Friday, September 24, 2010

SoaL JawaB aGama : PerTunanGan HaruS Di RahsiakaN.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM
Ini adalah beberapa soal jawab agama yang aku baca dari Kosmo Online. Tapi sayangnya tiada nama tertera siapa yang yang menjawab segala kemusykilan ini. Antara soal jawabnya ialah :

1. BENARKAH ada pandangan yang mengatakan bahawa pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan?

JAWAPAN:

Benar, bagi menjaga maruah seseorang wanita sekiranya pertunangan itu terputus di tengah jalan. Lebih baik pertunangan itu hanya diketahui oleh keluarga terdekat sebagai tanda bahawa wanita itu tidak boleh dilamar oleh orang lain.


2. Bolehkah saya mengqada puasa pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagaimanakah dengan puasa sunat? Harap dapat jelaskan mengenai tafsiran puasa ganti dan puasa qada?

JAWAPAN:

Puasa boleh dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Puasa qada tidak sama dengan puasa sunat. Puasa ganti dan puasa qada adalah sama maknanya iaitu mengganti puasa yang ditinggalkan.


3. APAKAH hukum jika seseorang itu memakai pendakap gigi untuk memperkemaskan lagi kedudukan gigi? Saya ingin memakainya, namun was-was.

JAWAPAN: Memakai pendakap gigi dengan tujuan memelihara keaiban diri dan keselesaan pada pemakai hukum adalah harus.

4. SAYA merupakan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis. Adakah puasa saya sah?

JAWAPAN: Sah berpuasa bagi seseorang pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis. Tetapi dia harus berbuka jika rawatan tersebut boleh memudaratkan.


5. Apakah hukum mencukur atau mencabut bulu kening kerana ada nas yang mengatakan tidak boleh mengubah ciptaan-Nya?

JAWAPAN:

Hukum mencukur bulu kening adalah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: "Allah melaknat orang yang mencukur bulu kening yang merubah ciptaan Allah."


Nota Kakitanganku : Aku tertarik betul dengan persoalan yang nombor 1.







12 kUs-kUs:

Shiqa Nawar on September 24, 2010 at 12:09 PM said...

owh.. sy pun tertarik pd no 1.hehe sbum ni x tahu pulak ea

bylindakitchen on September 24, 2010 at 12:33 PM said...

samala..huhu

Unknown on September 24, 2010 at 12:53 PM said...

salam tedi~

hehhee... btl2.. aku pun tertarik ngan yg 1st tu... :)
pasnie kalo mau bertunang,perlu ar kena rahsia2.. then bila dah nikah baru boleh di hebahkan... :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on September 24, 2010 at 12:58 PM said...

thanks 4 sharing

kalo x, xtahu..

Fnd Rocka on September 24, 2010 at 1:03 PM said...

sekarang ni tunang pun dah pasang khemah le

Fnd Rocka on September 24, 2010 at 1:04 PM said...

sekarang ni tunang pun dah pasang khemah le

Amieynna Amin on September 24, 2010 at 1:21 PM said...

tertarik kat no 1..
izinkan saya share di fb yer...

Daya on September 24, 2010 at 1:31 PM said...

tertarik jugak dengan no. 1 itu..
baru tahu

Rozita said...

utk soalan No. 1
akak pun tak terpikir cmtu jawapan nya
sbb kita skrg..klu bertunang..dah tkde beza mcm bernikah kahwen..siap pelamin lagi..

ILA HonEyBuNNy on September 24, 2010 at 2:00 PM said...

salam..ila pun tertarik soalan nber 1 tu...memang betul la kan.....;-)

MiaSaidin on September 24, 2010 at 3:02 PM said...

owh.. kira majlis ni buat kecik2 dikalangan family aje la kan..
hmm.. tq for sharing!

reha said...

erk.. tul ke kak.. adeh..matila den camni.. mama dh ar wat skali ngan open house :| kalo akak ade gugel kat tempat lain pun dia cakap camni, akak roger den eh :| ghisau nih

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting