Monday, November 29, 2010

SiaPa RinDu Si PuTih MeLePak? KucinG JiraNkU sI Pakcik ArnaB? NaH! Lama suDah TiDak BerTemu kiNi Dia MenJeLma...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 10 kUs-kUs
Siapa yang ikut blog aku pasti kenal dan ingat akan Si Putih Melepak ini. Siapa yang tidak kenal sila baca ini.

Lama betul aku tidak letak gambar budak SPM ini. Sebabnya dia lama sungguh aku tidak nampak. Kata tuannya dia sudah duduk dalam rumah. Jadi macam 'anak dara' gitu. Maklumlah Dak Itam selalu jalan-jalan di rumah dia. Memang dia tidak berani mahu keluar.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

2-3 hari lepas dia ada datang. Mengiaw-ngiaw lapar agaknya. Aku bagi makan terus dia baham sampai licin. Tidak perasan pula bila dia balik rumah dia. Ekekekeke..

Jarang nampak dia sekarang. Mahu pegang pun dia sudah tidak mahu. SUdah tidak kenal dan tidak mesra agaknya. =))

Makan pun lahap gila, takut agaknya Dak Itam tiba-tiba terpacul. He he he he..

Nota kakitanganku : Sudah tidak berapa melepak sebab kotor. =))





Sunday, November 28, 2010

BiLa BacA akHBar PaGi iNI NAMEWEE pastI akaN KemBanG KuncuP HiDunGnyA, BerTePuk TanGan Dan BertErimA kasIh KePaDa NazrI aZIz. Eh! WhaT ThE FisH?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 8 kUs-kUs
Photobucket

'Namewee tidak bersalah. Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kepada kerajaan dan undang-undang Malaysia.' Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Beliau bersalah di bawah Akta SKMM. Hanya Pengetua yang di carut dan di tunjukkan isyarat lucah dalam lagu terbarunya itu berhak mengambil tindakan. Oh! Okey! Kita atau siapa-siapa pun boleh mencarut dan menghina orang di dalam lagu dan di muat turun ke laman YouTube. Tiada kesalahan. Orang yang berkenaan saja boleh saman. Kerajaan hanya tengok. =))

Apa kes ya bila Namewee buat lagu menghina lagu kebangsaan Negaraku itu?

Tiada apa-apa kesalahan juga kepada kerajaan dan Malaysia?

Oh! Seperti biasa aku bukan pengamal undang-undang dan menaip ikut jari sahaja.

NameWee pasti akan tersenyum lebar bila baca akhbar pagi ini.

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : 1Malaysia. =))





KFC FanTasEa wOrLD Di MITC, AyEr kerOh, MeLaKa : IBu-IBu, BaPa-BaPa maRi bawA anaK-aNak BerGemBira Di siNi. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 4 kUs-kUs
Photobucket

Tidak sia-sia pergi ke sini pagi tadi. Seronok anak-anak. =))

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami pergi seawal 11.00 pagi. Masih belum ramai orang. memang seronok budak-budak bermain. Tapi tidak beri main banyak permainan sebab mereka batuk. Seronok lain macam boleh buat termuntah nanti. =))

Dewannya bersebelahan dengan Ekspo Pengguna yang juga sedang berlangsung. memang berbaloi kalau pergi ke Karnival Chicky ini. Dengan bayaran untuk 'token' permainan sebanyak RM 10.00 untuk ahli satu beg hadiah dapat bawa balik. Macam-macam isinya, termasuklah makanan ringan, botol air, dan mainan kanak-kanak.

Ianya berlangsung selama dua hari sahaja. Hari ini dan akan berakhir esok. Jom! Anak-anak pasti bergembira di sini apatah lagi bila melihat deretan maskot yang menari dan menyanyi atas pentas. =))

Nota kakitanganku : Kalau aku yang sudah tua bangka pun teruja, budak-budak apatah lagi. =))





Saturday, November 27, 2010

TerimaA kasIh kePaDa PemBerI sumBaNGan : InsyaAllah akaN Di SamPaikaN PeTanG inI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:20 AM 6 kUs-kUs
Alhamdulillah.

Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan untuk rawatan kucing ini. InsyaAllah, aku akan sampaikan kepada tuannya pada petang ini seperti perancangan. =))

Pagi ini cuaca agak mendung. Aku baru balik dari beli ikan untuk makanan kucing sebab budak-budak yang besar macam mogok tidak mahu makan jika tiada ikan rebus. Ekekekeke..

Rancangnya pagi ini mahu ke MITC. Ada aktiviti untuk kanak-kanak anjuran KFC. AKu pun tidak tahu apa nama aktivitinya. He he he he..

Okey,
selamat berhujung minggu. Hati-hati di jalanraya. =))

Nota kakitanganku : =))






NuFFnanG, TerimA kasIhLah beRi akU 'PeraH sanTan' seKeJaP sEmaLam. TaPi haKikaT inI amaT PeriT!! Ha Ha Ha!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 9 kUs-kUs
Semalam bila Nuffnang kemaskini pendapatan aku untuk minggu lepas hati berkata 'Wah! Banyaknya duit aku minggu lepas!!' Ha ha ha ha.. Bajet macam ramailah yang datang berkunjung ke blog aku lebih-lebih lagi kerana isu PJKT MPJ tu. Trafik memang gila-gilalah! Jadi 'perah santan' sekejap bajet macam blog amat bagus. Ekekekeke...

Senyum lebarlah juga tengok pendapatan.

Tapi hari ini, bila mahu semak BE ( Ehem! Tambah satu BE!) 'Eh! Kenapa pendapatan aku menyusut?? Kenapa apakah? Atau perasaan aku saja?' ErhMmmm.. 'Musykil sedikit ( sambil gosok-gosok dagu )

Tidak boleh jadi ini. 2 kali ganda susutnya dari pendapatan minggu lepas. Ekekekkeke..

Okeylah,
Nuffnang memang prihatin. Belum sempat tanya dia sudah hantar emel.
Tada....

Photobucket

Nuffnang tersalin 2 kali amaun aku. Jadi macam berganda gitu. Ha ha ha ha. Patutlah meriah semacam saja semalam. Hari ini Nuffnang sudah betulkan balik. He he he he.. Boleh pula sistem dia perasan ek? Cayalah!! =)) Sekurang-kurangnya aku tidaklah terambil duit yang bukan hakkan walaupun kenyataan itu amat perit. Ha ha ha ha..

Okey!

Terima kasih Nuffnang!! =))

Nota kakitanganku : Kalau tebus bulan ini bulan Januari dapat tak? Mahu pergi 'hanimun'!! =))





Friday, November 26, 2010

ToLongLah JanGan JaDi macaM BuDak baRu BeLaJar PasanG IkLan DaLam BLoG. 'Mak GeLi nyAH!' Eh!! TiBa-TiBa akU JaDi...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

Aku ingatkan budaya minta klik iklan ini sudah berakhir sejak Nuffnang hantar emel kepada ahlinya, memberi peringatan tentang ini. Aku lihat di 'Kotak Jerit' aku sudah 'bersih' dari anasir-anasir ini kecuali 'spammer Youthsays' yang masih mahu mencuba nasib.

Rupanya masih ada lagi. Amat lucu.

Sudah-sudahlah itu. Biarlah iklan-iklan itu menari-nari di blog kamu. Biarkan dia. Tidak perlu tinggalkan pesanan di kotak jerit atau status Facebook semata-mata untuk mengingatkan mereka yang berkunjung supaya klik iklan kamu.

Nampak macam sudah basi mahu cakap pasal ini tapi sudah-sudahlah tu, naik meluat pula bila tidak di tegur.

Hukum pemasangan iklan di blog. Baca ini. Silalah baca dengan komen-komennya sekali ya? Banyak info dan pengetahuan yang kita selalu ambil sambil lewa. =))

Nota kakitangan : Oh! Jangan ingat orang lain juga macam kamu. Harap maklum! Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya =))





Thursday, November 25, 2010

seLamaT Hari LaHir yanG kE TiGa kaKak. KamI sayanG kaKak waLau kaKak seDikiT naKaL Dan asyIk MaHu MaKan mEE saJa!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:18 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

Lama betul tidak masukkan gambar Kakak sejak Mak Lang dia banyak anak kucing ini. He he he he.. Asyik tepek gambar anak kucing sajalah! :P

Okey! Hari ini Hari Lahir Kakak yang ke 3 tahun, 25 November 2010.

Hadiah untuk Kakak sudah dapat. Punyalah payah mahu cari apa yang dia asyik sebut-sebut sejak sebelum ini lagi. Kakak pun tidak tahu aku sudah siap belikan 2 benda yang dia asyik sebut itu. Nenek tambah satu lagi. Jadi 3 barang sudah. Tambah buku-buku lagi sebab dia rajin mahu membaca bila di ajar.

Kek baru sekejap tadi beli. 'Edible image' gambar Pooh dan Tigger. =)) Malam nanti baru kita makan okey sebab semua ada waktu malam. Nenek sudah rebus nasi himpit, buat rendang daging, kita beli sate nanti baru potong kek!! =)) Wah!! Seronok.

Selamat Hari Lahir Nur Hazwani, kami doakan yang baik-baik untuk kakak di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin...

Nota kakitanganku : Payah betul mahu cari apa yang dia mahu walaupu benda itu bukan mahal pun. He he he he.. =))





KuTiPaN FiLem 2 ALaM. Rm 2 JuTa aTaU... : LeBih BaIk akU TenGoK FiLeM HanTu Kak LimaH BaLik RumaH. He he he he...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 11 kUs-kUs
Tersenyum juga aku baca suratkhabar hari ini. Siapa mahu tahu kutipan sebenar filem 2 Alam setakat ini sila klik di sini.

Kutipan 2 Alam bukanlah seperti yang di war-warkan sebenarnya. 2 juta? oh! Mimpi?
Siapa yang sudah tengok? Setakat hari ini aku belum tengok lagi dan tiada perancangan untuk tengok. =))

Tapi tajuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah macam menarik saja. Ekekekekekeke...

Nota kakitanganku : Lama tidak menonton filem di panggung. =))





BiLa merEka saraPaN BerEmPat!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 3 kUs-kUs
Photobucket

Selalu 11 ekor. Kini 4 ekor. =))

ALahai.. Budak 'cinonet'.

Nota kakitanganku : =))





Wednesday, November 24, 2010

BaTuk, SeLeseMa,sakiT Tekak Dan DemaM kUs kUs mELanDa. aPakan DayA. uJian!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 1 kUs-kUs
Batuk, selesema, sakit tekak dan demam.

Satu pakej.

Esok saya tidak mahu datang kerja boleh Bos?

Nota kakitanganku : ZzZZzzz...





BanTu kamI unTuk BanTu mereKa : SUmBanGan Di PerLukan unTuk rawaTaN anaK coMeL iNi. BerI sOkOnGan UnTuk akTiviS kUCinG-KucinG TerBiar inI.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 8 kUs-kUs
Photobucket

Ini petikan ayat dari tuan punya kucing :
"salam.sy perlukan sedikit bantuan dr para kalian dalam fans club ini...sy perlukan derma sumbangan i...khlas dr anda untuk bantu sy,,,,kucing sy bru semalam doktor bgtau ada btu karang...then kos untuk bedah die hampir 3ratus...sy harap sgt sumbangn IKHLAS anda walau RM1 ke akaun sy segera...anda boleh bank in ke akaun suami sy RHB 1620810009051 atau akaun paypal sy aien89aenn2yahoo.com
sy memrlukan sumbangn anda...walau sedikit...sebb sekarang ni sy tgah ada masalah kewangan...andai anda aggp ni pinjaman sy sudi meminjam dari anda walau RM1 demi kucing terbuang tu....
"

Aku tahu ini melalui akaun FB Cik SS. =)) dan Alhamdulillah sudah berkomunikasi sendiri dengan tuan punya kucing.

Salurkan bantuan kamu ke akaun suami Aenn seperti nombor akaun yang tertera.

Kamu juga boleh menyumbang ke akaun aku di CIMB atau MAYBANK dan InsyaAllah, aku akan melawat kucing beliau dan menyampaikan sumbangan yang di perolehi. Sesiapa yang ingin nombor akaun silalah tinggalkan emel di kotak komen ok.

Seperti yang di nyatakan jumlah amaun adalah berdasarkan keikhlasan masing-masing walaupun ianya hanya RM 1.00. SUmbangan kamu InsyaAllah, dapat menyelamatkan nyawa kucing comel ini dan juga kucing-kucing terbiar yang jumlahnya puluhan ekor yang di kutip oleh Aenn. =))

Terima kasih untuk Aenn dan terima kasih untuk kamu juga kerana sudi membaca. Membaca ini juga merupakan satu sumbangan. Sumbangan sokongan moral. =)) Terima kasih.

Nota kakitanganku : Hari ini hari dia.. esok lusa mungkin kita..





aDakah KeJam jIka akU CunGkiL maTamU HiDuP-HiDuP SemaTa-MaTa unTuk Beri InsaN LaIn MeLihaT TanPa kereLaaN Dan kaU TiaDa kuaSa mELawan? keJamkaH iTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 10 kUs-kUs
Mengambil tanpa izin adalah sama dengan mencuri. Menafikan hak orang lain melihat demi kepentingan dan kepuasan hati sendiri. Syaitankah itu atau Dajjal bertopengkan manusia yang menghuni alam ini?

Photobucket

Dia tidak boleh bersuara. 'Jangan ambil mataku! Tolong jangan ambil mataku. Biarkan aku terus melihat. Jangan nafikan hakku dan mengambil sepasang mataku sekaligus menafikan hakku untuk melihat. Kejamnya kamu!!'

Dia hanya insan kerdil yang menumpang. Yang di buang dan di sepak terajang. Terus gagah dan kuat semangat untuk membuktikan 'Kau ambil mataku, tapi bukan semangatku. Kau ambil mataku, tapi bukan kekuatanku. Mememang aku tidak dapat melihat lagi tapi bukan bermakna aku tidak mahu hidup.'

Photobucket

Dari rumah Papa Meow di Kuala Lumpur dia di bawa ke Pulau Pinang untuk mendapat rawatan lanjut. Terima kasih Cik SS kerana ikhlas membantu insan kerdil kesayangan kita ini. Penjelasan doktor yang mana matanya bukan buta semulajadi tetapi matanya DI AMBIL ORANG untuk di beri kepada kucing lain!!

Dan Allah juga yang maha mengetahu setiap kejadian yang di takdirkan....

Nota kakitanganku : Setiap yang berlaku ada hikmahnya...






aPaLah yanG 'BesT' SanGaT LuaR yanG GeLaP samPai TerTonGGenG-TonGGenG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 6 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Suka sangat pada gelap. Termenung dan merenung. =))

Selamat Malam....

Nota kakitanganku : 'Usha line'. =))





CikGu shiDa : kamU SuDah MencaLarkaN seDikiT KekaGumaN sayA KePaDa ProfesiOn PerGuruaN yanG SayA sanJunG SeJak KeciL. sayA Rasa MeLuaT! MaaF!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM 47 kUs-kUs
Aku amat menyanjung tinggi profesion seorang guru. Masa kecil dulu kalau di tanya apa cita-cita aku, akau akan jawab 'Cikgu!' Yakin. Tiada pilihan kedua dan ketiga. =))

Tapi bila sudah besar, aku berfikir semula, aku tidak mempunyai tahap kesabaran sebagai seorang guru. Mungkin juga tidak bersedia dari segi mental dan fizikal? Atau juga aku tidak suka bekerja dalam suasana yang melibatkan ramai orang? Erhmmm...

Kini, bila aku kerja di kelilingi oleh guru-guru sedikit sebanyak aku tahu perasaannya. Tahu kesibukan dan tugas hariannya. Tahu tanggungjawab yang mereka jalankan selain dari mengajar murid-murid. Rasa kekaguman itu bertambah tinggi. =))

Tapi bila muncul seorang 'guru' yang suka buat 'miming' dan masukkan ke dalam 'youtube'. Oh! Tuhan! Kenapa? Apakah? Betul ke dia seorang guru? Siapa yang boleh sahihkan?

Mengapa begitu? Tujuan apa? Suka-suka? Hobi? Tapi mengapa? Kenapa? Susah betul aku mahu terima hakikat manusia yang beria-ia bersama memek muka dan lenggok sumbangnya itu adalah seorang guru.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan aku. Mungkin ada yang seronok melihatnya. Menghiburkan. Jenaka. Tapi bagi aku ianya macam satu penghinaan. Rasa kekaguman aku sudah menurun sedikit. Guru kini tidak sama dengan cikgu yang ajar aku masa darjah satu dulu. Lain benar perangainya. Kemajuan teknologi membuat cikgu semakin berani menonjol diri sebegitu?

Bagi aku guru adalah sumber inspirasi seorang murid. Jika tidak masakan aku begitu pantas menjadikan 'Cikgu' adalah cita-cita utama aku. Tolong jangan cakap, 'Sebab dia cikgulah, benda ini jadi isu, kalau orang lain, tak apa.' Bukan macam itu.

Aku melihat profesion dia. 'GURU'. Kalau Jurutera,aku memang tidak kisah. Bila guru yang saban hari bergelumang dengan murid, yang mengajar 'jangan buat ini, ini tidak betul, buat yang ini', guru itu jugalah yang membuat aksi-aksi sebegitu untuk tatapan satu dunia, aduhai.. malangnya.

Sekejap kamu bertudung, sekejap kamu bersongkok, sekejap kamu tutup aurat, sekejap tidak. Sekejap kamu jadi perempuan,sekejap kamu jadi lelaki...

Aduhai Cikgu Shida.. Ingin sekali saya dengar komen-komen dari anak murid kamu ataupun rakan setugas kamu. Apa reaksi mereka. Ingin juga saya dengar komen dari Menteri Pelajaran Malaysia, adakah ini salah satu teknik pembelajaran untuk murid juga?

Nota kakitanganku :Ada yang kata apa sangatlah dengan 'miming' Cikgu Shida berbanding dengan gejala Rempit dan buang anak. Oh! Saya terkilan kerana dia seorang guru.. Itu saja. Kerana nila setitik harap susu sebelanga dapat di selamatkan. =))






Tuesday, November 23, 2010

Dak OncheT : BILa kakInyA Di senGaT LeBaH. Oh! KasiHaN.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Malam tadi di beranda luar rumah, banyak betul lebah atau penyengat yang berkeliaran. Nasib baik selepas Maghrib aku sudah tutup sangkar kucing dengan kain. Sesi 'membunuh' pun bermula. Lebih 20 ekor tergolek 'dog' aku sembur dengan Ridsect.

Dalam sangkar aku masukkan sekali ibu Kelabu jadi Dak Onchet yang tidak ngam aku masukkan dalam rumah. Tidak perasan pula seekor lebah boleh terlepas masuk ke dalam rumah dan Dak Onchet buat main pula. Aduhai!

Tiba-tiba dengar dia mengiaw lama dan terjilat-jilat kaki. Sudah terhencut-hencut. Sahlah kena sengat. Tiba-tiba dia muntah. Memang gabra gila. Apa mahu buat?

AKu telek tapak kaki dia ada sesuatu yang tinggal, aku bersihkan dan aku sapu minyak gamat. Dia masih lagi terjilat-jilat kaki. Sakit ke? Memanglah sakit, kalau manusia kena pun sudah sakit inikan pula kucing kecil macam ini. Cuba 'gugel' di internet tentang haiwan yang di sengat, tapi tiada jumpa apa-apa.
Malam tadi aku tidur dengan dia di ruang tamu. Dia ini jenis manja dan mengada-ngada. He he he he.. Tidur atas badanlah, dekat leherlah, macam-macam tempat dia 'parking.' Dak Tom tumpang sekaki tidur di depan tapi tidur atas kerusi. =))
Tengok pagi ini, walau kaki masih sakit tapi masih mahu melompat-lompat. Makan pun selera. Syukur tiada apa-apa.

Nota kakitanganku : Perut buncit dia sudah surut sedikit. =))





SeekOr anJinG kE aTau seekOr kucinG?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 AM 7 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Anak buah aku kata 'Anjing! Anjing!!' He he he he. Mungkin sebab nampak besar dan lebat bulunya. =))

He he he he.. Cantikkan bulu dia. Kembang gila! Teruja aku tengok! Sempatlah aku dukung bawa jalan-jalan sekejap sebelum budak-budak bulus yang lain datang mengurumun sambil buat bunyi ala-ala garang! ekekekeke...

Ini kucing anak kepada jiran aku. Rumah dia selang dalam 2 buah rumah. Dia balik raya jadi bawa kucing dia sekali. Lepaskan macam itu sahaja. Memang sajalah mahu menguji tahap kejantanan Dak Itam untuk bergaduh!

Photobucket

Photobucket

'Para penonton!! Ibu-ibu! Bapak! Bapak!'

Ekekekeke...

Sekejap saja kucing itu datang bertandang sebab Dak Itam sudah kejar dan mereka bergumpal. Aku yang lelah mahu leraikan! =))

Nota kakitanganku : =))





Monday, November 22, 2010

PenDaPaTan NuFFnanG : PerLukaH Di TeBus memanDanGkaN BE suDah PuPus? Jom kiTa 'survEy' aPa kaTa BuDak 'BuLus'!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:10 PM 17 kUs-kUs
Photobucket

Itu BE yang tinggal. Huhuhuhu... Tinggal satu. Amaun bolehlah tahan.. =))

Rasa mahu tebus, tapi tunggulah dulu BE yang akhir itu ke meter, barulah meriahkan.

Okey, sebelum di tebus, mari kita tanya anak-anak bulus apa yang mereka mahu jika aku sudah tebus pendapatan ini.

Photobucket

Calon pertama : Dak Itam.

Dak Itam : Bos, aku mahu ke spa untuk cuci daki-daki aku. Sudah setahun aku tidak mandi!!
Bos : Erk! Kau tidak boleh mandi. Nanti kau lari lagi dari rumah, sebulan tak balik!!

Photobucket

Calon Kedua : Dak Oghen

Dak Oghen : Bos, sila beli ikan. Aku tak mahu, Vita Cat ke, Vita Cot ke, Qiut ke, Cun ke? Aku tak nak!! Aku nak ikan rebus.
Bos : Bukan aku tak nak beli. Tapi Raya Haji ni peti ais penuh dengan daging. Mana ada tempat nak letak ikan kalau aku beli banyak-banyak.
Dak Oghen : Okey! Sila beli peti ais lagi satu!
Bos : Erk!

Photobucket

Calon Ketiga : Dak Tom.

Dak Tom : Bos, sila belikan aku Takasima F1 Racing Treadmill.
Bos : Okey! Kau tak suruh pun aku nak beli supaya kau boleh lari setempat bukan macam kucing gila yang berlari tanpa henti dari depan rumah sampai ke belakang rumah semata-mata untuk kau terus nampak kurus.

Photobucket

Calon Keempat : Dak Em

Dak Em : Bos, aku mahu pengering bulu ( Baca : Pengering Rambut ) tiap kali aku mandi, aku kena jilat bulu sendiri pula. Penat tau!!
Bos : Okey! Akan di pertimbangkan!!

Photobucket

Calon Kelima : Dak Onchet.

Dak Onchet : Bos, sila bawa aku ke London Weight Management untuk aku kuruskan perut aku yang buncit ini.
Bos : Erk! erhMmMM... Aaaaaa...

Calon yang mana satu yang patut aku penuhi kemahuaannya?
ErhMmm....

Nota kakitanganku : Duit aku 'ciput' saja, tapi kamu mahu yang bukan-bukan!!






anaK KamBinG BerkEPaLa kucinG Dan BaDan serTa KakI seakaN KhiNzir.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:00 PM 4 kUs-kUs
Tiada yang pelik kerana Allah Itu Maha Berkuasa menjadikan sesuatu yang Dia mahu.

Photobucket

Namun nyawa haiwan istimewa ini tidak panjang kerana mati selepas dilahirkan.

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : =))






yeY!! CuTi sekOLah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 3 kUs-kUs
Erk! Aku tidak tahulah apa kena mengenanya cuti sekolah dengan aku sebab aku masih bekerja seperti biasa mengikut waktu pejabat.

Oh! Mungkin seronok sebab terasa sunyi dan tidak bising serta hingar bingar seperti selalu.

Bos pun tidak masuk sehari dua ini, ada kursus katanya. Jadi aku bermaharajalela dalam pejabat ini menyiap dan mengemaskini segala kerja kewangan aku. Sekarang ini Bengkel Kewangan di panggil macam secara mengejut gitu. Ha ha ha ha..

Hari ini surat keluar dalam portal, esok bengkelnya. Fuh!! Bilalah giliran aku agaknya. Ekekekekeke....

Okeylah,
Aku mahu 'bertafakur' sekejap di meja. Ekekekeke..

Selamat Hari Isnin!!

Nota kakitanganku : =))





Sunday, November 21, 2010

PanDanG-PanDanG, JeLinG-JeLinG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 5 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Dak Tom vs Dak Itam.

Dak Itam memang saja-saja suka duduk dekat belakang bilik aku. Jadi budak dua ekor Dak Tom dan Dak Oghen mahu keluar memang phobia. Hahaha..

Nasib baik Dak Itam pandang-pandang sahaja, nasib tidak baik dia akan meloncat masuk dan memulakan peperangan dunia yang entah ke berapa. =))

Nota kakitanganku : Mana tidak Dak Oghen semakin gemuk sebab makan tidur sahaja. Tiada senaman. Erk! Macam tuan dia ke? erhMmmm.... =))






sELamaT JaLan, sELamaT TinGGaL. sayA PasTi akaN RinDu kamU semUa. PasTi! RinDu akSi 'oTrOmeN' kamU samPai PecaHkaN Pasu BunGa emaK sayA!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:30 AM 10 kUs-kUs
Photobucket

Sarapan berjemaah terakhir.

Photobucket

Pink, Onchet dan Bubu.

Photobucket

Teh dan Em

Photobucket

WardWard

Photobucket

Kunyit dan Em. Oh! Em suka pergi semua mangkuk orang lain juga! =))

Photobucket

Emak 3 warna dan semua mereka yang akan ke Shah Alam.

Photobucket

Stokin, WardWard, Ben, Teh dan Bubu.

Photobucket

Photobucket

Alhamdulillah, semalam Reha telah selamat ambil dan sampaikan Emak 3 warna bersama Stokin, Pink, Teh dan Ben ke rumah Kak Zuraidah di Shah Alam. Reha sendiri ambil WardWard dan Bubu. Kak Yus pula ambil Dak Kunyit yang kronik fungusnya. Lapan ekor semuanya telah selamat di 'adopt'. Alhamdulillah. Allah permudahkan niat baik kami semua yang ingin membantu kucing-kucing yang di buang.

Sekarang yang tinggal 4 ekor anak kucing lagi. =))

Dua daripadanya sudah di 'booking' dan aku sendiri ambil seekor. Dak Onchet sahaja yang aku belum buka untuk 'adoption'. =))

Kamu semua jangan nakal-nakal. Aku sudah mula rindu aksi-aksi 'otromen' kamu. Mana mungkin aku lupa. Dari mata kamu belum terbuka sampai kamu sudah boleh melompat riang, kamu di depan mata aku. Tapi aku yakin, tuan baru kamu dapat menjaga kamu dan beri kehidupan yang lebih baik lagi.

Jangan lupa aku.... =((

Nota kakitanganku : Terima kasih untuk semua mereka yang terlibat. Jasa baik kamu semua tidak akan di lupa. Semoga Allah membalasnya di dunia dan akhirat. =))






Saturday, November 20, 2010

ALhamDuLiLLah, semuanyA suDah seLamaT....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:30 PM 2 kUs-kUs
Allah S.W.T permudahkan niat baik kami.

Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat. Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik kamu semua kerana membantu mereka mendapat kehidupan yang lebih sempurna. Terima kasih.

Esok aku akan kemaskini.

Nota kakitanganku : Perpisahan Dalam Kebahagian. Tapi tetap sedih.





Isu PJKT MPJ : BiLa LaLaT Dan LanGaU BerkeLiaraN Bawa Bau BusuK. ConToh ManUsiA yanG sukA BuaT FiTnaH TanPa siasaTan TerPerinCi. BoLeh JaLan Da....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 33 kUs-kUs
Photobucket

Dia kata aku 'Bagai Anjing Menyalak'. Aku tidak tahulah kena atau tidak peribahasa itu pada aku. Eh! Itu peribahasa ke? Bagai Anjing Menyalak Bukit. Ha ha ha ha.. Sebab apa yang aku salakkan sudah dapat perhatian dan pihak yang bertanggungjawab sudah bertindak. Aku rasa Anonymous ini pasti tidak lulus subjek Bahasa Melayu SPM atau tidak ambil SPM langsung! Opsss!!

Aku maafkan dia sebab dia tidak kenal aku. Mungkin kali pertama dia masuk blog aku. Kenapa dia marah sangat! Dia juga terlibat sama ke? Sudah kantoi!!

Photobucket

Ini orang yang sama. Sebab soalan dia dalam dua 'entry' yang berlainan juga sama. 'Tengok diri sendiri dulu, berapa banyak kucing terbiar yang awak bela di rumah. Mesti berjuta alasan di beri.'

ErhMmm.. Maaflah, aku tiada satu alasan pun mahu beri pada kamu.
Aku sudah menjawab soalan ini di ruangan komen. Ada 16 ekor semuanya. Semuanya kucing jalanan dan kucing terbiar yang orang sepak terajang. Yang orang buang ikut suka. Tiada satu pun yang aku beli. Tiada satu sen pun aku keluarkan duit untuk beli kucing. Kau boleh emel aku dan buat lawatan amal ke rumah aku. Aku akan belanja kau makan mee goreng? Amacam? Setuju?

Aku tidak mampu untuk menjaga dan mengambil 20 atau 30 kucing terbiar seperti yang 'orang itu' buat sebab aku bukan berpendapatan tinggi. Aku tidak akan sesekali jadi pengemis meminta duit orang untuk jayakan misi aku. Kalau mahu buat kerja amal tidak perlu ke hulu ke hilir menadah tangan meminta sumbangan. Cari publisiti murahan dengan menjaja kucing-kucing yang tidak tahu apa-apa. Bila orang tidak beri kau cerca dan hina. Kau perlekehkan macam kau sudah terlalu baik sebab pungut kucing dan orang lain tidak sebab bila kau minta duit tidak dapat.

Tidak malu??? Sudah jadi tidak ikhlas. Orang akan dengan sendirinya beri kau sumbangan bila nampak keikhlasan kau membela kucing-kucing terbiar. Tapi kalau kau 24 jam tadah tangan dan memaki hamun bila tidak dapat, apakejadahnya???

Photobucket

Ini pun orang yang sama mungkin? Sebab ayat dia sedikit lebih kurang sahaja. 'Buat sendiri tidak mahu.' Maaflah, aku sudah lama buat kerja mengutip kucing-kucing terbiar ini. Sejak Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ itu tiada lagi aku sudah buat. Ada masalah? Kenapa? Kau mahu buang kucing ke? Beri tahu aku, aku akan kutip.

Photobucket

Yang ini pula, maaf cakaplah. Sudah ke laut impiannya. Aku tidak kisahlah kau mahu buat Pulau Kucing ke? Taman Kucing ke di Melaka ini. Aku tidak kisah impian kau. Tapi isu aku Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ yang sekangkang kera di Jasin itu. Itu pun belum tentu hala tuju. Belum terurus. Masih lintang pukang sudah mahu fikir pasal Taman Kucing terbesar untuk produk pelancongan. Alahai pakcik.... Bangun!! Bangun!! Bangun!!

Aku ketengahkan isu PJKT MPJ bukan mahu publisiti. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Bukan sama sekali. Jika tidak aku sudah pun meletakkan gambar muka aku di sisi pegawai-pegawai MPJ dan membuat tanda 'peace' bila mereka datang melakukan siasatan atas aduan aku.

Mungkin aku sudah panggil wartawan paling 'cikai' pun dari akhbar Sinar Harian untuk 'cover' isu ini? Ha ha ha ha...

Macam-macamlah !!

Nota kakitanganku : Orang pengecut yang berselindung di sebalik 'Anonymous', berani mengutuk tidak berani tunjuk muka! Boleh jalan da...!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting