Thursday, September 30, 2010
akU teRasa JaUh sanGat DenGan kamU seMua. RaSa TertinGGaL. RasA TerPinGGir. RasA BaGai akU BanYak 'BerHutanG'. MaaF! MaaF! MaaF zaHir Dan BaTin.
Aku begitu teruja kerana menyangka aku orang pertama yang meneka dia mengandung bila melihat status di laman facebook. Tapi malunya bila dia cakap 'Tedi dah lama tak baca blog aku ye?' Oh Tuhan! Aku orang yang terakhir tahu. Maaf Tinie!
Mengabaikan tarikh lahir kawan-kawan. Maaf! Ramai yang lahir bulan Ogos dan September. Maaf Dak Ashie, messi, Hakak Gigil, Dylla, Zara dan mungkin ramai lagi yang aku tidak ucapkan. Tiada ucapan Hari Raya secara peribadi. Tiada aku lafaz maaf secara individu.
Eh. Kamu sudah kahwin? Aduhai! sudah hampir 2 minggu dia berumahtangga. Melihat paparan bergambar di blognya aku jadi malu sendiri. Selamat Pengantin baru Husna. Aduhai!!
Deena juga sudah bersalin. Baru tahu hari ini sedangkan Sabtu Lagi 'baby' Rafique Zaquan sudah melihat dunia. Selamat menjenguk dunia Sayang...
Kawan yang dulu hari-hari hadir sudah hilang. Sudah terasa tidak menjenguk. Sebabnya, mungkin aku tidak bertandang ke 'rumahnya'. Mana mungkin dia sahaja yang mahu menjengah ke sini. Sudah tiada komen membina dan sudah pupus pembaca yang sering bertandang.
Terasa banyak 'kehilangan' di sini. Terasa juga tidak mampu menulis seperti biasa kerana tuntutan masa dan masalah yang tidak dapat di elakkan. Terasa rugi membiarkan blog yang rasanya dulu agak meriah sudah suram sedikit demi sedikit. 'Entry' juga agak kosong. Tiada perkongsian yang berguna. Agak rasa bersalah di situ.
Oh! Maaf juga kepada En. Muhaimin dari jobberies.com. Maaf kerana terpaksa menolak permintaan untuk meletak iklan di blog aku ini. Aku ada sebab sendiri mengapa setakat hari ini belum terbuka hati untuk membuka peluang mereka yang berminat beriklan di sini. InsyaAllah, kita boleh bekerjasama di masa akan datang.
Aku terasa 'entry' ini macam wasiat terakhir pula. Tapi hakikatnya sedikit sedih kerana blog aku sudah tidak meriah 'entry'nya dengan paparan yang berguna.
Terima kasih juga kepada kamu yang tidak jemu datang tanpa berkira. Terima kasih.
Nota kakitanganku : Mungkin perlu ambil Cuti Rehat sehari bagi membayar 'hutang'. =))
HuJaN + LeBaT
HuarghhhHhh! Menguap panjang!! Cepatlah pukul 1.00 mahu balik tidur. Ekekekekeke...
Selingan!!!
He he he he =))
kuCinG PeLiHaraaN BerTamBah DarI sEPuLuh ekOr kePaDa Dua PuLuH ekOr. sEPuLuh ekOr KucinG BaRu TiDaK Di BukA unTuk 'aDoPTiOn'! HaraP MakLum!
10 ekor kucing yang baru sampai semalam. 5 ekor ibu. 5 ekor anak. Warna yang sama. Seia dan sekata. Tapi ianya tidak di buka untuk 'adoption'. Tidak sama sekali.
Namun bilangannya mungkin akan susut. =))
Kucing yang di tempah daripada Cik Kerm. Boleh tengok hasil kraf beliau di sini.
Nota kakitanganku : Terima kasih untuk Donut juga. =))
aDakaH kamU memPunyAi siFaT BerLaGak JiKa MemiLiki TV LCD? JikA TiDak, aBaikaN 'enTry' inI. JikA ya, TeruskaN PemBacaaN unTuk TaHu menGaPa.
Raya kali ini ada yang tukar TV LCD tidak? Ialah setakat TV skrin leper ini pun harganya sudah murah tidak macam mula-mula keluar dulu tetapi bergantung kepada ketajaman gambar DPI. Tapi kamu jangan mahu 'kerek' dengan TV skrin leper kamu itu.
