Tuesday, June 01, 2010

Kalau Kau CinTakan HaiwaN, Tidak suKa KekeJamaN, ToLOnG JanGan PapaR VideO aTau GambaR JiJik DaLam BloG BaGi OranG TenGok! SUmPah! Aku TiDak suka!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:36 PM
Ini bukan kes pertama. Aku tidak mahu tengok apa-apa gambar atau video berkenaan dengan keganasan yang terlampau. Sumpah aku tidak akan tengok dengan sengaja!

Kalau kau jemput aku untuk tengok kau silap orang dan silap blog!

Aku pernah menegur seorang blogger yang memaparkan gambar anak kucing di pijak sampai berdarah sampai mati oleh seekor syaitan. Aku tidak sengaja tertengok. Aku nasihatkan blogger tersebut memadamkan 'entry' tersebut atas rasa kemanusiaan. Alhamdulillah, bukan aku saja yang minta, beberapa blogger lagi sependapat.

Kalau kau tidak suka kekejaman, jijik dengan kerakusan manusia kepada haiwan, aku pasti, kau juga tidak mahu memaparkan sesuatu yang akan menyentuh sensitiviti orang lain.

Memaparkan adegan atau gambar atau video sedemikian, bukan mendatangkan hormat orang pada kau, tapi orang akan tanya 'Bagaimana sampainya hati kau melihat gambar tersebut.'

Aku pasti, pencinta kucing sebenarnya bersetuju, memaparkan gambar atau video kekejaman kepada haiwan bukanlah cara yang terbaik untuk menunjukkan rasa marah kita pada orang yang tidak beradap.

Nasihat aku pada mereka yang memuat turun apa-apa gambar atau video kekejaman manusia kepada haiwan, padamkan 'entry' kamu. Kerana sebagai manusia yang cintakan haiwan, aku sendiri tidak akan dan tidak mampu melihat gambar sedemikian.

Bagaimana kamu boleh meletak di dalam blog dalam masa yang sama kamu katakan itu adalam kejam??

Nota kakitanganku : Yang binatang sudah tentu binatang, yang manusia mahu jadi binatang mengapa perlu di agungkan?






22 kUs-kUs:

AM on June 1, 2010 at 6:06 PM said...

maaf CIk Tedi.
betul betul betul!
arol sokong Cik Tedi!
sekarang jugak arol delete entri 'itu'.
terima kasih, Cik Tedi! :)

Anonymous said...

stju saja....

kak wan on June 1, 2010 at 6:11 PM said...

Cik tedi maaf akak tertengok gambar tu..sedihnya ..sial..moga - moga Allah laknatkan betina tu.
sayang sicomel tu..

Nur Suaidah Bachok on June 1, 2010 at 6:14 PM said...

macam2.. huhhuhu~ sabar yer tedi. setuju dengan kamu! :)

Nadiene on June 1, 2010 at 6:27 PM said...

samelah dengan kes pghinnan yg len, xbek wat dlm entry ka,,, setuju!

nadiah on June 1, 2010 at 6:31 PM said...

betul gak kan cikTedi,sy dah dilete entry tu jgk...

ILA HonEyBuNNy on June 1, 2010 at 6:40 PM said...

ila juga pncinta kucing.,..cik tedi..tgk x yg vdoe org ptong kaki kucing tu?? ila tgk menagis...sedey sgt2...cian kucg tu...kejam itu olang...

AM on June 1, 2010 at 6:48 PM said...

Cik Tedi,
terima kasih yeah sebab post entri ini!
hari ini arol sudah dapat 1 pengajaran berguna.
:)

Sufi Asri on June 1, 2010 at 7:14 PM said...

=( sedih...

qellissa on June 1, 2010 at 7:44 PM said...

sgt setuju, sy pon suka n syg binatang x sampai hati tgk penganiyaan terhadap binatang, even kucing kena langgar pon sy nangis tgk azab nya kucing itu..inikan pulak kena pijak..mmg x sanggup n xkan tgk..

etty said...

huh. mungkin dia nk share dengan reader dia. sebab dia fikir, kalau takat letak link tak hawwwtttt. hahahahahahah.

btw. ada pro contras dia. fikir lah baik baik apa faedah yg didapat kalau letak jugak gambar kejam tu.

dan, terima kasih jugak sebab ingatkan hal ni pada bloggers lain. ramai yg tak terfikir hal ni tedi.

thanks.

hans on June 1, 2010 at 8:06 PM said...

aku penah tgok blog mana ntah2 baru nih gambar2 kucing di sembelih dan dimakan
geli aku

sarah shafie on June 1, 2010 at 8:06 PM said...

nsib baik tk tgk..tk sggup lah..

Softtouch [Hanim] on June 1, 2010 at 8:17 PM said...

sy pun xnak tgk tedi..xsmpai ati...

meowwmania on June 1, 2010 at 8:28 PM said...

sebolehnya akan cuba mengelak dr melihat gmbr atau video tentang kekejaman haiwan

rasa sgt marah dan sedih kerana x terdaya nk melakukan apa-apa

aNIe on June 1, 2010 at 8:30 PM said...

tEDl...pada mulanya ingatkan cerita ttg apa...rasa ingin tau membuat akak ke sana...sampai sekarang gambaran itu tak hilang...setiap kali teringat...hati menyumpah dan memaki binatang itu...

Anonymous said...

binatang pon ada prasaan gak...lebih2 lg kucing tu haiwan kesayangan Nabi SAW

ape2 jer on June 1, 2010 at 9:14 PM said...

yup x suke tgk..dan tak sanggup..sedih je rasa..

Shuk on June 1, 2010 at 9:21 PM said...

tak sanggup tgk kalau de video yang tnjuk kena dera..binatang pun ada harga diri. cuba kalau orang kena dera kite jdi bhn tontonan? mesti xnak tgk kan~

Qib on June 1, 2010 at 11:28 PM said...

sy da tengok dulu.
yang kena pijak tu..
aiyoo..
seram sejuk tau bulu roma. cilaka punye perempuan./.

Relevan on June 2, 2010 at 8:13 AM said...

Saja dia orang suka dengan keganasan begini agaknya..tiada berperasaan..

ctpayong on June 2, 2010 at 1:07 PM said...

setuju! setuju! aku sayang kamu sebab kamu sayang kucing hahaha.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting