Friday, October 15, 2010

maaFkaN akU si KeLat. aKu suDah cuBa Buat yanG TerBaIk. TaPi akU GaGaL JuGa. MaafkaN akU. ReHaT DenGan TenanG. =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:01 AM
Photobucket

Hari ini pertemuan pertama kamu dengan Dak Tom. Kamu bergurau senda sambil aku memerhati dari tepi tebing rumah aku. Lama aku memerhati kamu berdua. Sesekali kamu melompat di atas riba dan kembali berkejaran dengan dak Tom yang cepat mesra berkawan.

Tiba-tiba aku bersuara kepada emak 'Esok bolehlah hantar Si Kelat kat rumah Bibik.' Emak menjawab 'Eh! Biarlah lagi seminggu dua. Bagikan 2 ekor. Ada kawan dia nanti.'

Aku bangun dari tepi tebing meninggalkan mereka berdua dan duduk di beranda bersama-sama emak. Tidak sampai 15 minit......

'EEeeee. Menyesal tengok. Mata dia terkeluar!!' Jerit anak Pakcik Arnab.

'Ada kucing mati ke?' soal Adik.

'A'a. Mata dia terkeluar.'

Aku tutup mata. Aku tidak mahu tanya sebenarnya. Tapi ingin tahu.

'Warna apa?'

'Putih kuning'.

Aku tutup muka dengan tangan.

'Mana ada putih kuning. Putih hitam ke?' Sudah terbayang Dak Tom di kepala.

Adik menjengah. 'Si Coklat'.

Oh Tuhan! Luluh hati. Baru beberapa minit aku tinggalkan kamu berdua. Bila masanya kamu naik ke tebing dan berkejaran di atas jalan? Tiada dengar bunyi apa-apa benda di langgar. Aku yang duduk jarak 5 meter pun tidak dengar apa-apa. =((

Dak Tom masih berlegar-legar di sisi Si Kelat yang sudah tidak bernyawa. Mungkin tertanya-tanya mengapa sahabat yang baru berjumpa sudah kejung tidak bergerak lagi. Tidak tahu siapa yang langgar kerana di hadapan rumah aku perlbagai jenis pajero yang lalu.

Rehat dengan tenang Si Kelat . Maafkan aku. Maafkan segala salah dan khilafkan selama 11 hari aku menjaga kamu. Maaf buat sekian kalinya.

Nota kakitanganku : Semoga kamu berjumpa dengan Dak Kimi, Dak Kimo, Dak Utih dan Dak Oyen. =((






18 kUs-kUs:

Rowena Zainuddin on October 14, 2010 at 8:15 PM said...

aduhhhh...
kesiannyer...
dah laa comel..

fiqkbe on October 14, 2010 at 8:18 PM said...

ha? sedih nyer... huhu... semoga roh nyer dicucuri rahmat =(

Unknown on October 14, 2010 at 8:27 PM said...

aduhh kesiannya... RIP kelat...

wanita mutalib on October 14, 2010 at 9:03 PM said...

aduh ted|..

kamoo dah buat yang terbaik..sabar ye kawan..

RIP si kelat :(

Watierman on October 14, 2010 at 9:07 PM said...

Ya Allah kamu di duga lagi Dik! Moga si Kelat tenang di sana...! Kamu terus tabah ya Dik!

Dee on October 14, 2010 at 9:59 PM said...

mmg bukan rezeki bibiklah tu..kesian..baru nk rasa kasih syg..redha jelah tedi..

umi_e on October 14, 2010 at 10:30 PM said...

Salam... turut bersedih :(

RIP dak Kelat...

Anonymous on October 14, 2010 at 10:47 PM said...

Ya Allah... Baca cerita mula2 dah seronok sbb dia dah mesra dgn da tom.
Bila baca bhgn bwh, sedihnya hati akak.

Dak tom mcm mana??? Akak harap dak tom xde cedera apa2.

Sabar ye cik ted. Cik ted dah berikan si kelat kehidupan yg baik. Mudah2an si kelat tenang d sana. Bermain2 bersama abg2nya.

fiza on October 14, 2010 at 11:04 PM said...

sedihnyer... kamu dah wat yang terbaik utk dia tedi...
bersabar ye...

RIP dak kelat...
moga kamu bahagia di sana....

Unknown on October 14, 2010 at 11:10 PM said...

x paham aku cmane manusia bleh sampai ati langgar kucing..pahtu tinggal camtu je...sedih aku dengan manusia camni...

Tengku Puteri on October 14, 2010 at 11:15 PM said...

siannaya...suka tgok telatah dia dalam pict tuh...

pisau belati on October 15, 2010 at 12:13 AM said...

salam menjengah,
kamu si gadis penyayang
aku kagumi kamu
sejak pertama kali ke sini
aku terpikat dan terikat untuk
terus membaca older post kamu.

kagum dengan sifat kasih sayang kamu terhadap kucing peliharaan mahu pun kucing-kucing terbiar.jarang dapat ke temu orang begini

turut simpati dengan kehilangan kucing ini.aku kira kucing ini masih kecil.sayang sekali nyawanya tak panjang.moga ia tenang di sana.kamu jangan terlalu sedih ya gadis penyanyang...

b i n t a n g on October 15, 2010 at 12:23 AM said...

:'(. Sangat sedih bila kucing kena langgar. takleh tengok :'(.

Unknown on October 15, 2010 at 2:08 AM said...

huhu
sdyh dgr
:(
sob2

ejaMaria on October 15, 2010 at 7:45 AM said...

takziah T_T
semoga tenang Kelat comel...

Softtouch [Hanim] on October 15, 2010 at 9:00 AM said...

sedihnya....rip si kelat..bkn salah tedi..dah smpai masa dia...

Qistina on October 15, 2010 at 10:55 AM said...

aduhh sebak nye rasa..klu qis ditempat kamu xde kata² yg akan keluar selain titis air mata..

Chika on October 17, 2010 at 3:37 PM said...

Takziah Tedi. Harap sabar dgn kejadian ini. :(

Harap Kelat tenang disana

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting