Wednesday, September 01, 2010

2 ekOr iBu kuCinG yanG BeranaK Di BuLan RamaDhaN! MereKa amBiL JaLan MuDah sELesaikaN MasaLah. Aku yanG BerFikiR!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:24 PM
Sudah lama mahu cerita tapi tiada berkesempatan. 2 minggu lepas ada orang buang 2 ekor ibu kucing yang sedang sarat bunting di rumah. Memang 'hangen' jugalah satu badan masa itu. Metaliti manusia yang suka ambil cara mudah selesaikan masalah.

Bila aku suka kucing itu tidak bermakna aku mengalu-alukan kedatangan kucing-kucing yang lain. Maaf! Aku ada masalah dan sebab aku sendiri kenapa jumlah kucing di rumah ini ada hadnya. Tapi bila manusia jahanam itu sudah buang, adakah secepat kilat aku perlu buang semula ke tempat lain?

Kekejaman aku belum sampai ke tahap itu.

Elok sahaja aku keluar wad adik beritahu 'Kak, kucing kelabu dah beranak belakang rak televisyen depan.'

Oh! Okey! Anaknya 5 ekor. Menguit-nguit. Tidak sampai tangan untuk ambil sebab ruang yang terbatas. Masih kecil, tidak sampai hati untuk ambil gambar. Anaknya hitam warnanya. Erk! Atau kelabu. Aku tidak jelas.

Seekor lagi ibu kucing juga perutnya sudah kempis. Tetapi anaknya tidak tahu di mana dia letak. Mungkin di rumah kosong sebelah. Berapa ekor? Belum tahu lagi.

Apa yang akan aku lakukan? Buang semuanya tepi jalan? Biar lunyai di makan anjing? Biar basah dek hujan. Biar kering dek panas? Biar hancur di gilis kereta?

Bersenang lenanglah kau wahai orang dangkal yang membuang. Aku yang terkebil-kebil fikirkan penyelesaiannya.

15 ekor kucing dalam satu rumah? Oh! Tidak mungkin sama sekali!!

Nota kakitanganku : Fikir jalan yang terbaik!






30 kUs-kUs:

Anisa on September 1, 2010 at 8:03 AM said...

erk.
senang2 je diorang buang eykk
tak patottt

ejaMaria on September 1, 2010 at 8:32 AM said...

salah satu sbb kenapa aku tak nak bela kuceng + kuceng betina... takut dia mengandung... haru...

Tuah on September 1, 2010 at 8:40 AM said...

mmg kurang ajar org yg buang kucing2 tu semua. apa yg cik ted kata semuanya betul. bila kita suka kucing tak semestinya org boleh sewenang2 buang berhampiran rumah kita. akak pernah kena dan selalu kena dulu. buang kat dlm longkang tepi rumah akak. tp sbb dah selalu sgt, setiap kali ada yg buang, akak akan bising2 biar jiran2 keliling tau betapa akak xsuka dgn cara mereka. Alhamdulillah, buat masa ni belum ada lg yg buat hal yg sama mcm tu lg. buat masa ni la...

Adam Aizad on September 1, 2010 at 8:42 AM said...

Hantar ke SPCA pun bagus jugak atau iklan kat petfinder mudah2an ada insan berhati mulia sudi mengambil.. Jgn pening2 kepala setiap berlaku ada hikmahnya..

Suara Kalbu on September 1, 2010 at 9:12 AM said...

Senangnya mereka ni selesaikan masalah.

meowwmania on September 1, 2010 at 10:31 AM said...

dalam dilema kalau tersepit dlm situasi macam ni kan haihhh...

sedih mengenangkan kucing2 terbiar ni :(

princessayang on September 1, 2010 at 11:01 AM said...

ni yang rasa nak sepuk kepala orang2 yg dok gebang merata cakap kembiri kucing tu dosa.. tp bila kucing tu dh mengandung, pergi campak kt orang lain.. sesedap hati ja..

Azuan on September 1, 2010 at 11:01 AM said...

harap dpat diselesaikan sebaiknya..hohoo

MiaSaidin on September 1, 2010 at 11:27 AM said...

hmm... tu sayang kucing ke tak tu? dah tu buat apa nak bela.. ish... ish...

mama affan on September 1, 2010 at 11:27 AM said...

moga jumpa jalan penyelesaian..kepada pembuang..moga dapat balasan setimpal!

gadisBunga™ on September 1, 2010 at 11:44 AM said...

oh tidak!! menduga keimanan!

rie on September 1, 2010 at 1:33 PM said...

hantar kat spca
tp kne byr sket utk kos jaga dorg

petfinder.my pun bgus
sng nak cr new owner :)

KiFli MaLLy on September 1, 2010 at 2:12 PM said...

aduhaiii kasihan sungguh nasib kucing2 ni yer....15 ekor kucing dalam satu rumah memang tak boleh tanggung kesemuanya...

azieazah on September 1, 2010 at 2:15 PM said...

Kalu kena ujan, lukus kedinginan, tu yang tak sanggup tengok...

Alimaz-Kembara Terasing on September 1, 2010 at 3:04 PM said...

hmmmmmmmmmm hampagas sungguh siapa yg buang kucing yg sarat tu.... tunggu la satu hari nanti org buang dia macam mana dia buang ibu kucing tu.....

bylindakitchen on September 1, 2010 at 3:44 PM said...

aduhai.
banyak plak tue dalam satue masa.
sabar yer tedi.
aperpon cariklah jalan penyelesaian yang terbaik.

zns on September 1, 2010 at 4:02 PM said...

mmm..bongok punya orang.sesuka hati jer membuang.rumah kampung aku pun selalu jd mangsa cik tedi.aku pun macam ko sama cik tedi..sudahnya kucing kat rumah aku dah 18 ekor sekarang...semua dlm proses nak bagi orang lepas raya ni..

Dee on September 1, 2010 at 4:07 PM said...

dah fikir ke tedi..pening pala gak tu kan..

Unknown on September 1, 2010 at 4:13 PM said...

dpt lagi~

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

NUNU EERA on September 1, 2010 at 5:12 PM said...

turut b'simpati.. nk tolg jgakn pun xleh sbb kat umah ni pun bru tambah lgi baby cat..

Unknown on September 1, 2010 at 9:19 PM said...

sayangilah makhluk Allah..

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on September 1, 2010 at 10:46 PM said...

wa mohon Allah murahkan rezeki lu la tedi..

kella on September 2, 2010 at 10:45 AM said...

hai tedi, lama tak datang sini.. sihat kah?
hmmm...ambil mudah betul mereka!
aku doakan moga kau dapat cari jln terbaik untuk tempatkan kucin2 tu..

besar pahala dibulan puasa ni tedi.. :)

hans on September 2, 2010 at 2:53 PM said...

itulah pentingnya kucing dikasi
haih
kesian ekau tedi
tu macam mana nak buat tu?
15 ekor tu
banyak kut

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

amie on September 2, 2010 at 4:06 PM said...

erkk..
kesian mereka.. :(

beautiful_rose on September 3, 2010 at 1:32 PM said...

org buang kucing?
jahat betul aku tak suka org wat mcm tu.aku pn pnh kena dulu...mentang2 family aku suka pd kucing,senang2 je diaorg nak buang depn rumah kita.

ko bg saja pd org y mahukan kucing itu @ jual mereka pada yang sudi memeliharanya.sekurang2 kurangnya mereka tidak lagi terbuang begitu saja.kesian anak2 kucing y masih kecil itu.....

Anonymous said...

kejam tol orang tu erk? iskk... hurm.. 15 ekor? banyak tu. =,="

IntanBerlian on September 4, 2010 at 3:09 AM said...

huhu ted.lama tak jengah kau.selamat berpuasa ted.nak raya dah pon

Qib on September 4, 2010 at 10:30 AM said...

bguihnye.. berrbaik la pada kucineg...


Latest entry di:

Daddy ku agak manja?
Hantu wujud atau tak?
Dosa ke tengok orang naked!!!!
Kambing untuk dijual!

Kak Anie on September 6, 2010 at 10:34 AM said...

Akak memang tak suka orang membuang kucing di rumah orang...mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting