Kanak-kanak yang memiliki Sijil Kelahiran ini sangat comel dan cantik. Hitam manis. Mata bulat. Sopan dan pemalu. Tersenyum sahaja bila di tanya 'Nama siapa?' Hidupnya terasa begitu sempurna, indah dan bahagia. Bagai tiada apa-apa.
Namun, bagaimana nanti bila dia sudah dewasa. Sudah tahu bertanya dan minta jawapan kepada soalan yang sukar di jawab? Mahu salahkan dia kerana ayahnya tiada berjumpa dan ghaib entah kemana? Mahu salahkan dia kerana ibunya menyerahkan dia kepada orang lain? Mahu menyalahkan siapa? Ibunya yang melahirkan dia di usia 18 atau ayah yang lesap?
Dia adalah antara ratusan malah mungkin ribuan anak-anak malang yang tidak berbapa di luar sana. Yang tidak di ketahui kemana walinya pergi. Yang bakal merasa sakit hati, kecewa dan sedih jika kebenaran tertera di depan mata.
Jangan biarkan anak sebegini bertambah. Jangan biarkan mereka hidup dalam jiwa yang penuh persoalan dan minta jawapan.
Sayu betul hati melihat dan merelakan anak ini mencium jari jemari. Syukur, dia bertuah di beri penghidupan dan tidak di buang di dalam tong sampah!!!
Semoga hingga ke akhirnya dia tetap bahagia.....
Nota kakitanganku : Nauzubillah hi min zalik...
18 kUs-kUs:
sedih plak aku baca entry ni tedi. sedih betul punye sedih. hampir tumpah air mata ini
syukur dia bukan menjadi mangsa seperti yg lain2 yg tak sempat tuk menlihat bumi Allah ini...
kesian kt anak2 tu..
mereka xberdosa!!
hmm aku pun penah jumpa surat banakk mcm nih..haih..sian
sedih....biar org kata kita kolot asalkan tak produce anak tak berbapa mcm ni...
sedihnya..1st time sy tgk surat beranak mcm tu...kesian dia...
I hope the society don't belittle her but encourages her to have a normal childhood....
Sedih mmg sedih. Tapi tetap bersyukur kerana dia tetap dilahirkan walaupun entah apa tohmahan dan cacian yg ibunya terima. Kurang skit dosa, dr dia digugurkan. Semoga anak2 ini dilundungi dari penghinaan kerana sgt jelas bukan salah mereka.
sedihnya.
alhamdulillah dia diberi kehidupna yang sempurna.
tapie yang di luar sana?
bagaimana?
tiada jawapan hanya persoalan.
hurm..bukan slh si anak!!!tp org tetap akan menghina dia..itula budaya kita org melayu..............
sian dia..cuba bayangkan kita duduk di tempat dia..
kesian tau.
kesian kat anak2 yang tak bersalah
salam... harap anak yang saya bela akan menjadi manusia yang tabah apabila dia mengetahuinya.... insyaAllah... :(
betul...memamg besar dugaan menjadi anak anak yang begini...semoga mereka dikurniakan hati yang tabah dan cekal
Allah akan melindunginya..
semoga berbahagia si anak...huhuu
Sedih... semoga dia akan membesar menjadi seorang yang berjaya dan berguna...
* sebenarnya dia tiada wali untuk dicari :(
melihat senerio setahun dua kebelakangan ini, sesi sekolah utk 5 - 7 tahun akan datang, mungkin separuh kelas adalah kanak2 yang berbinti 'Abdullah' atau yg tiada berbinti
Post a Comment