Membaca Harian Metro Online hari ini hati menjadi sayu. Beritanya di sini.
Umurnya 76 tahun. Tidak tahulah ke manakah dia ingin pergi di waktu pagi-pagi begitu dengan menaiki bas. Dia mungkin ada sebab mengapa berada dalam situasi tersebut. Turun dari bas yang di naiki dan malangnya bas itu juga yang menggilisnya sehinga kepalanya pecah berderai.
Aku tidak salahkan dia mahupun keluarganya. Mereka mungkin ada sebab mengapa warga emas berusia 76 tahun ini masih menaiki bas bersendirian. Namun hati juga bertanya, dia ke mana? Kerjakah? Tiada waris yang menemani?
Aku ingatkan diri aku dan juga kamu semua. Jangan biarkan saudara terdekat kita yang berumur keluar sendirian. Macam-macam yang boleh terjadi. Di ragut. Di cederakan. Di langgar. Macam-macam.Mereka tiada kudrat untuk melawan. Penglihatan dan pendengaran meraka tidak lagi jelas. Tiada siapa yang akan memimpin mereka untuk melintas jalan.
Umurnya 76. Satu angka yang istimewa kerana masih sihat dan Allah beri izin untuk terus bernafas. Tapi sayangnya, dia mati sia-sia di bawa bas yang di naikinya.
Al-Fatihah buat Nenek Aishah Ariffin.
Aku tidak sampai hati untuk meletakkan gambar ngeri beliau. Sila ke link berikut untuk melihat sendiri. Tapi, serius, jika kamu belum cukup kuat mental dan fizikal, sila jangan klik.
Di sini.
Nota kakitanganku : Sudah takdirnya begitu!
25 kUs-kUs:
salam,
tedi, i bila tengok nenek or atuk tua jalan sorang2 dimana2 sahaja
pergi kedai ke
jual2 tepi jalan ke
naik bas turun bas sendiri
dalam hati i juga terdetik:
mana pergi anak2 dia
mana pergi cucu2 dia
oooo..
mayb dia tak ada anak2 kot
kesian...
apakah aku nanti spt dia?
tak sampai hati...
selagi ku hidup dan mampu
takkan ku biar mak ayah ku sebegini insyaAllah...
da tgk dah. ish3..
anak3 x btnggjwab.. leh dieorang bio mak ke nenek ke jalan sorang3..
janganlah cakap dia mati sia-sia..
Allahuakbar.. kesiannya nasib makcik.. kat tmpat hana ni.. semoga Allah lindungi mak ayah dan keluarga kita dari bala seperti ni
sayangi insan yang lebih tua, ayah ibu keluarga.
Makin tinggi belajar moga makin tinggi ilmu penyayang.
meremang bulu roma tengok...nauzubillah...
moga arwah tenang disana
amin..
sian kan, bila dah tua2 jadi macam ni...
tak tau nk cakap apa....al fatihah utk arwah
sedeyhnya..
Ya Allah...
ak tgk gmbar..
teruk sgt2!
waduh
mcm x sanggup nak tgk
huhuhu
sedih....
al-fatihah untuk nenek itu
moga aman bersemadi di sana
tak sampai ati tgk orang tua tak kira apa bangsa..dok jalan seseorang.sedih sangat2..
al fatihah utk arwah nenek tu..semoga dtmptkan dikalangan org2 yg beriman ..
tragis..
al fatihah untuk arwah nenek itu..
Al-Fatihah..
alfatihah..
baru hari ahad lepas tunggu bas kat stesen bas tg malim tu...
patut macam knal jer tempat tu...
Salam...
Al-fatihah buat arwah si nenek...
* Tidak tergamak untuk melihat link ke gambarnya...
Semoga kita tidak akan membiarkan keluarga warga emas kita terbiar sendirian...
aku tidak kuat sangaat nak klik ke gambar itu..
namun sama2 kita doakan semoga nenek itu dicucuri rahmat..
Alfatihah..
cik tedi. tengok gambar2 ini! KEJAM! SEDIH SANGAT-SANGAT!
http://arolpunyeblog.blogspot.com/2010/06/betina-sial-yang-kejam-nak-menangis.html
:'(
ya allah.. kesian kat dia... T_T
alfatihah...
Alfatihah buat arwah.
76 masih kuat kesana sini naik bas.
tEDl...bila melihat nenek2 tua atau pakcik2 yang berjalan sendirian di bandar...terketar2...tertanya2 dlam hati...ayah siapakah itu...ibu siapakah?
Al-Fatihah buat nenek Aisyah Ariffin...akak tak berani tgk gambar itu...
al-fatihah buat arwah.. nenek ku smpi 68 tahun je.. 76 kira umur pjg gak tu
alfatihah untuk arwah..kesian nenek tu..mcm takut je nk klik link tu tedi...
x sanggup nk tgk baca pun dah ngeri..al fatihah..
Post a Comment