahu turun. Budak bulus atas ini harganya RM 380.00 Nakal bukan main. Asyik kacau kawan di sebelah.
Tengok. Sampai tergolek-golek. Si Gelap itu harganya RM 680.00 Telan air liur melihat harganya. Memang tidak boleh duduk diam budak 2 ekor ini.
Asyik mahu bergurau senda.
Pesta Buku juga ada. Buku-buku terpakai juga ada. Banyak. Tapi orang yang datang hanya 2-3 orang. Mungkin tiada publisiti.
Penat + mengantuk + bengang air tiada dari pagi sampai ke sekarang ini!!
PAM, agak-agaklah kalau mahu bekerja. Sudah berbelas jam tiada air tanpa notis!!
Nota kakitanganku : Beli air mineral 5 botol besar!!
14 kUs-kUs:
psssst kat pesta buku dni suka beli buku terpakai. hehe. murah2 pasal
bestnye pesta buku..
:)
suka suka
tedi..apasal dia orang tak war war kan pesta buku tu kan..seronok kalau dapat pi pesta buku..dataran pahlawan memang tempat yang aku suka pergi..bulan beli apa2 pun..abih2 pun beli belacan goreng kat bawah tu..
pesta buku???
ak suke giler pg...bile lew nk g lagieyh!
bestnya layan pesta buku
npew x ambik awrd??
jalan2 dpt air mineral...hihh
tedi
meh datang rumah aku mandi
rumah aku ada air perigi
heeeeeee
nampak buku tetiba ngantok pula hehehe....comel patung n kucing tu...
cumilnyer kucing ni hehe
rm680?? gullppp!!! telan ayaq lio menbacanya
pet shop kat situ ada kucing....wewewew~~ suka2...
igtkan tedi beli idung penyek tu..he he he
alololo comelnya kucing bulus tu..tp mahalnya, xmampu...
ooh tedi, adakah kita berada di bangunan yg sama pada waktu yg sama, atau kita yg awal, atau kamu yg awal. semestinya, pesta buku tu kita pegi dan ambik novel charmed 3 buku rm20. anak kucing hitam tu yg kita idam2kan, sebab masa tu anak kucing sekor lagi tengah tidur.
Post a Comment