Thursday, September 30, 2010

akU teRasa JaUh sanGat DenGan kamU seMua. RaSa TertinGGaL. RasA TerPinGGir. RasA BaGai akU BanYak 'BerHutanG'. MaaF! MaaF! MaaF zaHir Dan BaTin.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM
Sudah lama aku rasa ini. Tapi aku abaikan perasaan itu demi tuntutan kepentingan peribadi yang lain. Aku pujuk hati. Tidak apa. Nanti aku tebus semuanya. Satu hari demi satu hari. Aku hanya mampu berjanji pada diri. Tapi sayangnya aku tidak mampu tunaikan.

Aku begitu teruja kerana menyangka aku orang pertama yang meneka dia mengandung bila melihat status di laman facebook. Tapi malunya bila dia cakap 'Tedi dah lama tak baca blog aku ye?' Oh Tuhan! Aku orang yang terakhir tahu. Maaf Tinie!

Mengabaikan tarikh lahir kawan-kawan. Maaf! Ramai yang lahir bulan Ogos dan September. Maaf Dak Ashie, messi, Hakak Gigil, Dylla, Zara dan mungkin ramai lagi yang aku tidak ucapkan. Tiada ucapan Hari Raya secara peribadi. Tiada aku lafaz maaf secara individu.

Eh. Kamu sudah kahwin? Aduhai! sudah hampir 2 minggu dia berumahtangga. Melihat paparan bergambar di blognya aku jadi malu sendiri. Selamat Pengantin baru Husna. Aduhai!!

Deena juga sudah bersalin. Baru tahu hari ini sedangkan Sabtu Lagi 'baby' Rafique Zaquan sudah melihat dunia. Selamat menjenguk dunia Sayang...

Kawan yang dulu hari-hari hadir sudah hilang. Sudah terasa tidak menjenguk. Sebabnya, mungkin aku tidak bertandang ke 'rumahnya'. Mana mungkin dia sahaja yang mahu menjengah ke sini. Sudah tiada komen membina dan sudah pupus pembaca yang sering bertandang.

Terasa banyak 'kehilangan' di sini. Terasa juga tidak mampu menulis seperti biasa kerana tuntutan masa dan masalah yang tidak dapat di elakkan. Terasa rugi membiarkan blog yang rasanya dulu agak meriah sudah suram sedikit demi sedikit. 'Entry' juga agak kosong. Tiada perkongsian yang berguna. Agak rasa bersalah di situ.

Oh! Maaf juga kepada En. Muhaimin dari jobberies.com. Maaf kerana terpaksa menolak permintaan untuk meletak iklan di blog aku ini. Aku ada sebab sendiri mengapa setakat hari ini belum terbuka hati untuk membuka peluang mereka yang berminat beriklan di sini. InsyaAllah, kita boleh bekerjasama di masa akan datang.

Aku terasa 'entry' ini macam wasiat terakhir pula. Tapi hakikatnya sedikit sedih kerana blog aku sudah tidak meriah 'entry'nya dengan paparan yang berguna.

Terima kasih juga kepada kamu yang tidak jemu datang tanpa berkira. Terima kasih.

Nota kakitanganku : Mungkin perlu ambil Cuti Rehat sehari bagi membayar 'hutang'. =))





13 kUs-kUs:

Unknown on September 30, 2010 at 3:22 PM said...

salam tedi~

lor... kami yg singgah tak pernah ambik pusing jika ko xmenjengah ke umah kami.. kerana kami tau ko busy ngan life ko.. don worry ok... :)

mama affan on September 30, 2010 at 3:39 PM said...

ada masa mesti singgah..

tp aku rase d cni ttp meriah..hmm..

Dee on September 30, 2010 at 4:02 PM said...

aku tetap datang..hehehe..

bylindakitchen on September 30, 2010 at 4:02 PM said...

erm..takpe tedi.
rehat yerk..jgn kusut-kusut kepala
tak elok untuk kesihatan.
doakan yang baik-baik untuk tedi ;)

ctpayong on September 30, 2010 at 5:12 PM said...

eh...taklah ted...akak yg utang doyan kat ko...tahun depan he..set

[s][u][e][h][a][n][n] on September 30, 2010 at 5:13 PM said...

x kisah la tedi...x perlu rasa macam tu...aku akan baca blog ko sampai bila2 :)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on September 30, 2010 at 5:13 PM said...

hahahaha
woi tedi ko jgn la berkecil dengan aku. aku tau ko ada masalah tersendiri.
dengan mc + sakit lebih minggu.

sentiasa berkunjung dan tak pernah miss dengan posting2 kamu :)

umi_e on September 30, 2010 at 5:39 PM said...

Salam... kita saling memahami keadaan dan tuntutan kerja seharian... Blogging merupakan sampingan maka jangan sampai ia menjejaskan perjalanan kehidupan yang lebih utama ;)

Suri-rumah juga ada kalanya sibuk dengan pekerjaan harian, apa lagi yang makan gaji... banyak kerja menanti...

* kak e dah lama tak update blog atau jalan2 di alam maya... nak buat camna... ikut kesesuaian dan masa *

wanita mutalib on September 30, 2010 at 6:03 PM said...

ted| pun dah lama tak jenguk blog te, :(

tapi te tak kisah sebab te pun tak update wakakakakakaka..

jangan riso, te sentiasa bertandang ke mari :)

cheqna on September 30, 2010 at 6:31 PM said...

salam tedi
walau tedi dah tak singgah umah cheqna tapi cheqna still singgah umah tedi walau banyakny cheqna tak tinggal komen sekadar membaca... no hal la....

Dina Zakaria on September 30, 2010 at 6:43 PM said...

thanks Tedi..x sangka aku tersenarai disitu..anyway, walaupun aku dah bersalin sejak sabtu..baru hari ni jugak update di blog..hihihi..so it wasnt ur fault..

and..bagi aku hidup kita bukan untuk blog semata2 (walaupun rasa rindu bila x dapat update) there's many other responsibilities in life..=) chill ya..

[z@ck] on September 30, 2010 at 8:35 PM said...

aku dah bertunang.kau tahu?

hahaha

Unknown on September 30, 2010 at 9:31 PM said...

no hal lah lupa behday ke, tp asalkan tedi ingat kite sudahlah...ambe pun bz skrg ni..ambe just jenguk2 baca, dan x sempat nk tinggal komen...sokay kan..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting