Saturday, January 29, 2011

BiLa Dak Em TerJaTuH DarI KeTinGGiaN LimA MeTer Dan TerHemPas kE BaTu : GaBRa BiLa MuLuT Dia BerdaRah DaN TiDak maMPu BerJaLan DenGan Baik.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:00 PM
Photobucket

Tengok burung yang terbang itu! Budak Cina 2 beradik mengagah burung-burung tersebut sewaktu aku mahu mengambil gambar burung yang sedang makan secara berjemaah. Aduhai!

Photobucket

Burung telah kembali ke tempat asal.

Okey! Okey! Kembali ke tajuk asal.

Photobucket

Ini Dak Em. Budak yang terjatuh dari bumbung rumah pagi tadi. Yang bikin aku gabra dan kalut bila darah keluar dari mulut dia. Bila dia tidak bersuara dan tidak mampu berjalan dengan sempurna. Aku fikirkan tidak mengapa. Tidak perlu di bawa ke klinik. Tapi bila lihat dia resah gelisah macam sakit saja, aku jadi tidak sampai hati. Patah riuk ke? Dalaman macam mana? Cuak di buatnya.

Photobucket

Hari Sabtu. Telefon ke Maju Animal Clinic tidak berjawab. Cuba pula Vally Animal Clinic. Okey! Ada. Sampai pukul 7.00 malam. Bawa ke sana sajalah.

Doktor Tan kata tiada apa-apa. Cuma mungkin urat saraf bengkak sebab jatuh. Tiada patah riuk. Cuma dia trauma sahaja.

Beri satu suntikan. Ubat cecair untuk antibiotik dan saraf. Aku beli A/D 3 tin untuk Dak Em makan. Harap-harap sehari dua dia akan kembali normal dan tidak trauma lagi.

Itulah! Lain kali main panjat-panjat lagi!

Nota kakitanganku : Oh! Puluhan burung ada di Vally Klinik tadi. =)) Meriah gitu!







4 kUs-kUs:

azuan on January 29, 2011 at 3:07 PM said...

uit sampai berdarah tu...

VIVIAN on January 29, 2011 at 4:03 PM said...

kcian...gerun jugak kalau dah sampai mcmtu skali..get well soon dak em.

meowwmania on January 29, 2011 at 4:10 PM said...

alahai ciannya Dak Em...cepat sembuh yer :)

lupie on January 29, 2011 at 6:42 PM said...

We are purring for Dak Em!!!
Get well soon!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting