Wanita berbaju putih pendek ini telah di pecat dari kerjanya. Majikannya amat kejam. Mengapa? Adakah aku menyokong dia mendedahkan tubuh badannya? Aku setuju dengan pakaiannya? Tidak. Tidak sama sekali. Aku tidak bersetuju dia berpakaian begitu. Tapi...
Aku rasa dia perlu di beri peluang. Aku rasa kalau dia di beri penerangan yang betul tentang etika berpakaian oleh Bosnya, InsyaAllah dia pasti berpakaian yang lebih sopan. Percayalah. Dia tidak akan mahu menjerut dirinya sendiri.
Tapi bila bos dia kata 'Pakai baju cantik-cantik', itulah pakaian yang tercantik yang ada dalam kepala dia. Bukan salah dia. Dia salah kalau bos dia kata 'Pakai baju kurung' tapi dia pakai baju itu.
Menurut laporan akhbar, dia baru saja menamatkan pengajiannya di pusat pengajian tinggi dan baru bekerja di syarikat itu . Aku anggap dia masih muda remaja. Belum ada pengalaman yang luas.
Memecatnya bukan satu tindakan yang bijak. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan kawan-kawan? Dengan majikan baru. Kasihan dia. Aduhai!!
Encik Jurey Latiff Rosli,
sila ambil beliau bekerja semula dan bantu dia untuk membiasakan diri dengan persekitaran kerjanya bukan membunuh kerjanya. Simpati kepada dia.
Sumber berita di sini.
Nota kakitanganku : Kerana kita bukan insan sempurna...
15 kUs-kUs:
sampai kene buang keje??
isk isk isk
bagila teguran takkan sampai pecat
salam tedi~
sgt xpatut...
hnya kerana kesilapan berpakaian dia di pecat..
laaaaaa...ni kes bos malu laa bila ade org kutuk2 pekerja dia...
mungkin ada sebab bos dia buang dia..kite xtahu kan..mungkin sbb itu imej syarikat tue tercalar ke..mana kite tau kan...
bgus juga kenkadang buat macam nie..baru tahu langit tinggi rendah kpd sesiapa yg berpakaian sexy mexy tahap gaban nie..nak sexy2 pegi club la..
pndgn sja..
adeyh!
kesiannya diew!
uiks! macam kejam pulak.
setiap manusia kan melakukan kesilapan. tegurlah cara baik. beri dia peluang kedua.
xde warning xde apa terus dipecat? adik..sila report di jabatan buruh ye..hehehe..
tak sangka sampai itu macam. kesian la pulak. ish
Itu la.... sebelum jadi tak nak pikir. x nak tapis pakaian staff. yg boss dia mana masa hari tu. kenapa x bangkit ambik anugerah tu sendiri. kesian jgk budak ni, baru nak belajar hidup. kalau dorang tak menang, mesti this girl x kene buang kerje... mace2 hal kan....
mak aih
betul tu tedi
nih lah sesetengah orang Malaysia
menghukum jer tanpa mendidik
patutnya bagi lah dia peluang
haih
kesian plak dekat dia
memang lah dia salah sebab pakai seksi gila tapi apa salah bagi dia peluang
P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
kejamnya...cute apa budak tu..rugilah pecat dia..pakai baju kurung pon mesti cntik gk nih...hikhikhikh
takan takleh selesai cara baik..takan sampai nak buang keje kot.
hahaha ni la masa nak amik hati menteri..kan menteri yg bising-bising ari tu pasai pakaian seksi kat anugerah ni..
tapi pakaian budak ni agak melampau la..
ye ke..br tau info nie..
Hehe...kesian budak pompuan nih. Sebenarnya bos dia malu kat menteri, sebab menteri dah tegur. Kalau tak tegur rasanya ok je ni..
Tak taw lak saya abg jurey tak suka pompuan cantik2 seksi2.. hehe.. teringat kat abg jurey waktu promo filem paloh. thanks la bagi oppurtinity saya masuk paper. kikikiki..
Post a Comment