Tuesday, September 07, 2010

TV3 TariK sEmuLa ikLan Pak HaJi 'sanTa ClauS': ToLonG JaGa senTiviTi umaT isLam!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Photobucket

Agak ketinggalan mengenai ini. Maklumlah, bila tidak sihat nafsu untuk berpoya-poya depan televisyen pun tidak ada. Namun bila tengok Bultein Utama semasa mengumumkan penarikan semula iklan ini, hati tertanya-tanya juga 'Iklan apa ya?'

Hasil dari mencari di enjin carian terjumpa pelbagai artikel dan komen mengenai iklan ini. Barulah aku faham mengapa ramai umat Islam tidak selesa dengan penayangan iklan ala-ala 'Santa Claus' ini. Khabarnya RM 200,000.00 habis untuk penghasilannya. Hangus sajalah RM 200,000.00 itu.

Tertarik sungguh dengan kenyataan dari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Mohd Khairul Abdullah Halim,

"PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia," tegas Mohd Khairul, sambil menasihatkan supaya "berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun".

Nota kakitanganku : Sokong sampai nampak macam mengampu!!





4 kUs-kUs:

al-lavendari on September 7, 2010 at 8:15 PM said...

siapalah agaknya yang punya idea ni ?

Anep™ on September 7, 2010 at 10:04 PM said...

ha'a..sape nyer idea ea...
sampai berbelanja rm200 000..
byk tu..hmm

Dee on September 7, 2010 at 11:42 PM said...

nasib baik cepat tersedar..masa mula2 tgk pun pelik gak..apsal mcm iklan krismas lak ni..hehehe..

Softtouch [Hanim] on September 8, 2010 at 9:11 AM said...

mmg baguslah depa tarik balik iklan tu..betul2 xjg sensetiviti iklan tu..org yg approve kan iklan nilah ngong..xkan x terpk dr awal..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting