Tuesday, June 22, 2010

maLam inI akU MemBeBeL : JanGan suruH akU KLik sesUaTu yanG akU TiDak mahU KLik. JanGan suRuh akU TenGok sesuaTu yanG akU TiDak mahU TenGok! amaRaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:10 PM
Spammer Youthsay sudah semakin bersepah sekarang. 'Shoutbox' penuh dengan madah dan pujangga minta mengklik pautan yang di beri.

Cara aku senang. Bila ada mesej begitu, aku akan datang atau cari blog mereka dan aku akan tinggalkan pautan aku pula. Pautannya di sini. Sila baca dan sila faham.

Photobucket

Komen terakhir dalam pautan tersebut, pada mulanya aku malas mahu layan. Sebabnya nampak sangat dia tidak baca 'entry' aku kemudian terus komen dengan pengecutnya menggunakan nama 'Anonymous'.

Tapi hari ini dengan baik hatinya aku mahu beri layanan istimewa untuk dia.

Ini perbezaan halal dan haram iklan Nuffnang atau apa-apa iklan yang di pasang di blog. Kau pasang iklan, kemudian kau merayap dari satu blog ke satu blog, minta orang klik dan kau pasang iklan dengan ikhlas hati tanpa merayu simpati orang klik.

Dua cara yang berbeza. Dua cara yang hukum halal dan haramnya kamu boleh baca di blog Ustaz Nor Amin

Sila faham dan ambil itu sebagai panduan sebelum memasang apa-apa iklan di blog. Yang halal boleh jadi haram.

Yang keduanya, sejak dua menjak ini, video sadis perempuan memijak kucing semakin berleluasa di sebarkan. Aku tidak tahu atas niat apa. Dari satu blog ke satu blog. Dari satu laman facebook ke satu laman facebook. Baik di blog atau di Facebook jika ada yang menjemput aku akan beri mereka pautan ini.

Sila hormat pendirian aku. Sila berfikir sekali.

Itu sahaja aku mahu bebel malam ini.

Hari ini memang tidak blogwalking sebab kepala rasa mahu tercabut.

Harap maaf dan terima kasih.

Nota kakitanganku : ............





16 kUs-kUs:

Anisa on June 22, 2010 at 9:22 PM said...

fuhh
garang betul kak tedi hr niee
hehehe

sabar2 & tenang ye kak

nIsYa on June 22, 2010 at 9:26 PM said...

tak penah layan bab2 klik2 nih..

Rehat la ye :)

The lady on June 22, 2010 at 9:35 PM said...

bagus betul buat cmtu kan . harap brkesan :)

.::WaNiE::. on June 22, 2010 at 9:36 PM said...

uiks pijak kucing?

tak penah pulak nampak lagi

Watierman on June 22, 2010 at 9:36 PM said...

Salam Sayang Dik Tedi...Kala bulan mengambang penuh ka?????

Amal on June 22, 2010 at 9:42 PM said...

eheh. rilek weh. :)

Anonymous said...

rehatkn diri

m4rilyn on June 22, 2010 at 10:08 PM said...

kalo ramai yang click semata2 nak kita click dia balik..mmg saya pun hangin...unless tu kenalan..saya iklhas..iklhlas ngan kenalan je ye

2R on June 22, 2010 at 10:10 PM said...

moga tedi da ilang marah stelah buat n3 khas ni hehe..;p

Unknown on June 22, 2010 at 10:11 PM said...

hehe
garang die :P
tp betolla, bende tu jd haram kalau kite soh org klik
and psl pompuan cina tu x hbs2 isu die
hhuhuuh

aNIe on June 22, 2010 at 10:26 PM said...

tEDl...rehatlah dulu...ntahlah...kadang2 mereka tu semua sukar untuk memahami...

Liliyuli on June 22, 2010 at 11:46 PM said...

uihhh..garangnyeee..tatut ai..huhuhu

Anonymous said...

rilax,jangan pening2 kepala. nanti tercabut betul2 susah pulak. :)

ciK LyndaWawa on June 23, 2010 at 10:08 AM said...

baik ustazah tedi..hehehe

Qib on June 23, 2010 at 10:13 AM said...

nuffy pun ada haram dan halal nye jugak ye

Anonymous said...

dunia maya ini kdg2 mengelirukan..!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting