Tadaaaa.. beberapa minit selepas selesai melahirkan. Anaknya 5 ekor. Kebetulan Isnin aku cuti. Tapi maaf cakap aku memang tiada pengalaman sambut kelahiran anak kucing. Maklumlah semua kucing aku bujang. =)) Along yang tolong dia. Potongkan tali pusat. I ngeri yuuuu!!
Jika kamu ikut blog aku dari awal, kamu tentu tahu SBK bukanlah kucing aku tetapi kucing jiran aku yang rumahnya dalam 100 meter dari rumah aku. SBk mula datang sejak Dak Kimo mati. Mungkin dia tercari-cari kelibat Dak Kimo yang tidak kunjung tiba. Sejak itu dia menjadi penghuni di sini.
Sebenarnya semalam juga aku sudah hantar mereka anak beranak ke rumah tuan mereka. Kata emak, hantarlah mereka balik. Rumah kita sudah banyak kucing, tiada tempat selamat mahu letak. Maklumlah, kucing jantan pun ada, monyet belakang rumah pun bersepah. Takut juga di buatnya. Sangkar sudah penuh dek budak-budak yang lain.
Tapi semalam, pagi-pagi lagi dia sudah terjongol dalam rumah. Aduhai!! Aku hantar di balik sambil pesan dekat tuan dia, silalah kurung dia elok-elok. Kasihan pada anak-anak dia nanti! Sebabnya kalau dia sudah datang ke rumah aku, dia memang tidak balik kecuali di hantar.
Nota kakitanganku : Sila percaya anak SBK sudah 10 ekor dengan 3 kali kelahiran. =))
11 kUs-kUs:
alahai tecik2 anaknya...
klau ikut pengalaman semakin kerap kucin beranak bila beranak lg bil. anaknya juga semakin bertambah :)
aduiiiiiiiiii sweetnya, comel juga kucing tu, kalau datang umah nak tunggu tak balik kecuali dihantar, ekekeke, nak minta satu anak kucing tu boleh ka?
bila masa acara cukur cambut
boleh tak tahan... 4 ekor anaknya ye. SBK balik... dah tb masa anak kamu menyusu. hehehe
cik Tedi,lps je SBK habis menyusu apakata cik tedi senyap2 bwk dia gi zass... banyak sangat dh tu..
haahlah tedi sian anaknya kalu kene tinggal..dah lah br bsalin mesti anak dia lapar...
heehehe - kucing tu kena urut2 ... hehehe kan tengah pantang ... :)
44 days right?
P:S: Baik betul hati sis nie ... {{hugs}}
Si bulat kat rumah tu pun baru beranak minggu lepas. 4 ekor je anak.
Geram nengok. Mentang2 baru first time beranak, buat tak endah je anak terpekik2..
akak... kalo anak dak bulu kembang ni den nk sekor blh x.. =)) mesti somel cam mak dia kan :x
siapa yg berhajatnak anak si sbk ni, maafla yek.. sbk bukan tucen i.. he he he he
Salam... Tedi, kalau ada sapa2 yang nakkan anak si SBK, kasikan jelah... tuan dia bukan peduli pun!
*daripada nanti anak2 SBK terbiar seperti tiada tuan*
Post a Comment