Jumpa di pejabat. Pagi-pagi lagi dia sudah tercongok. Tengah menjerit-jerit. Lapar!! Lapar!! He he he.. Aku cuba tanya Makcik Kantin kalau ada apa-apa yang dia boleh makan. Aku mahu beli. Makcik Kantin boleh cakap apa, 'Tak payah lor. Kucing ini buat kacau saja. Jangan bagi dia makan'.
Aku rasa mahu karate tengkuk dia. Malas mahu bertekak. Kebetulan stok makanan dalam kereta pun sudah habis. Bagi dia air masak sahaja. Ekekekeke... Lepas itu aku letak dia dalam kereta. Buka sedikit keempat-empat tingkat . Dia 'releks' sahaja. Terus tidur.
Balik tengah hari bawa dia ke Jabatan Veterinar. Periksa apa yang patut. Bagi ubat cacing. Letak dalam kereta tanpa sangkar. Terus dia tidur. Suka betul dia naik kereta.
Cuma bila sampai di rumah. Bertemu 9 ekor anak kucing yang lain dia jadi agak garang. Asyik mahu menyembur sahaja. Makan begitu lahap. Bagi Royal Canin bancuhkan dengan susu habis semangkuk kecil. Beri lebihan nasi campur ikan rebus habis juga. Memang lapar.
Malam dia agak okey. Aku kurung dalam sangkar bersama 5 beradik. Aku jengah dia tengah tidur berbantalkan perut budak 5 beradik itu. Ekekekkeke....
Yang lebih menggembirakan, dia bakal di 'adopt' oleh pembantu rumah 'Indon' jiran aku yang baru kematian kucing. Lagi 3-4 hari nanti aku berilah!! =)) Syukur.
Nota kakitanganku : Allah permudahkan segalanya....
22 kUs-kUs:
baiknya kamoo ted| :)
semoga kamoo di bawah lindungan Tuhan selalu ya :)
syukur Alhamdulillah... sudah ada yg mahu ambil dia sbg anak angkat.
seronok aku baca celoteh ko ngn anak2 kucing tu...syukur de orang baik macam ko.. :)
kucen tu comey n manja.. beserk le kucen kan? tp makcik kantin tu mcm buat haku hangeen ler.. huhh!!!
mata dia biru.. comel la...!!
comelnya dia tersekat dlm selipar tu...baiknya tedi amik dia bwk balik...dia xkencing ke dlm kete tedi?mesti dia dahlama nak naik kete tulah dia sgt behave dlm kete...
gambar 1st tu, cam trcekik je...^_^'huhu..
kekadang tu...makhluk ni cam tahu-tahu jer kita "gila" kucing...
nape kapla macam agak besar?
mesti besar kapla neh...
alhamdulillah, tuhan permudahkan segalanya :)
amin.
alhamdulillah. semoga anda drahmatiNya
Alhamdulillah... ada yang akan menjaganya...
*bestnya dapat pembantu rumah yang suka kucing! awal tahun baru ni kak e adah interview bakal pembantu rumah kalau dia mahu bekerja di rumah ini - tugas dia bukan jaga dan uruskan anak orang tapi anak2 bulu dan keesokannya dia memberikan jawapan TIDAK MAU kerana tidak suka kucing... sampai sekarang belum lagi dapat pembantu yang sesuai dengan kehendak jiwa...
baiknyaaaaa...
murah rezeki nanti insyaALLAH
comel2. suka corak bulu dia. =)
Rasa mau tumpang sepak makcik kantin tu... heheheh
nasib baik ada si tedi. Syukur Alhamdulillah, sudah ada yang mau mengambilnya. Semoga kamu dan keluarga dimurahkan rezeki... Amin...
chomel la si kenit tu..
macam nk picit2
chomel la si kenit tu..
macam nk picit2
murah rezeki kamu. :)
bulu mcm ahboy.
salam tedi~
hehehe.. cumelnya dia.. kaler bulu dia pun cantik... :)
cutelah dia..nti kalo dh gebu tunjuk lg gambar dia ye tedi..
x baik makcik tu ckp cenggitu.... apa la..
bagus tedi.. thumbs up for what u did to them...
moga ramai lg insan seperti kamu di dunia ini... kurang la ckit kucing terbiar...
Post a Comment