Sunday, September 19, 2010

BuDak 2 TahuN kOma TerJaTuh TanGGa BergeraK : anTara KecuaIan senDiRi keMuDian MenyaLahkaN PihaK LaIn DaN aBah-aBah kEseLamaTan.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM
Tertarik dengan satu tajuk akhbar hari ini. Seorang kanak-kanak yang koma selepas terjatuh dari tangga bergerak.

Ibunya mendakwa tangga bergerak agak laju dan mengakui anaknya agak lasak. Jika menurut katanya sebelum itu si anak berada di dalam troli maknanya tangga bergerak yang jenis leper itulah. Laju ke? Tidak tahulah di tempat dia. Setakat aku yang selalu turun naik tangga bergerak di Mydin, Melaka, biasa saja.

Si ibu tidak mengaku kecuaian diri untuk memastikan si anak selamat di atas tangga bergerak tetapi menyalahkan pihak pusat membeli belah yang tidak menitik beratkan ciri-ciri keselamatan. Rasa aku, jika si anak berdiri atas tangga bergerak sambil memegang erat tangan si ibu, InsyaAllah si anak tidak akan terjatuh dengan sendiri melainkan si anak di biarkan berdiri sendiri tanpa pengawasan.

Okeylah, siapa yang benar siapa yang salah, perkara sudah terjadi. Pengajarannya, awasilah anak-anak. Perhati setiap pergerakan mereka. Jangan biar mereka bergerak sendiri. Nanti bila apa-apa terjadi kita mudah pula menunding jari pada pihak lain tanpa memuhasabah diri sendiri.

Berita lanjut di sini.

Photobucket

Ini pula dari berita di Kosmo semalam. Abah-abah keselamatan. Ada yang memberi reaksi positif dan ada yang tidak bersetuju. Pendapat kamu pula bagaimana?

Berita lanjut di sini.

Nota kakitanganku : Takdir...??






12 kUs-kUs:

Ms.Lilies on September 19, 2010 at 8:23 PM said...

kat escalator mmg kena monitor kekanak...diorg yg tau hepi2 je

Amieynna Amin on September 19, 2010 at 8:29 PM said...

selama ni org len xde jatuh..
nampak sgt nak salahkan org lain..
benda dah jadi..

Tuah on September 19, 2010 at 9:26 PM said...

Pasal eskelator: bg akak ia adlh silap ibu bapa sndri. Kalau budak2 tu d pmpn tntulah xjatuh. Kan dah ada signage yg d tampal bagaiman cara bwk budak naik eskelator.

Pasal safety harness: yg menentang tu kbykannya xpk jauh. Dorg pk bila budak2 d ikat mcm tu, mrk perasan mcm bwk haiwan.
Tp kalau pk jauh, ia adlh salah 1 cara yg slmt utk kawal budak2 dr terlepas da hilang. Budak2, faham sajalah mcm mana perangai mrk. Bkn tau duduk diam.

Bg akak xsalah guna safety harness. Itu lbh baik dr hilang anak.

mamai on September 19, 2010 at 9:44 PM said...

abah-abah lagi berkesan kalau para abah juga beri perhatian

Lia3003 on September 19, 2010 at 10:28 PM said...

macam2

aLya maNip on September 19, 2010 at 10:40 PM said...

uish..de gak cm2..bleh plak slahkan esklator 2..
ni la org ckap, tsepak batu, batu gak yg salah..huhuhu

nj on September 20, 2010 at 1:21 AM said...

sitedi...
kak norma kalau keluar bawa anak-anak...mmg tak heran orang sekeliling...jadi tarzan menjerit2 mengawal anak-anak.

Rasanya tak perlu lah pakai 'abah-abah' keselamatan tu...kesian nengokkan anak-anak mcm dibawa 'binatang' peliharaan la pulak. 'Abah-abah' kak norma...suara je... :))

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on September 20, 2010 at 1:50 AM said...

tu la..
wa slalu tgk..ibu2 ni bila namak sale kat pasaraya...anak2 ni ntah hilang mana..

abah2 tu bagus...elok sisuami pun pakai..supaya isteri senang cari..

Anonymous said...

budak2 skng ni lasak meh. stuju kot kasi pakaikan diorang mcm tuh :)

ros on September 20, 2010 at 11:27 AM said...

hurm..mak ayah kene prihatin r ngan anak2..anak2 mmang tgah nakal waktu mula membesar..kesian kat budak

Dee on September 20, 2010 at 2:06 PM said...

ibu bapa yg patut tgk anak2..kdg2 bila gi shopping complex..dibiar je sendirian..bila dh terkena..mulalah tudingkan jari kt org lain..

yg abah2 keselamatan tu dee setuju sbb hya parents mereka je tau lasak x lasaknya anak2 mereka..kalo x pakai..anak hilang..org lain leh tlg ke? tlg tengok jelah kan..parents yg nangis siang malam..biarlah kena kutuk ke apa..janji anak2 x hilang..huhuhu..

ULtradya on September 21, 2010 at 10:52 AM said...

abah2 tuh nmpk mcm tali ikat kat binatang..heheheh...gurau2 ja

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting