Okey,
Pertama sekali aku minta maaf dengan tajuk 'entry' ini. Kadang-kadang kita rasa ianya nampak biadap. Tapi orang lain kadang-kadang nampak biadap lagi daripada kita.
Kesnya begini.
Semalam aku 'blogwalking' dan ternampak satu 'perbalahan' di kotak komen. Puncanya kerana En/Pn/Cik/Datuk/Datin/TanSri/PnSri etc. Anoy tidak puas hati dengan cara tuan blog menjawab komen.
Katanya," patutlah nampak banyak komen kau. Balas satu-satu!"
Kalau kamu tidak tahu apa itu 'balas satu-satu' kamu boleh tengok cara aku membalas komen. jadi secara tidak langsung kata-kata itu terkena ke batang hidung aku sendiri.
Tuan punya blog membalas "Blog aku, suka hati akulah!" Ya! Aku setuju itu. Lantaklah dia mahu balas macam mana cara sekalipun.
Macam inilah,
Masing-masing punya blog, jadi masing-masing berhak untuk berbuat apa sahaja selagi ianya tidak melanggar peraturan SKMM. Setakat balas komen satu-satu itu tidak kemana pun. Bak kata orang, tidak berkudis. Jadi tiada isu di situ. Kalau tuan punya blog mahu komen sampai 100 komen pun di kotak komen sendiri, tiada masalah bagi aku.
Aku pun tidak kisah kalau termasuk ke blog yang tiada pengikut dan tiada berkomen. Bila aku tinggalkan komen di situ dan mengikut beliau, tuan punya blog membalas, "ingatkan takda orang baca'.
Aku menjawab begini,
"Jangan tunggu kawan mencari kita. Kita yang harus bergerak dahulu.Rain-rajinlah mengikut blog kawan-kawan walaupun kita tidak saling mengenali. Insya-Allah orang akan ikut kita balik. Rajin-rajinlah meninggalkan komen dan bertegur sapa. Kata orang jangan bodoh sombong. Jangan iri hati dan hasad dengki."
Ini tidak, tengok komen orang lain lebih sedikit, tengok 'ranting' pengunjung cecah beribu sehari, sudah bising-bising. Orang yang mcam ini tidak perlu ada blog, tetapi hentakkan sahaja batu 'block' ke kepala sendiri. ( Okey! Gurau! Jangan buat!)
Nota kakitanganku : Ada orang yang buat blog untuk suka-suka. Tiada komen, tiada pengikut tiada orang baca pun tidak mengapa. Yang itu juga aku setuju. Tiada maslah, tiada kes dan tiada isu di situ. Sebabnya seperti tajuk di atas, "Blog aku. Suka hati akulah!!"
SKMM sama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.