Sebab di Russia, tv flat cuma untuk kandang lembu sahaja . Skrinnya bergambar padang rumput supaya lembu-lembu itu berasa seperti di tempat luas yang penuh dengan rumput dan katanya agar lembu tidakmudah tertekan! Bila tidak tertekan badan pun cepat gemuk, bila cepat gemuk cepatlah kena sembelih. He he he he he...
Nota kakitanganku : Aku tiada TV LCD. Siapa mahu belanja satu?
Wednesday, September 29, 2010
18sx : aPakah rEaksinyA BiLa anAk yanG MenGhILanGkan DiRi MengikuT JanTan PuLanG kE rumaH DaLam keaDaaN BunTinG?? MarAH? GemBirA?
Tuesday, September 28, 2010
'Ke Mana BaPa saYa? MenGaPa Di sInI TerCaTaT MakLumaT TiDak Di PeroLeHi? BaGaimaNa sayA BoLeh LaHir kE DuniA TanPa BaPa?' : aPa yanG PerLu Di JawaB?
Kanak-kanak yang memiliki Sijil Kelahiran ini sangat comel dan cantik. Hitam manis. Mata bulat. Sopan dan pemalu. Tersenyum sahaja bila di tanya 'Nama siapa?' Hidupnya terasa begitu sempurna, indah dan bahagia. Bagai tiada apa-apa.
Namun, bagaimana nanti bila dia sudah dewasa. Sudah tahu bertanya dan minta jawapan kepada soalan yang sukar di jawab? Mahu salahkan dia kerana ayahnya tiada berjumpa dan ghaib entah kemana? Mahu salahkan dia kerana ibunya menyerahkan dia kepada orang lain? Mahu menyalahkan siapa? Ibunya yang melahirkan dia di usia 18 atau ayah yang lesap?
Dia adalah antara ratusan malah mungkin ribuan anak-anak malang yang tidak berbapa di luar sana. Yang tidak di ketahui kemana walinya pergi. Yang bakal merasa sakit hati, kecewa dan sedih jika kebenaran tertera di depan mata.
Jangan biarkan anak sebegini bertambah. Jangan biarkan mereka hidup dalam jiwa yang penuh persoalan dan minta jawapan.
Sayu betul hati melihat dan merelakan anak ini mencium jari jemari. Syukur, dia bertuah di beri penghidupan dan tidak di buang di dalam tong sampah!!!
Semoga hingga ke akhirnya dia tetap bahagia.....
Nota kakitanganku : Nauzubillah hi min zalik...
BoNus TiGa BuLaN seTenGah : wOw!!! LumayaN!! masyuK!! yEy!!
Teruja betul baca berita ini malam tadi. Ayat pertama wow!! Banyak 'tu'.
3 bulan setengah punya gaji. Boleh buat bayaran pendahuluan kereta baru. Ekekekekeke.. Pergi umrah pun boleh. Lebih berkat. Banyak yang boleh buat dengan bonus 3 bulan setengah punya gaji itu.
'Verangan.'
Tiba- tiba rasa mahu tukar kerja dan berpindah ke Perak.
Ha ha ha ha...
Berita selanjutnya di sini.
Nota kakitanganku : Bersyukur dengan apa yang ada. =))
"KamU yanG BerikuTnyA......"
Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, “Kamu yang berikutnyakan?” kata mereka.Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!
Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.
Nota kakitanganku : He he he he...
Monday, September 27, 2010
SuPer DuPeR 'ZhoU ZhOu' : TiaDa yanG musTaHiL BiLa kiTa ikHLas MeMBanTu Dan menGuBaTi. KeraNa hasiLnyA.....
LeBai MaLanG yanG sukA anGkaT DirI seNDirI : aDaKaH oranG yanG Di MaksuDkaN iTu AC MizaL?
Baca Metro Ahad tadi. Dalam ruangan CAK ada di tulis pasal seorang artis. Pautannya di sini.
Kandungan beritanya macam perli seseorang yang baru mendapat anugerah. Bila wartawan itu sebut anugerah dari Pahang, terus dalam kepala aku 'Eh! Dia perli AC Mizal ke?'
