Sunday, January 30, 2011

saYa JuGa ManusiA BiasA yanG acAPkaLi menanGis BersaMa HuJan. reDha....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM

Mungkin kamu sudah melupakan dan tidak kisah. Tapi saya masih ingat dan tidak lupa. Kesakitan adalah sesuatu yang amat payah kita padam dari ingatan walau di bibir kita ucapkan 'tidak apa'. Atau saya akan berpura-pura dan berkata 'Saya sudah biasa'.

Hati selalu berkata 'Lupakan kelukaan dan jangan di ungkit' tapi hati juga yang memungkiri. Setiap kali saya pohonkan agar Allah memadamkan kesakitan hati saya.

Biar saya hidup dengan tenang tanpa perlu berfikir 'Mengapa saya membiarkan orang memperbodoh dan memperlekehkan saya sekian lama'. 'Mengapa memperbodohkan saya dengan dusta?' Mengapa begitu dan mengapa begini?' Bagai saya tidak dapat menerima Qada dan Qadar Ilahi. Bagai saya tidak dapat menerima kenyataan yang saya ini hanya manusia biasa yang akan bahagia dan sebaliknya. Yang bila kita selalu ketawa bersama bukan selamanya dan akan terhenti juga.

Allah mendengar doa saya. Semoga satu hari nanti saya benar-benar faham akan apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang tidak dapat saya elakkan. Semoga Allah meredakan kesakitan saya dan membuatkan fikiran saya berfikir yang positif saja.

Dan malam ini sekali lagi saya menangis bersama hujan.....

'Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain '






2 kUs-kUs:

nj on January 30, 2011 at 1:45 AM said...

sitedi...
assalamualaikum...semoga ceria selalu...jgn sedey sedey okay!

Mimi Jazman on January 30, 2011 at 1:42 PM said...

salam..
org ni doakn penulis blog dlm keadaan baik2 sahaja.. kita sbg manusia mmg lemah dan kadang kala terlupa DIA lebih berkuasa..

egtlah..ALLAH sayangkan hamba yang menyayangiNYA.. memiliki ALLAH sudah mencukupi buat setiap insan di bumi..

bersabarlah.. ALLAH mungkin ingin menguji awak..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting