Tuesday, September 21, 2010

PusaT JaGaan KucinG MaJLis PerBanDaran JasIn : akU SuDah BuaT LawaTan amaL!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM
Photobucket

Pusat Jagaan Kucing Majlis Perbandaran Jasin di Jalan Pegawai. Dekat-dekat juga dengan sekolah harapan pelajar hamil itu! =)) Petang tadi ke PPD Jasin. Tergerak hati untuk singgah di pusat jagaan ini. Mahu skodeng apa yang ada di sana. Persekitarannya macam mana. Kucingnya banyak mana. SIapa jaga dan lain-lain. =))

Photobucket

Sunyi. Tiada penjaga. Tiada seorang pun. Aku terus ke belakang bangunan. 4-5 ekor kucing sedang berehat.

Photobucket

Cantikkan yang ala-ala siam itu? Nampak macam bunting. Nanti boleh tengok anaknya comel macam mana =))

Photobucket

Pasir kucing? Kamu boleh bayang baunya macam mana. =((

Photobucket

Ada najis 2 ketul atas lantai yang aku nampak.

Photobucket

Maaf! Teknik mengambil gambar yang silap. Nampak 'benda' oren atas tong biru? Seekor kucing yang sakit. Di asing dalam bilik.

Kesimpulannya??

Kucing yang ada tidak banyak. Dalam 10 ekor atau kurang.

EhMmmm. Kenapa tiada yang jaga sepenuh masa???? Mengapa kotor?? Mengapa pasir kucing di timbun macam itu?? Kucing yang sakit bawa ke veterinar? Kucing-kucing di mandulkan?? Banyak sangat soalan aku mahu tanya. Tapi tiada siapa yang boleh jawab. Mungkin lain kali sebelum pergi aku perlu telefon dahulu.

Namun, aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya mereka ada tempat berteduh dari panas dan hujan. Ada tempat menghindari diri dari kelaparan.

Nota kakitanganku : Haiwan pun tahu tidak selesa jika persekitaran kotor dan berbau!!






20 kUs-kUs:

Tuah said...

Nt ck ted bwk akak melawat ke sana juga ye.

Unknown on September 21, 2010 at 8:39 PM said...

betul2... bukan hnya manusia aje yg tau nak bersih... mereka2 nie pun ada perasaan gak.. :)

wanita mutalib on September 21, 2010 at 8:45 PM said...

sedihnya...
tapi betul kata ted|, at least ada tempat berteduh..

lagi kesian pada kucing2 yang merempat tepi jalan, especially anak kucing...

:(
rindu bushy kiter :(

lupie on September 21, 2010 at 8:46 PM said...

Hmmmm....
Sometimes kan, waktu start2 tu mmg hangat .... lepas tu ... dunno aje..
Bersepah, dah tak terjaga....
Hopefully, this is not the case!

Dee on September 21, 2010 at 8:48 PM said...

bersih jugalah kalo nk dibandingkan ngan jiran kt sebelah ni..bela kucing pandai..tp dibiar merata kencing berak rumah org..sakit hati..

Hanis MY on September 21, 2010 at 9:08 PM said...

sedihnyaa :((( sian kucing2 tu tapi at least adalah jugak tempat nak berteduh...

husni on September 21, 2010 at 9:45 PM said...

kata pusat jagaan kucing..tapi rupanya tak seindah dari khabarnya....

fiqkbe on September 21, 2010 at 9:56 PM said...

apa mende kaler oren atas tong biru tu?

umi_e on September 21, 2010 at 10:15 PM said...

Apa kata kita buat satu program amal untuk membersihkan kawasan pusat perlindungan itu?

*Walaupun tidak sempurna tetapi masih ada juga usaha yang dilakukan*

NUNU EERA on September 21, 2010 at 10:58 PM said...

sedih tgk kucing2 ni..:(

.::WaNiE::. on September 21, 2010 at 11:27 PM said...

huhu kucing xselesa kalau kotor2 kan?

ezzu on September 21, 2010 at 11:46 PM said...

waaa..aku paling suka dgn kucing...hehehehe..tambah2 lg kalu kucing tu berbulu lebat....

black_mel on September 22, 2010 at 12:00 AM said...

kenapa kucing x banyak?tp pasir diorg sediakan tu btul2 banyak...rupa2nya takde orang jaga sepenuh masa..kesian kucing tu.

hafizul_azri on September 22, 2010 at 12:31 AM said...

jom kita buat derma pas 2 buat pulau kucing..
huhu..
aku pnah tgk dlm tenet..
tp kt mna erk??
dh lupa..

RaFFLeSiA MeRaH on September 22, 2010 at 7:55 AM said...

sensitif betul bila tgk kucing kena kurung mcm tuuu...tp x per la, dah ade org bagi mkn tu pun dah kira ok...harap2 kebersihan kawasan dorg tu lebih terjaga selepas ni....utk kesihatan dan keselesaan kucing2 tu jugak...kan...

RaFFLeSiA MeRaH on September 22, 2010 at 7:57 AM said...

kat rumah aku skrg ni, dkt 8 ekor kucing jiran yg dah mcm kucing aku...huhuhu...pagi ptg bagi mkn, tp dorg pandai, berak dlm longkang dgn blkg dapur...so, tiap kali ade najis dorg aku just jirus jer dgn air and sental dgn penyapu keras...huhuhu....ikutkan malas nak bagi mkn tp disebabkan x sampai hati...bagi jugak la mkn....padahal tuannya ade kat bwh tuuu....

Softtouch [Hanim] on September 22, 2010 at 9:20 AM said...

kesiannyer xde org jaga kucing2 tu..kucing bkn byk pun..sian dorang..sedih..

meowwmania on September 22, 2010 at 10:15 AM said...

sedih pulak tgk keadaan kat situ, tp bersyukur juga sekurangnya ada tmpt berteduh utk si comel dr terbiar

harap tmpt itu akan sentiasa diperbaiki :)

fini mahadami on September 23, 2010 at 3:43 PM said...

Well, take it positively la kan as the intention is good.. Jika mengambil kira cruelty done to stray animals, this place is waaayy better than out there.. Condition mungkin boleh diperbaiki, there's always room for improvement ( hopefully la) Jauh pulak untuk saya visit.. Kalau under Majlis Perbandaran hendaknya lebih terjaga di masa akan datang..Mungkin mereka kurang pengetahuan atau pengalaman..

akar rustika on May 23, 2017 at 11:23 AM said...

Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting