Tuesday, June 15, 2010

CeDera GaRa-GaRa BoLa. DasyaT BeTuL PenanGan PiaLa DuniA ni!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:08 AM
Tertarik betul dengan satu tajuk berita dalam HMetro atas talian yang aku baca tadi. 'Tragedi Piala Dunia'. Boleh di baca di sini.

Gara-gara terlalu geram dengan perlawanan yang di tonton seorang remaja menyepak bola yang ada di dalam rumahnya hingga terkena cemin tingkap dan pecah. Malangnya serpihan cermin itu terkena pula telinga ayahnya dan menerima 3 jahitan mencantum luka.

Lucu pun ada. Aku bukan tidak simpati, aku rasa mereka pun bila kenang balik akan ketawa.

Macam abang aku kalau dia tengok Chelsea bermain memang aku boleh kena serangan jantung. Walhal dia tengok seorang diri. Cara dia jerit bila geram pemain gagal jaringkan gol memang kelakar aku dengar! Mengekek-ngekek aku ketawa dengan adik. Ha ha ha.

Aku tidak pastilah siaran langsung Piala Dunia ada atau tidak di ASTRO. Sebab dia asyik bising-bising tidak dapat siaran walaupun dia langgan untuk sukan. Aku rasa kebanyakan siaran langsung hanya di siar di ASTRO b.yond dan perlu di langgan. Di ARENA aku lihat banyak siaran ulangan.

Jadi, dia memang akan keluar untuk tengok bola. Sudah selamat kami di situ jika tidak pasti tidak selesa menonton televisyen sambil mendengar dia terjerit-jerit. Ekekekeke...

Kamu ada pengalama serupa? kalau yang jenis minat bola mungkin tidak kisah, tetap jenis aku yang tidak berapa minat memang rasa terganggu walau kadangkala lucu.

Nota kakitanganku : Macam-macam gelagat!





30 kUs-kUs:

Atiqah Ahmad on June 15, 2010 at 9:41 AM said...

sama lah kat rumah saya pun.
abang dengan adik terjerit2 tengok bola.
join juga kadang2.
heee~

rAtu saLju™ on June 15, 2010 at 9:43 AM said...

x suke tgok bola...he~ hubby pon x suke tgok bola gak..he~

[s][u][e][h][a][n][n] on June 15, 2010 at 9:56 AM said...

kah kah kah macm2 hal!

Miss Izah Mohamed on June 15, 2010 at 9:57 AM said...

TERJERIT-JERIT TANPA HIRAUKAN ORG SEKELILING CMTULAH JADINYA

Dina Zakaria on June 15, 2010 at 9:58 AM said...

aku penah dengar citer pasal orang yang kaki kena masuk besi pasal mamat tu pegi tendang tv.konon nak tendang player yang x berjaya jaringkan goal la..skalik dia yang "goal"..hahhaha.

wanita mutalib on June 15, 2010 at 9:58 AM said...

waka waka waka
te baru wat entri pasai bola hee :p

penangan lionel messi wakakaka..

Cetusan on June 15, 2010 at 10:11 AM said...

anak mama ke anak abah,

ada ustaz pesan lepas tengok bola, abah mama ajah solat sekali heee QiyamuAlail positf idea..

nj on June 15, 2010 at 10:12 AM said...

kak norma tak minat sangat bola ni. kalau suami layan bola, anak-anak akan buat hal mereka dan ummi pun buat hal ummi...nak berebut TV tak kuasaaaa...

Rowena Zainuddin on June 15, 2010 at 10:21 AM said...

wahhh...
sampai tercedera...
llaki mmg emosi kan bila tgk bola nie..
heheheee~

Teh Ais Gula Madu on June 15, 2010 at 10:29 AM said...

disebabkan bola gak..skrg ni tiap mlm tarik comforter tido dpn tv hehe.

syaf on June 15, 2010 at 10:36 AM said...

macam2 ghak, disebabkan bola gak lah org bertumbuk

Anonymous said...

kat korea sana...jualan kondom meningkat pas korea sltn menang huuuuuu

MOFASAD on June 15, 2010 at 10:41 AM said...

hahahahaa...


anggap la bola itu macam pakaian.. mesti xmahu terlepas dari masa ke semasa





>>_______________<<

Tuah on June 15, 2010 at 10:43 AM said...

astro ada wujudkan chanel khusus utk fifa world cup. mmg xde di espn/assp.

kalau tak silap dr. chanel 805 adalah siarannya. short name chanel tu adalah FWC...

jaya jr on June 15, 2010 at 10:43 AM said...

sampai luka2 ni tengok bola secare x bermoral ni..haha..
tengok sorang2 lagi selamat.tp xde feel pulak..

wanita mutalib on June 15, 2010 at 10:45 AM said...

haah ted|, ada ajer kat channel sport..setakat ni tak pernah miss lagi heeee..

mcm kata tuah hanani, ada channel tambahan untuk siaran langsung semua game :)

KiFli MaLLy on June 15, 2010 at 10:48 AM said...

mmber kita penah terhantuk kepala kat lantai coz meroyan sakan jerit time dah nak goal :P

Ibu Ammar on June 15, 2010 at 10:51 AM said...

haha. setakat ni tak ada la sampai cedera. tapi kalau pasukan favret dapat score memang d=rasa cam nak melompat pun ada. kahkahkah. kdg2 mmg lucu gak. hahaha

MiaSaidin on June 15, 2010 at 10:52 AM said...

nasib baik bf suka main bola tp tak minat tgk bola. :p

.::WaNiE::. on June 15, 2010 at 10:55 AM said...

huh astro mmg nak untung jek lebih.. benci tul :p

tp untung la bagi kamu, kalau tak nangis gak kamu dia bantai tenogk bola hahha

Softtouch [Hanim] on June 15, 2010 at 11:06 AM said...

semangat sungguh org tu tengok bola..abis org sekeliling yg kene..asben sy tgk bola xdelah terjerit2..cume mengeluh sikit2..kalu dia jerit lah kan mau sy jerit kat dia balik..he he he

Dee on June 15, 2010 at 11:09 AM said...

sib baik husband x minat tgk bola..

tedi..byond je dpt suma channel tambahan tu..yg sports channel biasa tu xde..hampeh kan..tv1 n tv2 ada gak..tp certain2 game..

dee kalo tgk pun masa final je nanti..hehehe..

Unknown on June 15, 2010 at 11:12 AM said...

wahhhahahaa...housemate aku pun sama tedi..sanggup tak tdo tengok bola..sia-sia..

My latest post:Superhero sejak lahir

Unknown on June 15, 2010 at 11:27 AM said...

demam semusim je ni..
kang boring xdelah tuh.whaha..
tapi gler emosi nengok bola..
buat2 steady sudahlah..whahaha..
ding!

apan lee on June 15, 2010 at 11:32 AM said...

normal la tu.

Hazzy Ishak on June 15, 2010 at 11:43 AM said...

fuh nasib baik abang ku tak macam tu

Unknown on June 15, 2010 at 11:44 AM said...

Memang dasat penangan BOLA...nasib baik tak flying kick kat org kalu tak mau cedera parah hehe

Unknown on June 15, 2010 at 11:52 AM said...

salam tedi~

hehehe.. sebenarnya aku pun sma kalo tgk bola.. xkira ar pemain tu aku minat ataupun tak atau pasukan yang berlawan tu pasukan pojaan atie aku atau pun tak.. bila dapat tgk bola aku pasti akan jd mcm abg ko tu.. dan di sebabkan itu, ayah aku telah melarang keras aku menonton bola di rumah... :(

bylindakitchen on June 15, 2010 at 12:15 PM said...

tedi
hehheh..kalo sudah giler bola..apa pon sanggup buat..kekadang malam bila aku tido..terkejut2..bila dengar bunyi sorakan..aduhai..layankan aja.

Unknown on June 15, 2010 at 10:59 PM said...

Tak kisah langsung...asalkan jangan ganggu org lain. kalau kita minat sesuatu pun, kita pasti akan lakukan benda yang sama..dan cuma lebih naif skit kalau x nak menggangu orang lain..hehe. Lagipun, world cup bukannya selalu..walaupun aku x minat bola, tapi biarlah dey olz tgk. Kekadang syok jugak.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting