Malam terakhir kamu bersama aku.
Ada yang kata tidak perlu menulis, nanti bila di tulis lagi teringat dan kita akan jadi sedih dan hiba.
Hari ini 15 Oktober 2010.
Genap 5 bulan kamu pergi. Masih terasa bahang panas kamu saat aku pangku kamu buat kali terakhir. Masih terngiang-ngiang suara nyaring kamu bila mahukan perhatian. Namun yang paling nyata, masih tersebut-sebut nama kamu sedangkan aku mahu memanggil Dak Itam. Kuatnya ingatan aku pada kamu hanya Allah yang tahu.
Malam tadi aku mengimbas 'entry-entry' saat-saat terakhir kamu. Benar. Hati rasa terlalu hiba.
Rehat dengan tenang Dak Kimo. Kamu pasti tidak nakal lagi. Pasti bergembira bersama Dak Kimi, Dak Utih dan dak Oyen. Kamu juga pasti akan bertemu Si Kelat.
Nota kakitanganku : Patah tumbuh namun yang tumbuh tidak sama.
9 kUs-kUs:
Moga kenangan Indah tu tetap segar dalam ingatan Dik...dumia ini hanya pinjaman!Life Goes On!....keep on going.....
memories never die cik tedi
let it be & remain forever in our heart
after all u have done the best for them where others couldn't be bother. mati itu pasti. takmo sedey2 la ted.
Salam... kenangan pahit-manis bersama mereka pasti tidak akan dilupa... Semoga mereka aman di sisi-NYa...
* Ingatan kak e masih segar terhadap kucing2 kak e walaupun mereka dah meninggalkan dunia ini lebih 20-30 tahun lalu :( Masih terbayang dan teringat2 telatah mereka... apa lagi yang baru saja pergi... *
insyallah dak kimo.mesti happy kat sana..bersama teman2 lain .
xde kata2 lain yg mampu akak ucapkan, hanya perlu banyakkan bersabar.
bila rindu itu dtg, mmg bukan mudah utk kita hapuskannya. setiap detik yg kita lalui bersamanya, pasti tersiar dilayar fikiran kita.
setiap kesusahan kita, adakalanya dia lebih memahami berbanding sesama manusia itu sendiri.
bersabarlah... imbaslah setiap kenangan bersamanya jika itu mampu menguraikan sedikit rasa rindu padanya. menangislah jika dgn menangis itu mampu meleraikan sedikit rasa sebak yg terbuku dihati.
sabar ye Tedi. bergenang airmata baca entry nie
dorang tggu kamu nanti..
jangan sedey.. :)
Tiba2 rasa rindu sgt kat Nemo. memahami perasaan Tedi. sbr ye...
Post a Comment