Thursday, October 28, 2010

PusaT JaGaan KucinG MaJLis PerBanDaraN JasIn : SekiTarnyA masiH saMa, koTor. KucinG MakIn BerTamBah. BaGai TiDak Terurus. siLaLah 'aDoPt' mEreKa.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM
Photobucket

Petang tadi sempat singgah sekejap di PJK MPJ.

Rasa mahu menitik air mata bila kedatangan di sambut dengan ngiauan kucing-kucing. Dari jauh sudah dengar. Hiba betul rasa hati. Seperti biasa, tiada siapa yang menguruskannya. Aku perhati satu-satu, ada yang gemuk ada yang kurus dan ada yang kecil.

Ada sepasang anak kucing comel. Warna macam Dak Itam. Ada kolar dan loceng. Comel sangat! Airmata mahu menitis. Jika mampu, mahu saja aku bawa pulang.

Lihat di hujung sana. Seekor yang macam warna Dak Kunyit. Umur agak-agak sebaya. Sedang lena tidur. Aku berlegar lagi. Menjengah ke dalam bilik. Oh Tuhan. Seekor ibu dan anak-anak yang baru lahir. Cantik warnanya. Tidak dapat pegang sebab berkunci.

Mereka tidak di kembiri. =(( Akan bertambahkah lagi makhluk kerdil ini? =((

Nota kakitanganku : Perlukah aku bertindak sendiri?





7 kUs-kUs:

umi_e on October 28, 2010 at 10:09 PM said...

Salam...

Membaca entri tedi, hati menjadi hiba sekali...

Kalaulah mampu dan terdaya, mahu saja mengambil mereka...

*Hanya doa semoga mereka selamat dan tidak dianiaya*

zino on October 28, 2010 at 10:11 PM said...

siapa yg punya..

Yatre Hayati on October 28, 2010 at 10:52 PM said...

tak tahu pulak kat jasin ada pusat jagaan macam ini....

Cat-from-Sydney on October 29, 2010 at 5:37 AM said...

Such cruelty. Can't you report them to someone? SPCA? purrr...meow!

Relevan on October 29, 2010 at 8:02 AM said...

Tambah pekerja untuk pusat penjagaan kucing itu..

GtHans on October 29, 2010 at 3:26 PM said...

sedihnya..

Anonymous said...

jasin area mane eh????? tlong bg tau dgan detail

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting