Pagi-pagi lagi aku sudah kena tadah telinga. Bukan untuk di tarik tetapi untuk mendengar. Kalau dengar lagu keroncong ke hip hop ke aku boleh tahan lagi. Tapi perlu mendengar bebelan di pagi-pagi hari. Aduhai!!
Sejak sudah jadi 'akrab' dengan Bos ini, asyik mahu berbual sahaja. Sampaikan dia di bilik dia, aku di bilik aku masih juga di mahu ber'pot pet pot pet'. Aku layan kan sahaja.
Pagi ini dia membebel pasal satu surat yang kami terima. Lebih kepada surat arahan untuk menjimatkan kos KPM dan JPM. Dia mempertikaikan tuntutan perjalanan yang tidak boleh lagi dia buat.
Contohnya untuk ke bank. Pegawai di bawah seliaannya yang perlu pergi bukan dia jika melibatkan amaun yang kecil. Bagi aku senang sahaja. Kalau kau mahu pergi, pergilah. Tetapi tidak boleh tuntut perjalanan.
Tuntutan perjalanan bagi aku hanya 'bonus'. Yang penting kerja. Bila akhir tahun lepas tuntutan perjalanan sudah tidak boleh di hantar untuk bulan Disember, aku tetap keluar jika perlu.
Bos mempertikaikannya. 'Mengapa awak mahu ke AG. Jauh. Tuntutan perjalanan tidak boleh buat lagi?'
Bagi aku, jika apa-apa yang ingin aku hantar itu penting. Perlu berjumpa dengan pegawai dan beri sedikit penerangan, aku suka pergi sendiri tanpa minta Pakcik PRA tolong hantarkan surat. Tidak dapat tuntut pun tidak apa. 'small matter' orang kata.
Petang ini aku mahu ke PPD, dia sudah pesan ' Tolong tanya Unit Kewangan pasal ini ya? Betul ke GB sudah tidak boleh keluar langsung ke bank?'
Aduhai... Satu kerja 'puleekkk'....
Nota kakitanganku : Mata duitan!