Adalah lebih baik saya tidak tahu dari saya tahu. Bolehkah di undurkan masa? Putarkan semuanya menjadi seperti sediakala. Mengapa saya yang terpilih untuk tahu? Bukan orang lain?
Saya selalu berlakon seperti biasa sedangkan dalam dada saya ingin pecah? Saya berpura-pura kerana tidak mahu orang sekeliling tahu yang akan mengakibatkan semuanya akan hancur berkecai.
Adalah amat berat saya pikul perkara ini agar tidak cicir dan membusuk lantas di ketahui ramai orang. Saya ingin bercerita tapi sayangna tiada yang boleh di percayai ingin mendengar. Saya ingin berkongsi tapi sayangnya perkongsian ini pasti akan mengaibkan diri sendiri.
Ya Allah, saya sering mengadu kepada-Mu agar beban perasaan ini berkurangan. Seandainya saya terpilih lantaran dari dosa silam saya, saya redha walau ini amat payah untuk saya lalui. Akhiri semuanya kerana saya sudah terlalu lelah berpura-pura. Ujian ini amat berat buat saya.
Tapi hati saya teramat sakit dengan apa yang sedang terjadi.
Pelakon terhebat pastinya akan tersungkur satu hari nanti dan saat itu saya akan memandang sinis manusia yang tidak lagi perlu di hormati.
Nota kakitanganku : =((

7 kUs-kUs:
tedi arap kamu dpt hadapi dgn tabah ye..sesungguhnya ALLAH akn duga org yg die syg =) mudah3han sgalanya di permudahkan ye
bertabahlah..:)
Allah bersamamu...
Tabahla hati
la..ni sedih2 nape?? tak mo la gitu.. senyum.. kita semua memang pelakon kat dunia ni.. sebab nanti kat akhirat, video kita akan ditayangkan pada semua. bezanya di dunia ni kita berhadapan dengan ujianNYA, bersabar lah ye.. ;) senyum sikit..
mmg susah kalu kite berada dalam keadaan mcm ni..te paham..pernah juga berada dalam situasi camni..
sabar ye :)
all the best sahabat..
tedi..
saya mungkin tak tahu apa yang berlaku..
apa yang mampu saya katakan..
harap kamu bersabar..
Allah sedang menguji kamu..
Allah tahu kamu mampu hadapi nya..
Kerana itu ujian itu datang kepada kamu..
harap kamu tabah..
nape ni tedi??
sbr eh.. Allah swt takkan menguji hambanya dgn ujian yg x mmpu di tanggung mereka..
Post a Comment