Friday, October 15, 2010

anTara ShariFah aIni PakaI TuDunG KeraNa sakiT GigI Dan PenGacAra Di TanGkap KhalwaT: BiLa maNusiA TiDak BerFikir sEBeLum BercakaP. SenyUm =)).

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:53 PM
Photobucket

Aku tiada masalah dengan orang yang bertudung atau tidak walaupun aku pernah menulis mengenai mereka yang 'on-off' pakai tudung. Terpulang.

Tapi bila ada artis yang buat kenyataan akhbar macam manusia tiada otak untuk berfikir, itu mengundang senyum di bibir aku. Mungkin mereka ingin berlaku jujur tapi seakan tidak kena gayanya.

Memetik sedikit kenyataan Sharifah Aini dalam HMetro semalam 'Seperti hari ini, saya bertudung kerana gigi sakit menyebabkan pipi nampak bengkak dan untuk melindunginya saya bertudung.'

Oh!! Ok!! Tepuk dada tanya selera.

Photobucket

Wajah ceria walau di tangkap khalwat.

Ini Azahari pengacara yang di tangkap khalwat bersama isteri orang yang pernah aku tulis baru-baru ini.

Kenyataannya juga menggelikan hati.

"Dalam laporan akhbar sebelum ini, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu mengemas barang di rumah wanita itu yang mahu ke Kota Kinabalu, Sabah."

Kalau sudah berdua-duaan dalam sebuah rumah itu sudah cukup melanggar hukum agama. Mungkin bagi dia perbuatan melanggar hukum agama yang di maksudkan ialah melakukan perbuatan terkutuk. =))

Aduhai. Takut juga jika aku tercakap tanpa berfikir dahulu.

Nota kakitanganku : Berfikir sebelum bertindak!





9 kUs-kUs:

d0tbl0gsp0td0tk0m on October 15, 2010 at 3:26 PM said...

ntah le.... kalau bab hukum halal dan haram nih......

hanya babi dan anjing sahaja haram.....

selain tu.... seme halal.....

hanya ALLAH je yang tau.....

Anonymous said...

jawapan x ble blah ... hahaha

Chenta on October 15, 2010 at 4:31 PM said...

pandai bercakap
hingga lupa nak berfikir ...

nina syakina on October 15, 2010 at 5:06 PM said...

haha... dari awal hingga akhir mmg xsuka kt S.AINI tuh...huhuhu

Rozita said...

maaf..kalau aku katakan mereka ini cetek pelajaran agama nya. aku juga tk sempurna..tapi..

ctpayong on October 15, 2010 at 5:40 PM said...

sungguh lidah itu tidak bertulang tetapi lidahlah senjata paling tajam..

Relevan on October 15, 2010 at 5:46 PM said...

Bila sudah jadi lumrah..

wanita mutalib on October 15, 2010 at 8:11 PM said...

cit!

Aida Lela on October 15, 2010 at 11:27 PM said...

sori.. dua2 tu, ceq memang tak minat.
yang sorang tu, kalau mengacara. cam bajet bagus ajerk. eihh! tak gomar eh.

* nakmo ar tulis pepanjang, tambah dosa. huhuhuhu

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting