Sunday, October 10, 2010

11 MauT nahAs Di MeLaka meLibaTkan 2 Bas ekpreSS 1 vaN dan 3 BuaH kereTa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:06 PM
Hati berdebar-debar bila mendengar dan membaca berita tentang kemalangan yang melibatkan 11 nyawa terkorban.

Sejak selepas Subuh abah bersama rombongannya lebih kurang 6-7 bas berlepas ke Bukit Jalil menghadiri perjumpaan Persatuan Bekas Tentera Malaysia dengan Perdana Menteri. Di jangka sampai semula ke Melaka pada pukul 8.00 malam ini.

Bila mendengar berita kemalangan bas hati jadi berdebar. Cuba telefon, talian tiada. Ya Tuhan! Kami tidak henti-henti mendail mengharapkan keajaiban.

Airmata sudah luruh. Sebak benar hati ini. Jauhkanlah Ya Allah segala bencana dan selamatkan semuanya. Beberapa jiran yang turut serta datang bertandang kerana masing-masing tidak dapat menghubungi ahli keluarga mereka.

Tuhan mendengar doa kami. Dalam pukul 10.30 malam Abah telefon. Memberitahu tersekat dalam kesesakkan dan telefon kadangkala tiada talian. Setakat pukul 11.00 malam ini lalulintas terlalu perlahan.

Takziah untuk mereka yang terlibat.

Sumber berita di sini.

Nota kakitanganku : Kita hanya merancang.....





6 kUs-kUs:

Cahaya Yang Riang Gembira on October 10, 2010 at 11:24 PM said...

Kawasan tu mmg kerap kali berlaku kemalangan.. Takziah buat keluarga mangsa.. Al fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban..

ezzu on October 11, 2010 at 12:26 AM said...

takziah utk keluarga mangsa....
n bersyukur atas keluarga ko...heheh

Mr. Asada on October 11, 2010 at 1:04 AM said...

semoga ayah si tedi dalam keadaan selamat.. =)

takziah untuk keluarga mangsa. hope semua pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dan berwaspada lepas ni..

..nOj.. on October 11, 2010 at 9:09 AM said...

ya Allah risaunye kalau jadik tedi smlm. sib baik takde ape2.

Ibu Ammar on October 11, 2010 at 11:07 AM said...

kalau melibatkan bas memang ngeri.. isk.

kella on October 11, 2010 at 5:13 PM said...

syukur ayahmu tiada apa apa... hatiku tadi berdebar2 juga hinggalah ke titik noktoh terakhirmu.. baru lega..
namun.. takziah pada keluarga yang terlibat..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting