Lokasinya di tempat meletak kereta di Pasaraya Mydin MITC. Jam lebih kurang 6.00 petang. Aku mengundurkan kereta untuk keluar dan terus mengambil laluan sehala.
Sebuah kereta di pandu oleh seorang wanita bertudung agak-agak sebaya aku, juga mengundurkan kereta tetapi mengambil haluan yang bertentangan. Aku memberi isyarat bahawa itu laluan sehala.
Dia menurunkan cermin kereta. Aku juga berbuat perkara yang sama.
'Ini sehala.' Aku memberitahu sambil tangan menggayakan haluan sehala.
'Kereta sebelah tu masuk tak betul, saya susah nak halakan ke sana. Boleh ketepi sikit tak?' Dia bersuara dengan muka yang tegang!
Aku bersusah payah mengetepikan kereta untuk beri dia lalu sebab jalan tidaklah begitu besar. Okey. Dia sudah boleh jalan.
Tiba-tiba dia bersuara.
'Jangan berlagak sangat kak.' Dia terus memecut kereta.
Hah???? Apa???
'Woi!! Aku cakap ini jalan sehalalah! B**LShit!!!!'
Aku menjerit kuat dan sangat berharap dia mendengar.
Adik dan Along terkejut dengan kata-kata perempuan tidak beradab itu. Aku juga sudah jadi tidak beradab kerana provokasi dia.
'Kita ada salah cakap ke tadi?' Aku menyoal mereka. Along menggeleng kepala. 'Kita ada cakap apa-apa lagi dengan dia ke?'
Aku memang betul-betul tidak puas hati. Tidak sempat mahu ambil nombor kereta. Sepatutnya dia berterima kasih sebab aku memberi laluan dia bergerak. Kenapa dia kata aku berlagak. Aku cuba berpusing-pusing di kawasan sekitar untuk melihat andai dia masih ada di situ. Sudah lesap.
Kepada perempuan yang bercermin mata memandu kereta Proton Wira warna silver,
Kau memang seorang yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih. Aku tidak tahu apa masalah kau sebenarnya. Aku juga keliru kenapa kau kata aku berlagak. Dengan memberitahu ini jalan sehala dan memberi kau lalu adakah itu di namakan berlagak?
Aku tidak tahu kau sekolah setakat mana. Mungkin semasa kau sekolah dulu subjek Sivik dan Kenegaraan belum lagi di ajar. Sejujurnya aku memang tidak berpuas hati. Aku ingin sekali bersemuka dan bertanya, mengapa kau begitu biadab berkata begitu dan terus berlalu tanpa ucapan terima kasih yang sepatutnya kau lafazkan.
Aku melayan kau yang biadap automatiknya aku jadi biadap. Jadi kesimpulannya, aku terpaksa abaikan perempuan biadap dan kurang ajar macam kau dengan paksa rela.
Sekian.
Nota kakitanganku : Aku harap sangat dia ada blog dan baca ini kemudian bersemuka kalau dia bukan pengecut!!

29 kUs-kUs:
wah,sabar cik teddy
biasalah tu
dia nak cari gaduh dgn ko lah tu
adoi2
dah2
gi blog aku
tgok entry aku yg latest
jgn lupa join sekali tau
ish3..tak bersyukur la dia tuh,nanti mesti jadi balik perkara yg dia dah buat kat cik tedi,sabar ea..=)
mental apa pompuan tu?? ckp jalan sehala aje dah di katakan berlagak.. begong..apa pun sabar aje ar ted.. pompuan biadap mcm tu xusah di layan, makin di layan makin kita yg jd biadap.. dai dah tentu ar biadap kan??
eh..biadap btul lah pompuan tu..
agaknya dia ade masalah mental kot..
mesti dia baru pandai bawak kete..tu yg xtau tu..dia yg berlagak sbnarnyer silap kate kat org..kalau ambik no plat kete kan best..lg senang nk detect dia..baru raseka..b*d*h punya org..
sabar cik tedi....
penakut...dah cakap terus pecut..shame on her!!!
kalau berani face to face la kan..
sudah wat salah mahu berlagak lagi..
kurang haja itu orang..
kak tedi sabar yee
hurm mmg biadap...klu aku kak mmg aku kejar keta dia tu...lepas tu jerit kat dia puas2... :P
rasanya dia yang belagak. =.=
memang tak beradap betul.
marH sangat akak ni. Sabar kak, laki pon selalu gak wat perangai gitu..
wow. itu agak melampau. ckp terima kasih pn dh cukup baik
haih... akak pun pernah kena gini... ni nama bodoh sombong... org dah bagi laluan lagi kurang ajar...
lor.. mcm tu plak balasannya? hape jenis la orang mcm tu..
bukan pe cik tedi..dia guna LESEN TERBang la tu..hehhe..tu yg tk tau signboard tu kt pe??>..huhuhu
sabar lah Tedi
aku hari ni pun hangin gak ngan pempuan kerek. aishhh.! bad mood terus aku jadinya.
perghhhhhhhhhhhh..xpatut..
patutnye ckp terima kasih la..
ciri2 wanita melayu dah xada agknye pd dia..
sabar je la tedi
pengecut..jauh baru berani..hampeh punya prmpuan..ehh bukan perempuan B****A dh tu,,
biadapnya!!!
klau sya pun panaz atie
itu la org sekarang..pntg di tegur...kita tegur dia untk kebaikn..dia marah2 kita lak....jgn d layan puan gtu...lau kita lyn..mmg kita mcm dia jgk.....mmg kurang ajar...geram jgk n ila pn pnh alami situasi cmne...
tEDl.kalau akak jadi tEDl pun akak akan cari dia...geram bila dikatakan begitu dan langsung berlalu tanpa ucapan terima kasih...geram betul...kuang ajar...
tedi..dia period kot..ehehehe..xpun dia tak paham maksud isyarat tangan sehala yg yu tjk tu..
eh btw...ada buku khas tau..tuk isyarat tgn ni...kalo negara lain..kalo kita sini maksudnye ok..kat sane maksudnye lain..owh kalo kebetulan sy pinjam buku tu kat library...sy tjk ye...
sabo ye cik tedi...anggap la dia period..ehhehhee
memang konghajar betul. lari pulak tu.
teringat pulak kisah lelama.
sorang mamat cha-ya langgar blakang keta masa jammed di Bdr Sunway. kRina turun..ye ye dia kata takde papa.. ok lah.. terus dia belah..
bila tengok balik bumper senget sikit. kRina kejar dia..haha.. (brutal betul masa tu)bagi hi-beam pastu dia berhenti kat satu petronas tu. cakap2... dia bg hp no kalau apa2 nak repair.
balik bgtau & tunjuk kat abg..rupanya keta tu ada macam tread kat bumper;tekan jer terus dia ok balik.
eh related ker dengan topik..hehe..
kalo dpt tu, lempang je 44 kali..kasi dia tau makna terima kasih..huhuhu
haih..sabar banyak-banyak..panas sangat nampaknya,,
cis! kurang ajaran
perempuan xde adab tu xleh layan. spesis xnak ngaku ksalahan sendiri
spesis yg nie le buat lelaki double standardkan pemandu wanita
tok sah layan pompuan gile mcm tu..
kurang ajar pompuan tu yer...org ckp elok2 dia balas mcm tu...giler..
pelik tol...apa maksud dia ko berlagak..konpius..konpius..
jgn ambil pot ngan org camtu. kau tunjuk penumbuk je kat dia..hukhuk. ape pun sat ba ra. istighfar bnyk2...bila marah reda...syaitan pun kecewa.
Post a Comment