Adakah AC Mizal Lebai Malang yang di maksudkan? Adakah dia menipu dalam soal mendapat anugerah Datuk dari Sultan Pahang seperti yang di dakwa?
Wah! Aku 'pulekkk' sudah macam wartawan hiburan tidak bertauliah!
He he he he
Nota kakitanganku : Tipu ke beli ke anugerah tu, tidak ke mana pun! =))
Sunday, September 26, 2010
MemO unTuk KucinG-KucinG JaLananku SekaLiaN : MakaNan MewaH 'KayU HiTaM' Di CaTu. SiLa maKan SmartHearT yanG TeLah di sediakaN. JanGan BanyaK sonGeL!
Kepada : Si Calico, Si Hitam Legam, Si Ekor Pendek, Si Klon Dak Itam, Si Kelabu Tahi Anjing dan Pakwenya Si Klon Dak Itam 2, Si Putih Melepak (kau memang sudah jarang datang rumah aku) dan Si Bulu Kembang ( kau memang sudah tidak jumpa jalan balik )
Perkara : Sila Makan Apa Yang Ada. Banyak Songel? 'Get Out!!'
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk.
2. Untuk makluman 'korang' makanan jenis 'Kayu Hitam' sudah hampir kehabisan stok dalam simpanan aku. Ini adalah kerana aku dan geng Kayu Hitam aku menghadapi sedikit masalah untuk mendapatkan stok baru.
3. Oleh itu, taraf nilai kualiti makanan di turunkan kepada Smartheart sahaja. Sila bersyukur dengan apa yang ada dan makan dengan selera. Banyak songel 'get out!!'
4. Segala kerjasama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
Si Tedi.
Saturday, September 25, 2010
kaTa tiDak kE maNa-MaNa haRi Ini? TaPi keNaPa TiDak kemaskInI BLoG?
Sebab...
Sebab...
Saya M.A.L.A.S!!!
He he he he he...
Nota kakitanganku : ZzZZZZzZZz...
'SaYa TiDak DaPaT HaDir MaJLis HarI RaYa aTas aLasaN, KucinG SayA sakIt MaTa ': BoLeh GunA aLasaN ni?? He he he He...
Tapi aku tidak hadir.
Entah kenapa tahun ini di buat hari Sabtu sedangkan sebelumnya tidak. Kalau Sabtu memang malaslah sedikit. He he he he...
Pagi ini pula Abah ajak ke Segamat ada Hari Keluarga Bekas Tentera. Ini pun malas. Emak dengan abah saja pergi.
Petang pukul 3.00 perlu ke Klang sebab Makcik ada buat kenduri. Ini pun aku malas. Aduhai!!! Semuanya aku malas. Kenapa?
Nota kakitanganku : Hari Malas Sedunia atau hanya aku sahaja? He he he..
BiLa Dak iTam BeGinI, akU MenanGis BaGai TiaDa LaGi esOk BaGinyA. kEraNa akU JaDi TerLaLu RinDu PaDa Dak KimO. =((
Bila Dak Itam balik malam tadi dalam keadaan matanya begini, aku jadi begitu trauma.
'Kenapa Dak Itam? Siapa buat? Ada orang pukul? Atau kau gaduh dengan siapa? Sakit tak?' Macam-macam soalan walau aku tahu tidak akan ada jawapan!! Aku tidak berani untuk melihat secara dekat. Sekali imbas nampak macam ngeri.
Hati tiba-tiba rasa sayu dan sebak. Teringat kesayangan aku Dak Kimo. Matanya lebih parah dari Dak Itam. 'Entry'nya 'Maafkan aku Dak Kimo.'
Maka meratap hibalah aku seorang diri di sisi Dak Itam yang sedang enak menjamu selera dengan ikan rebusnya. AKu fikir positif. Ini mungkin kesan dari pergaduhan.
Petang tadi bawa dia ke Jabatan Veterinar Jasin.
Setelah di telek-telek oleh Pembantu Veterinar, rupanya hanya kelopak matanya sahaja yang terlipat atau terkeluar. Matanya tidak terjejas. Sujud syukur kepada Yang Esa. Takut sangat aku kalau Dak Itam jadi macam Dak Kimo, buta sebelah mata. =((
Tapi sayangnya, Pembantu Veterinar itu tidak berani untuk lakukan apa-apa. Seniornya pula tidak ada. Sudahnya dia beri aku krim yang perlu di letak di dalam mata. Datang lagi nanti katanya.
Alhamdulillah. Cedera Dak Itam tidak parah.
Dak Kimo aku telah pergi bukan kerana sakit akibat parah di mata. Malam ini hati sekali lagi jadi hiba dan menjadi tasik bila terpaksa membuka 'entry' yang tidak pernah aku ulang baca kandungan dan juga komennya.
'Jam Loceng Saya Sudah Tiada.'
Nota kakitanganku : Yang patah tidak sama dengan yang tumbuh!!! =((
Friday, September 24, 2010
18SG :aksI Ganas Di PeTanG JumaaT. JanGan BiarkaN anaK kamU LakukaN iNi Di RumaH aTau TaskA. JuGa siLa HormaTi yanG LeBiH Tua! JanGan KuranG aJaR yA??
SoaL JawaB aGama : PerTunanGan HaruS Di RahsiakaN.
1. BENARKAH ada pandangan yang mengatakan bahawa pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan?
JAWAPAN:
Benar, bagi menjaga maruah seseorang wanita sekiranya pertunangan itu terputus di tengah jalan. Lebih baik pertunangan itu hanya diketahui oleh keluarga terdekat sebagai tanda bahawa wanita itu tidak boleh dilamar oleh orang lain.
2. Bolehkah saya mengqada puasa pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagaimanakah dengan puasa sunat? Harap dapat jelaskan mengenai tafsiran puasa ganti dan puasa qada?
JAWAPAN:
Puasa boleh dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Puasa qada tidak sama dengan puasa sunat. Puasa ganti dan puasa qada adalah sama maknanya iaitu mengganti puasa yang ditinggalkan.
3. APAKAH hukum jika seseorang itu memakai pendakap gigi untuk memperkemaskan lagi kedudukan gigi? Saya ingin memakainya, namun was-was.
JAWAPAN: Memakai pendakap gigi dengan tujuan memelihara keaiban diri dan keselesaan pada pemakai hukum adalah harus.
4. SAYA merupakan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis. Adakah puasa saya sah?
JAWAPAN: Sah berpuasa bagi seseorang pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis. Tetapi dia harus berbuka jika rawatan tersebut boleh memudaratkan.
5. Apakah hukum mencukur atau mencabut bulu kening kerana ada nas yang mengatakan tidak boleh mengubah ciptaan-Nya?
JAWAPAN:
Hukum mencukur bulu kening adalah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: "Allah melaknat orang yang mencukur bulu kening yang merubah ciptaan Allah."
Nota Kakitanganku : Aku tertarik betul dengan persoalan yang nombor 1.
MaizawaTi DakwA akHiL Dan waHeeDa haLanG DaRi BerJumPa anaK : TiDak GunA aLim maCam NiNJa taPi HaTi BusuK!
Thursday, September 23, 2010
MCA Oh MCA!!! Eh!! Ini BukaN JeriTan unTuk ParTi 'tuT' itu ya??
Popular betul MCA sekarang.
JPJ telah menerima surat rasmi bertarikh 17 Februari lepas daripada setiausaha sulit kanan Datuk Seri Ong Tee Kiat yang ketika itu Menteri Pengangkutan yang mengarahkan supaya tender nombor pendaftaran MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran.
Dan arahan itu masih berkuatkuasa sehingga sekarang sehingga menteri yang baru mengeluarkan arahan untuk membatalkan arahan lama dan membolehkan nombor pendaftaran MCA di buka kepada umum!!
Besar betul kuasa MCA sampai nombor orang Melaka pun dia mahu. Tak malu!
La la la la la....
Sumber berita di sini.
Nota kakitanganku : TED244. Kalau ada beritahu dan tolong bayarkan harganya sekali. Hik hik hik!!
'TeTaP sayanG PemBunuH anaK': IBu inI BuTa, TuLi aTau ToLoL? CinTa teLah MematikaN akaL waraS? Si banGsaT PemBunuH anaK MasiH Di SanJunG?
Aku rasa Mohd Fazli Azri ini ada pakai ilmu pengasih. Dia sudah bunuh anak kau pun kau boleh cinta separuh mati lagi dengan dia. Malah ayat kau macam kau ini hilang akal. AKu geli betul mahu baca.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Siti Nurhanim berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ketika ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh, Siti Nurhanim berkata:
"Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya."
Ditanya sama ada beliau masih menyayangi Mohd Fazli Azri, Siti Nurhanim berkata: "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."
Kepala 'hotak' kaulah!!! Jijiklah baca kenyataan kau ni. Sayang anak melampau sampai perlu pijak, pukul dan hantuk kepala sampai mati ke? Apalah bebal sangat emak dia ini. Sayang tidak bertempat. Anak kau dah mati kaku pun masih mahu mempertahankan lagi si bangsat ini.
Sepatutnya kau pun patut di hukum sama sebab cuai dan bersekedudukan dan tanpa segan silu walau masih memegang status isteri orang bercium-cium pipi pula di mahkamah.
Sumber berita di sini dan di sini.
Nota kakitanganku : Dunia sudah sampai ke penghujung!!!
BuDak-BuDak naKaL SuDah HamPir SeBuLan. JaLan MasIh TerkeDek-keDek. =))
Usia sudah hampir sebulan. Aku pandai-pandai tetapkan umur dia. Emak dia beranak masa aku dalam wad. Aku duduk hospital dari 24 Ogos sampai 28 Ogos. Aku ambil tarikh tengah-tengah. 26 Ogos tarikh lahir mereka. Ekekekekke....
Semakin aktif dan kuat menjerit.
Sudah pandai menggigit dan menjilat jari.
2 atau 3 ekor anak kucing ini mungkin aku akan buka untuk 'adoption' termasuk ibunya. Maklumlah, kalau emak dia beranak seekor dua bolehlah aku jaga. Ini sekali 5 ekor. =)) Jadi aku mungkin akan jaga 2 atau 3 juga bergantung kepada ada orang ke tidak mahu 'adopt'.
Siapa-siapa yang datang beraya di rumah pasti terpikat dengan mereka sebab bulu mereka yang tebal dan muka yang 'kiut'. Tapi sayangnya aku tidak izinkan ambil. Masih menyusu badankan? Tunggulah jika sudah berumur 2 atau 3 bulan atau sehingga putus susu.
Jantina mereka masih tidak dapat di kenalpasti. He he he he...
Nota kakitanganku : Jalan terkedek-kedek!
BiLa kamU DaLam DiLema, HarusKaH kamU PenDam SenDiri aTau BerTerus TeranG saHaJa TentanG KeBenarannyA waLaupun ianyA akaN MeLukakaN BanyaK PihaK ?
Satu sebab lagi mengapa kamu tidak mahu bersemuka ialah kerana rahsia besar itu akan melibat dan mengaitkan beberapa individu lain yang kamu kenal. Hati mereka juga akan rasa sakit dan kecewa seperti kamu jika tahu kebenarannya.
Apakah yang kamu akan lakukan?
Biarkan hati kamu sakit sendiri dan menyimpan rahsia besar yang akan terus berleluasa jika di diamkan?
Atau.
Bersemuka dan berterus terang walaupun nanti akan melibatkan kesedihan dan kekecewaan beberapa individu lain??
Terima kasih.
Nota kakitanganku : Suka taip ayat ini lagi. Jangan menilai buku dari kulitnya... =))
kEs 3 reMaJa Lari Dari RumaH : akU yakIn senyUmaN IBu-IBu inI akaN BertukaR MenJaDi RaunGan PiLu BiLa menGetahUi LaPoraN PeruBataN anaK merekA!!!
Ini anak-anak yang tidak sedar dek untung itu. Melarikan diri mengikut kawan lelaki pada hari raya kedua tanpa memikirkan kesusahan hati ibu dan ayah di rumah.
Natijahnya???
Memetik sidang media dari Ketua Polis Timur Laut :
"Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini.
Katanya, hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyak pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan. "
MasyaAllah.
Kau hilang sudah susahkan hati emak dan ayah. Kau balik pun bukan menyenangkan!!!
Sumber gambar dan berita dari BHarian.
Nota kakitanganku : Minta di jauhkan!
Wednesday, September 22, 2010
aPakaH yanG PerLu Di LakUkaN BiLa aDa MaLaun yanG MenyaLahGunakaN KompuTer Di PeJaBaT unTuk MeLiHaT Dan MemBaCa PerkarA 18sx?
Aku terkesima. Oh My Gucci!!
Tindakan pertama yang terlintas di kepala ialah dengan pantas 'Clear Recent History'.
Selalunya aku akan membuka blog melalui 'History' sebab alamat web yang selalu aku buka tidak di tambah menjadi 'Bookmarks'. Maklumlah. Demi keselamatan. Hik hik hik...
Terkejut bila datang tadi sederet laman yang di buka oleh 'seseorang' semuanya berunsur lucah. Berunsur 18sx. Tidak fikir panjang terus padam. Berderau juga . Takut juga nanti bila ada yang nampak dan membuat kesimpulan aku pula yang 'syok' tengok dan baca!
Sudah dapat agak siapa punya angkara sebab masa aku balik tengah hari tadi dia orang terakhir yang pegang komputer ini.
Astagfirullah al azim...
Geleng kepala. Tidak percaya. Mengapa tidak percaya yang buka dan baca itu dia? Biar aku saja yang tahu!
Nota kakitanganku : 'Jangan menilai buku dari kulitnya'. Aku setuju!
AC MizaL DaPat GeLaraN DaTuk Dari SuLTan PaHanG : TahNiaHLah DaTuK AC. JanGan asyiK TuRuN NaiK MaHKaMaH saJa PasaL NaFkaH anaK!
Aku pun tidak tahu tajuk ada kena mengena tidak dengan dapat gelaran Datuk. He he he he he!!
Tahniahlah Datuk AC. Tidak tahulah macam mana kau boleh dapat pangkat Datuk walaupun kau sendiri mengaku belum setahun berniaga. Sumbangan seni macam tidak nampak saja melainkan kontroversi kau dengan bekas isteri yang tidak habis-habis pasal nafkah anak.
Sumber gambar dan berita di sini.
Nota kakitanganku : Tunggu juga Pengasas Produk Al-Jabbar dapat gelaran Datuk. Perniagaan lagi berjaya. Bekas pelakon juga rasanya. =))
Tuesday, September 21, 2010
PusaT JaGaan KucinG MaJLis PerBanDaran JasIn : akU SuDah BuaT LawaTan amaL!
Pusat Jagaan Kucing Majlis Perbandaran Jasin di Jalan Pegawai. Dekat-dekat juga dengan sekolah harapan pelajar hamil itu! =)) Petang tadi ke PPD Jasin. Tergerak hati untuk singgah di pusat jagaan ini. Mahu skodeng apa yang ada di sana. Persekitarannya macam mana. Kucingnya banyak mana. SIapa jaga dan lain-lain. =))
Sunyi. Tiada penjaga. Tiada seorang pun. Aku terus ke belakang bangunan. 4-5 ekor kucing sedang berehat.
Cantikkan yang ala-ala siam itu? Nampak macam bunting. Nanti boleh tengok anaknya comel macam mana =))
Pasir kucing? Kamu boleh bayang baunya macam mana. =((
Ada najis 2 ketul atas lantai yang aku nampak.
Maaf! Teknik mengambil gambar yang silap. Nampak 'benda' oren atas tong biru? Seekor kucing yang sakit. Di asing dalam bilik.
Kesimpulannya??
Kucing yang ada tidak banyak. Dalam 10 ekor atau kurang.
EhMmmm. Kenapa tiada yang jaga sepenuh masa???? Mengapa kotor?? Mengapa pasir kucing di timbun macam itu?? Kucing yang sakit bawa ke veterinar? Kucing-kucing di mandulkan?? Banyak sangat soalan aku mahu tanya. Tapi tiada siapa yang boleh jawab. Mungkin lain kali sebelum pergi aku perlu telefon dahulu.
Namun, aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya mereka ada tempat berteduh dari panas dan hujan. Ada tempat menghindari diri dari kelaparan.
Nota kakitanganku : Haiwan pun tahu tidak selesa jika persekitaran kotor dan berbau!!