Tuesday, October 19, 2010

BuDak kakI KuNinG a.k.a Dak Tom JuniOr : ahLi KeLuarGa Baru yanG Di amBiL Dari TokeI CinA kEDai RunciT ALor GaJaH.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM
Terima kasih buat Cik Kerm dan Cik Pija. =))

Photobucket

Malam tadi bila tidak dapat tidur dalam pukul 2-3 pagi, selak-selak 'dashboard' terbaca 'entry' berkenaan dengan Budak Kaki Kuning ini. (BKK) . Simpati sungguh. Sayu rasa hati dan hiba. Tengok muka dia? Comel. Muka 'seposen' dia benar-benar mengundang rasa kasihan aku.

Arghhh!! Aku sudah ada 10 ekor anak kucing? Bolehkah di tambah satu lagi? ErhMmm.. Emak mesti tidak setuju.

Hari ini cuti. Dalam perjalanan ke Jusco tiba-tiba teringatkan anak kucing ini. Alor Gajah? Memang jauh dari rumah aku di Jasin. Tanpa apa-apa kelengkapan seperti sangkar atau apa, aku menelefon Cik Kerm untuk minta tolong dia ambilkan BKK dari kedai runcit itu.

Photobucket

Sampai ke hati untuk terus lihat dia berpanas, berhujan, berembun dan macam-macam 'ber' lagi di kaki lima ini? Oh tidak! Sejak ada 10 'anak' ini naluri ke'ibuan' ke 'kucingan' itu begitu kuat.Ha ha ha ha...

Photobucket

Akhirnya niat ikhlas kami, iaitu aku, Cik Kerm dan Cik Pija untuk membantu BKK ini berjaya. Aku bawa dia pulang. Mandikan dia. Bersihkan dia. Asingkan dia dalam sangkar seekor dia. Hik hik hik. Bagi makan QIUT campur susu campur air sedikit, lincin. Seronoknya!! =))

Budak Kaki Kuning sebab kaki dia warna kucing macam kena rendam dengan air kunyit. He he he he. Mandikan pun tidak hilang. Esok kita pergi 'vet' ye BKK. Perut buncit tu penuh cacing.. He he he he..

Kucing ini akan di buka untuk 'adoption'. Sesiapa yang berminat boleh emel seperti biasa atau tinggalkan pesanan di ruangan komen. Terima kasih. =))

Kredit ketiga-tiga keping gambar untuk Cik Kerm. Kamera telefon aku tidak boleh guna. =((

Nota kakitanganku : Dak Tom Junior sebab seiras Dak Tom. Hik hik hik.





13 kUs-kUs:

cik kerm on October 18, 2010 at 9:10 PM said...

hehe welcome..best rse tedi sanggup amek dia...hehe kitorg ni nk jage xmampu..=( sbb da nk pindah nnt...hehe rindu plak nnt beli hp baru snap gmbr BKK byk2 k..hehe

lupie on October 18, 2010 at 9:13 PM said...

Thanks for opening your heart to another little kitty in need.
You are so kind sis!

starzieti on October 18, 2010 at 9:23 PM said...

perot kcing saye pon buncit..penoh cacing la kowt..haih !

Tuah said...

Mulia sungguh hati cik ted. Mudah2an rezeki cik ted akan semakin bertambah dan bertambah. Amin...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on October 18, 2010 at 9:37 PM said...

ingatkan dak tom tadi :)

Anonymous said...

professional answer to this insurance question: Do all states require car insurance? http://insuranceinstates.com/arizona/Tempe/Donald%20George%20-%20Allstate%20Insurance%20Agent/85284/

Cat-from-Sydney on October 18, 2010 at 10:47 PM said...

He's got gorgeous eyes....and whiskers. purrrr.....meow!

reha said...

wah..tmbh sekor lg :)) tp yg ni muka dia comel la kak... dak tom mesti suka kalo akak bg dia kwn nih... kalo pangai dia cam dak tom, jenoh la pakcik gapel jaga diorg =)) kak.. mane dak gapel eh.. lama lak x nmpk dia...

umi_e on October 19, 2010 at 5:52 AM said...

Salam...

Alhamdulillah... dia telah diselamatkan daripada bahaya yang mungkin datang bila2... Semoga Allah limpahkan rezeki dan permudahkan segala urusan.... amin...

*Teringin nak menambah bilangan anak-anak bulu di rumah tapi malang keadaan tidak mengizinkan...

meowwmania on October 19, 2010 at 9:13 AM said...

tima kasih utk tedi kerana sanggup bersusah payah dan prihatin utk ambil si comel ni...

smoga tedi sekeluarga dimurahkan rezeki, amin...

m.q on October 19, 2010 at 9:39 AM said...

si tedi, u're so kind
God bless

Softtouch [Hanim] on October 19, 2010 at 9:59 AM said...

mmg comel bkk ni tedi..tedi mmg sgt baik hati...kagum saya...

princessayang on October 19, 2010 at 1:26 PM said...

moga cik tedi diberi rezeki yg melimpah ruah...Amin...
comel la budak ni..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting