Tuesday, June 15, 2010

KenAPa sayA Di PerkoTak KaTikkaN? aPa saLah sayA? aPa sILap saYa? samPainyA HaTi. SayA akAn BaLas DenDam!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:25 PM
Photobucket

Pemanggil : Hello! Ini Cik Tedi Binti Sekian.. sekian!!
Aku : Ya saya.
Pemanggil : Saya telefon dari unit Bla bla. Saya ada dapat aduan pasal Cik Tedi.
Aku : Aduan apa?
Pemanggil : Pasal tindakan tatatertib. Bos cik ada laporkan pada kami.
Aku : Erhhmmm. Silap kot. ( suara dan ketaq!!)
Pemanggil : Oh ! Di sini memang tertera nama cik. Kami akan semak semula kalau cik tedi tidak berpuas hati. Saya akan telefon semula nanti.

Letak telefon. Termenung panjang. Apa salah aku? Bila masa pula Bos aku buat aduan? Berdebar-debar jugalah.

Telefon berbunyi.

Pemanggil : Hello. Cik tedi. Saya sekali lagi ya. Saya sudah pastikan, memang betul ada surat aduan bertarikh sekian..sekian yang di hantar oleh bos cik sendiri melalui tangan.
Aku : Aduan apa? Apa yang saya buat sampai dia tidak boleh beritahu saya sendiri. Kenapa mahu terus buat aduan sampai peringkat atas.
Pemanggil : Ehmmm.. Dia tulis kat sini, kesalahan cik ialah GUNA FACEBOOK WAKTU KERJA!! ( ada gelak-gelak hujung talian )
Aku : Wey!! Binaweeelah kau!!!

Oh tidak!! Aku di perkotak katikkan kawan sendiri. Ha ha ha!! Rasa mahu gelak guling-guling bila di kenakan kawan sendiri. Jantung sudah berdegup-degup wey!!

Pemanggil : Tulah kau kak. Aku minta nak add fesbuk, kau tak bagi. Bohonglah kau tak de fesbuk.
Aku : tak caya sudah!!

Minah ini sudah lama tidak telefon sejak bertukar pejabat ke daerah lain. Jadi memang tidak cam suara dia. Aduhai! Boleh gugur jantung di buatnya. Walau tahu tiada kesilapan besar yang aku buat, tapi ketar jugalah.

Oh! Esok aku jumpa dia. Kirim salamlah aku mahu tolong bagi kau jawapan periksa esok. ha ha ha ha..

Nota kakitanganku : Berdebar-debar jantungku!!





24 kUs-kUs:

Tuah on June 15, 2010 at 7:52 PM said...

Keje gomen...bila kata kena tindakan tatatertib, maunya x ketar.
Bahaya tu akta 605.

Dee on June 15, 2010 at 7:53 PM said...

hehe..panggilan hangit di office

ckLah @xiiinam on June 15, 2010 at 7:58 PM said...

Nasib baik jantung Tedi sihat!

Anonymous said...

wohoho...mesti pucat lesi nih

Unknown on June 15, 2010 at 8:10 PM said...

pergh... aku igtkan td btl2 ko kena tindakan tatatertib sebab men fesbuk waktu keje... :)

KiFli MaLLy on June 15, 2010 at 8:14 PM said...

hahahahah....aku pown rasa cuak gak apa la kesalahan yang dilakukan oleh kak tedi :P fuhhh nasib baik takde pape....hahahaha

ISZA on June 15, 2010 at 8:19 PM said...

memang boleh sakit jantung oo..

Amal on June 15, 2010 at 8:24 PM said...

bukan kau ada fesbuk ke?

white rose on June 15, 2010 at 8:33 PM said...

hahahaha...

lawak selasa ke ni kak???

mmg bergetar laa kalo tel tu adalah menuju salah kita...

haish...

e.t.t.y on June 15, 2010 at 8:34 PM said...

aaaa tau takut. hahahaha. lu kena beb!

Anonymous said...

huhuhuh...
kesian ko!!!
huhuhu...
nsib baek bkan real! l

Tupai Karan on June 15, 2010 at 8:41 PM said...

haha.. bagoih dok ada... mesti taim tu da gabra pikir mcm2 kan

Anisa on June 15, 2010 at 9:09 PM said...

heeee
kesian kak tedi
;P

al-mankaraqi on June 15, 2010 at 9:19 PM said...

biasa jer tengok membe2 keje gomen men pesbuk.....xde pehal la kan.....

PuanPepel on June 15, 2010 at 9:20 PM said...

haha...sy penah kene gk baru2 ni..
mmbe kol cakap dr balai polis brinchang n sy dilibatkan dengan kes kecurian...mmg hampes...!!!

a.z.r.i.n.a.03.07 on June 15, 2010 at 9:33 PM said...

Ted,
mau tak de darah kat muka masa tu..


baca pun dah saspens je mula tadi..

fuhh..lega ye tak?

fndrocka on June 15, 2010 at 9:38 PM said...

ni boleh buat modal pekena member aku pulak!insyaAllah
Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

wanita mutalib on June 15, 2010 at 9:45 PM said...

wakenabeb!! :p

Zareda Norman on June 15, 2010 at 10:04 PM said...

waduhhh bikin ketar gue dong.. hehhehe

NUNU EERA on June 15, 2010 at 11:35 PM said...

tggu n3 lps bls dendam..hehe..

Dina Zakaria on June 16, 2010 at 8:07 AM said...

hahahaha..kalo opis aku, agaknyer mau semua staff la kot kena tindakan tatatertib..;-)

Tukang cerita on June 16, 2010 at 9:43 AM said...

siannya...mesti pucat lesi masa tu....

Cahaya Aina on June 16, 2010 at 9:52 AM said...

Geram jerk kan dpt panggilan yg mempermainkan!!!hahah tp klu kenang blik blh buat kita gelaks!!!haha

ctpayong on June 16, 2010 at 12:04 PM said...

ted, soh dia exercise mata masa exam nnt...jeling2 kat org sebelah menyebelah...huhuhu

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting