Thursday, December 31, 2009

Aku Dan KamU AkaN TerP|saH. Ter|Ma kas|H PaDa KenAnGan!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:11 PM 29 kUs-kUs
Photobucket

Hari terakhir. Perjalanan kita terhenti di sini. Esok tidak bertemu lagi. Aku pasti merindui kamu. Kamu yang beri seribu macam warna dalam kehidupan aku. Kita perlu ucap selamat tinggal. Harus berpisah tangan. Berpisah jari jemari. Tidak ketemu. Sampai bila-bila pun.

Alhamdulillah. Setahun lagi aku berjaya menyusuri hidup ini. Menghadapi putih hitam kehidupan. Ketawa dan airmata. Hanya dalam hati yang tahu. Biar senyum sentiasa. Usah berduka. Menunjuk lara.

Januari
Permulaan yang baik. Mula beralih arah dari yahoo 360 ke Blogger. Mendapat seorang lagi permata hati. Anak saudara perempuan yang kedua. Lahir pada 19 Januari 2009. Selamat datang sayang.

Februari
Berita gembira. Mendapat pertukaran tempat bertugas tanpa perlu berhempas pulas merayu dan meratap. Rezeki. Alhamdulillah.

Mac
Bila Allah beri kegembiraan, mendapat tempat bertugas yang hampir dengan rumah, Allah uji pula dengan cubaan. Emak sakit. Allah itu maha adil. Dia tempatkan aku di tempat yang paling dekat supaya mudah aku menjaga emak. Alhamdulillah. Aku terima walau terpaksa berulang alik, tidur di kerusi wad hospital. Aku tetap bersyukur.

April
Bulan kelahiran. 24 April. Alhamdulillah. Setahun lagi melewati usia. Walau hati sedikit terguri di hari kelahiran. Tidak mengapa. Sudah biasa.

Mei
Bulan lekahiran Abah. 13 Mei 1948

Jun
Menduduki BITK.

Julai
Waktu ini dunia blog masih sunyi dan sepi.

Ogos

Menduduki PTK buat kali ke dua. Ramadhan datang lagi.

September
Syawal kunjung tiba. Dunia blogger bertambah meriah dengan kawan-kawan yang hadir menyeri suasana. Terima kasih.

Oktober
Kandas BITK. Allah beri ujian Allah hadiahkan kejayaan. Lulus cemerlang PTK. Alhamdulillah.

November
Bertungkus lumus menyiapkan dokumen untuk Audit. Menghadiri pelbagai taklimat dan bengkel. Alhamdulillah. Tiada teguran audit yang serius.

Disember
Penghujung waktu. Terima kasih buat kamu semua yang sering berkampung di sini. Berkongsi cerita suka dan duka aku. Memberi kata azimat. Mahupun sesekali menerima sentapan kata-kata. Terima kasih. Kamu bagai kuntuman-kuntuman bunga wangi dalam taman persahabatan aku. Dalam wangian walau terselit bunga tahi ayam, itu lumrah. Tidak semua yang ada suka pada kita. Cara kita.Kelakuan kita. Tutur kata kita.

Selamat Tahun baru 2010

Nota kakitangan : Yang lama tidak di lupa.





SePeTanG BersaMa aNak-aNak TerBuanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 29 kUs-kUs
Photobucket

Ini gambar semalam. Mereka adalah terbuang! Eh! Bukan. Dibuang adalah definisi yang betul! Terbuang adalah tidak sengaja. Di buang adalah sengaja. Tapi sayangnya, walaupun mereka di buang merata-rata tetapi tetap tidak mendapat tempat di dada-dada akhbar. Sungguh kasihan!

Oh! Anak yang terbuang bukan yang baju biru ya. Itu masih ada ibu dan ayah!

Photobucket

Si Comot nun jauh di sana.

Photobucket

Si Tiga Warna.

Photobucket

Dari jarak dekat

Photobucket

Budak ini pun mahu turut serta. Tapi dia tidak sihat!

Photobucket

Cuba teka ada berapa ekor kucing di dalam gambar. Siapa dapat teka dengan tepat ada hadiah. Hadiahnya ialah kucing-kucing ini! Atau boleh pilih salah satu! Ekekekeke..

Nota kakitanganku : 'Adoption' masih di buka!





aPa ErT| 'PenG|kuT' Bag| KamU?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:01 AM 92 kUs-kUs
Photobucket

Aku pernah menulis tentang ini. Tapi dari sisi pandangan yang berbeza. Isi yang tidak sama sepenuhnya.

Kali ini aku ingin menulis mengenai ini lagi. Oh tolong!! Jangan jemu apatah lagi menyampah!

Aku ada membaca beberapa blog yang menulis mengenai pengikut mereka atau blog yang mereka ikut. Selalunya tiada tindak balas daripada blogger yang mengikut mereka dan yang mereka ikut.

Maksudnya di sini pengikut yang beku!

Kamu tambah, menjadi pengikut. Kamu tunggu kami ikut semula. Kemudian kamu hilang! Kamu merayau lagi mencari pengikut yang lain pula. Kamu mengharapkan bila kamu mengikut orang, orang akan mengikut kamu semula. Kamu hanya ingin mengumpul pengikut yang banyak.

Tapi kamu sejuk, beku dan tidak bergerak-gerak lagi ke dalam blog yang kamu ikut. Kamu terus diam.

Samalah juga dengan blog yang aku ikut. Bagai orang tidak sudi menyambut tetamu. Tidak nampak-nampak muka.

Jangan begitu.

Bila kamu tambah sebagai pengikut. Jadilah orang yang betul-betul ikut. Yang ada tindak balas. Yang memberi dan ada yang menerima. Yang selalu datang dan pergi berulangkali meninggalkan jejak. Memberitahu ' Saya datang. Sila tandakan kedatangan saya.'

Jika bukan setiap saat, sekurang-kurangnya sekali-sekala. Menyatakan 'Ya, saya masih wujud. Jangan padam saya!'

Bukan pasif tidak bergerak dan berbunyi. Datang sekali. Hilang tanpa dapat di kesan.

Maaf!
Jika aku pasif seperti kamu, kamu boleh padam aku. Jangan biar aku bercendawan dalam blog kamu! Begitu juga yang aku selalu lakukan dan akan lakukan.Memadam mereka yang hanya menjadi 'tugu peringatan'. Mungkin aku tersilap ikut.

Bila kamu sudah mengklik perkataan 'Follow' itu, 'Follow'lah atas nama 'Follow yang sebenar-benarnya. Memberi salam dan saling membalas kunjungan.

Mengapa bisu tanpa kata-kata?
Apa erti pengikut bagi kamu?
Sekadar menambah dan mengharapkan balasan atau mengikut kerana tarikan sesuatu?
Tepuk dada tanya kemahuan....

Nota kakitanganku : Masa untuk meng'vakum' blog yang pasif!! Aku memang kejam!







ZZzzZZz : QaDa' T|Dur..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:02 AM 26 kUs-kUs
Jangan ganggu aku. Mimpi di siang hari. Aku sedang tidur. Malam tadi mata celik tidak mahu pejam-pejam. Selepas Subuh juga masih terang benderang.

Entah mengapa tidak rasa mengantuk.

Aku mahu tergolek sebentar.

Kejut pukul 10.00 .

10.00 pagi bukan 10.00 malam.

Syhhhhh.....

Dak Utih!! Tolong bagi kawan-kawan makan!!

Nota kakitanganku : ZzZZzzZzz...




T|nGGaLkan SemuanyA..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:33 AM 14 kUs-kUs
Apa yang aku tinggalkan hanya kenangan dan harapan yang sepi,
lakaran kata yang semakin tipis di dada kertasmu,
aku semakin menjauhi dakwat pena yang makin pudar warna,
aku musuhi kata-kata keramat di luar sedar bicara.

Tinggalkan semuanya,
dalam manis bahasa yang tersisip nista.

Tinggalkan semuanya,
dalam kesat tutur yang berselang tawa.

Aku hanya manusia biasa.

Ingin tinggalkan kamu,
kenangan yang mewarnai helaan nafas.

Esok.

Esok.

Tidak tertunda.

Selamat datang yang baru.

Lakari hidupku semanis madu lebahMu.

-myqza-
Bandaraya Melaka Bersejarah
0.32 a.m
31 Dis 2009

Nota kakitanganku : Selamat tinggal untuk tahun yang tidak akan kembali.....





Wednesday, December 30, 2009

Gay : MaaF ! T|aDa DaLam stOk!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:44 PM 31 kUs-kUs
Photobucket

Ya! Tiada gay di sini. Maaf! Kamu mencari ruang yang salah! Kucing gay mungkin ada. Tapi gambar tidak di galakkan di tepek di sini. Nombor telefon apatah lagi.

Oh! Ada satu nombor telefon gay yang boleh di hubungi.
Sila salin ini.

013-24434**

'Harap maaf, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan'.

Nota kakitanganku : Aku mungkin 'ensem'. Tapi bukan gay!




TuTOr|aL : AnTara akU Dan 'ST|cky MoDe' MemanG T|Dak seras|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:15 PM 35 kUs-kUs
Jujur aku katakan, aku memang tidak gemar 'sticky mode'. Jika kamu anjurkan 'contest' yang minta aku buat 'Sticky Mode' di blog, aku mohon maaf! 'Sticky Mode' bagai menghalang penglihatan pelawat untuk baca 'entry' aku yang terbaru.

Meminta peserta untuk membuat 'sticky mode' di blog tidak mesra 'contest' bagi aku. Pilihan yang lain ialah 'banner'. Meletakkan 'banner' di 'side bar' adalah satu syarat penyertaan yang bijak. Aku lebih suka letak di 'side bar' dari membuat 'sticky mode'.

Okey! Kali ini tutorial untuk membuat 'sticky mode'. Ya! Ini kes 'Benci Tapi Rindu'. Tidak suka tetapi mahu tunjuk juga. Ada yang bertanya cara-cara untuk membuat 'sticky mode'.

Aku guna cara dari hasil 'pengskodengan' aku.

1. Kamu taip seperti biasa. Contohnya letak tajuk 'STicky Mode' ingin buat 'contest'.

Photobucket

2. Kamu tekan Publish seperti biasa.

Photobucket

3. Kemudian kamu pergi semula ke ruang 'edit post'.

Photobucket

4. Kamu tekan 'post options'. Di sini kamu perlu ubah tarikh dan masa. Contohnya kamu mahu' sticky mode contest' itu berada sehingga 30.01. 2010 jam 11.00 am. Tukar di situ. Kemudian 'publish' sekali lagi.

Okey ! Siap!! 'Sticky mode' itu akan berada paling atas sehingga tarikh yang kamu minta.

Sekian.

Nota kakitanganku : Siapa ada cara paling mudah? Sila kongsikan bersama.




TeGanG : ANTara AKu DaN KaU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:27 AM 31 kUs-kUs
Setelah puas bertegang leher, memberi fakta-fakta, menyenaraikan 'Mengapa Saya Perlu Cuti 2 Hari ini', akhirnya cuti di luluskan. Lantaklah kau mahu cakap apa Bos!

Photobucket

Kau pentingkan diri sangat. Semua hari kau sudah ambil cuti. Bila giliran aku mahu cuti, macam-macam alasan aku.

Aku cuma cuti 16 & 17hb. Yang lain-lain semua kau cuti, kau MC!! Bila minggu akhir kau ada, aku mahu cuti, kau tak benarkan.

Orang mahu jadi Bos, kau mahu juga jadi Bos. Jangan pentingkan diri sendiri. Selepas kau puas bercuti, orang lain mahu cuti kau beri alasan bodoh!!!

Maaflah! Kau silap orang mahu tindas!!

Nota kakitanganku : Aku memang kejam!




Tuesday, December 29, 2009

TutOr|aL : SudaH BerJaya aTau BeLum?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:27 PM 20 kUs-kUs
Ini masih mengenai tutorial memasang iklan Nuffnang. Ada yang mengomen gagal melakukannya. Okey! Aku bagi tutorial bergambar. Ekekekeke...

Photobucket

Taip seperti biasa seperti ini. Sebelum itu salin dahulu kod iklan 'Large Rectangle' di sini.

Di penghujung 'entry' tampalkan kod itu di bawah sekali seperti ini.

Photobucket

Boleh? Kalau boleh sila belanja aku makan! He he he... Setiap kali kamu buat 'entry' baru, kamu 'copy & paste' di tempat yang sama. Bolehlah simpan kod ini di mana-mana.

Photobucket

Macam aku hanya buka balik 'entry' yang lama dan klik di 'edit html' . Ambil kod dari situ sahaja.

Siapa boleh angkat tangan dua-dua belah : \0/
Siapa tidak boleh angkat tangan sebelah : \0
Siapa tidak mahu buat jangan angkat tangan : 0

Ekekekekekeke...

Nota kakitanganku : Tadaaaaa...




TuTOr|aL : Aku PasanG |KLan Cara ManuaL

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:50 PM 23 kUs-kUs
Photobucket

Okey ! Cikgu tidak bertauliah kembali lagi. Tapi ini bukan ajaran sesat! Habislah kena tangkap dengan JAIM nanti!

Kembali dengan topik Iklan Nuffnang!
Tempat pemasangan Iklan Nuffnang adalah penarik utama untuk pengiklan memilih blog kita sebagai tempat mereka mengiklankan produk. Maknanya kita tidak boleh suka-suka meletak iklan di bahagian yang kita mahu.

Pertama sekali, tempat seperti yang di arah atau di cadangkan oleh Nuffnang perlu di ikut. Itu berkait rapat dengan tarikan pengiklan untuk mengiklan di blog kamu.

Pada awalnya, aku mengalami masalah memasang iklan di 'side bar' Mencari kod di 'edit HTML' langsung tidak berjumpa. Begitu juga untuk meletakkannya di bahagian 'footer'.

Photobucket

Aku memilih cara manual di mana untuk bahagian 'sidebar' aku menggunakan 'add a gadget' yang terletak di 'page elements'. 'copy & paste' kod iklan 'skyscraper' dan 'drag' ke side bar. Ok! Siap!

Untuk meletakkan iklan di dalam setiap entry yang kamu 'publish'. Ya! Aku memang agak lembab bab-bab meletak iklan. Ini juga aku buat secara manual.

Photobucket

Pada akhir setiap hujung 'entry' yang aku ingin 'publish' aku masukkan kod 'large rectangle'. Jadinya Iklan Nuffnang akan keluar di dalam 'entry' yang aku 'publish' di bahagian bawah. Bukan di bahagian 'footer' blog.

Ya! Aku mengalami masalah sukar mencari kod di 'edit HTML' walaupun menggunakan Mozilla Firefox! Ekekekkeke..

Pada kamu yang ingin mencuba meletak iklan-iklan seperti yang aku nyatakan boleh dapatkan kod di sini. Oh! Ini untuk mereka-mereka yang sudah mendaftar dengan Nuffnang sahaja okey? Jika belum, sila daftar segera! He he he..

Terima kasih kepada kamu yang mengklik iklan di blog aku dan meninggalkan pesan di 'shoutbox'. Alhamdulillah, berkat kamu mengklik dan keberangsangan amaun pendapatan telah membuatkan aku rajin mengklik kamu pula. Terima kasih banyak-banyak.

Nota kakitanganku : Selamat mencuba!




EkskLus|F : KeMBar s|aM T|Ga...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:53 AM 31 kUs-kUs
Photobucket

Ya! Angka tiga. Sebelum ini Dua.

Di bawakan khas untuk kamu semua oleh Minyak Angin Cap Unta! Ini kembar tiga pula. Macam-macam ini dunia.

Sila percaya. Kembar siam tiga yang bercantum di sisi perut. Aduhai!!

Photobucket

Dari kiri ke kanan : Si Buta, Si Tiga Warna dan Si Kurus.

Sekian.

Nota kakitanganku : Jalan berhimpit-himpit!!




B.A.B.A

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:05 AM 16 kUs-kUs
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?” Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?” ” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?” “Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?” “Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya."

Nota kakitanganku : Kes dapat pakai percuma. Kamu pernah lakukan pada rakan sebilik kamu? He he he




Monday, December 28, 2009

"AuraT BanG!"

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 31 kUs-kUs
Ya! Aku memang alahan. Memang 'alegic' kata orang putih. Memang aku pandang semacam sahaja kalau orang berpakaian begini.

Hari ini dengan penuh ceria aku ke Perodua lagi untuk mendapatkan khidmat mereka. Buang yang keruh ambil yang jernih! Aku sampai pukul 3.15 petang dan selesai pukul 5.15 petang. Sempatlah aku tengok cerita Mr Incredible di TV 2 sampai habis. Tahap kesabaran hari ini berada pada paras maksimum. Alhamdulillah.

Photobucket

Mamat ini duduk di hadapan aku. Aku sedang bersungguh-sungguh menyelak majalah. Ha ha ha..

Aku memang tidak berkenan lelaki berseluar pendek walaupun paras lutut. Jika kamu berdiri, ya, kamu menutup aurat. Jika kamu duduk, tengok? Kamu menyelak aurat kamu sendiri.

Aku terpaksa mengadap kamu selama 1 jam lebih.

Okey! Aku pasrah.

Tapi maaf! Berseluar separa pendek dan bersandle mungkin kamu rasa kamu nampak seksi. Tapi aku geli dengan bulu kaki kamu! Jika ada.

Tolonglah! Jika di khalayak ramai sebegini pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan.
'Aurat bang. Jagalah sikit!!"

Nota kakitanganku : Oh! Abaikan perut si baju belang-belang di sebelahnya. He he he..





RamA-RamA TerBanG T|nGG|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:34 PM 21 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Gambar adalah lintang pukang!

Petang hari Sabtu yang lepas kami ke Taman Rama-Rama di Ayer Keroh. Lokasinya hanya kira-kira 50 meter dari susur keluar Tol Ayer Keroh. Oleh kerana masih dalam suasana cuti sekolah manusia adalah ramai.

Percaya atau tidak ini pertama kali aku ke sini. Aku ingatkan hanya ada rama-rama tapi rupanya pelbagai spesis haiwan yang lain pun ada. Macam melawat Zoo pula. He he he..

Tapi yang paling seronok di bahagian rama-ramalah. Tengok budak kecil tu sampai tertonggeng-tonggeng mahu menangkap rama-rama.

Tempat yang mengerikan selain buaya ialah pondok pameran ular. Aku lalu sepintas lalu sahaja. Geli!! Ha ha ha..

Kongkang paling pemalu. Cuba cari yang mana satu gambar mereka di atas. Ha ha ha..

Si kakak yang paling seronok. Perlu awasi selalu sebab semua dia mahu pegang. Buaya itu pun menangis-nangis dia mahu pegang!! Aduhaiii....

Okeylah! Kepala masih berdenyut-denyut. Migrain ala-ala kronik.

Nota kakitanganku : Ingat mahu bawa balik harimau seekor!! Ekekekeke..





SeparA LucaH : SenaMan SeGarKan MaTa WakTu PaG|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:48 AM 29 kUs-kUs
Aku ingatkan mahu masuk satu 'contest' guna gambar ini. Tapi malas pula mahu buat. Tahap kesihatan tidak mengizinkan aku mengadap lama skrin ini. Mata sudah berpinar. Kepala rasa mahu meletup!

Photobucket

Gambar Kitar Semula.


Nota kakitanganku : Maaf Dak Utih!








Sunday, December 27, 2009

Emak KanTo|kan Aku!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:10 PM 20 kUs-kUs
Aduhai! Emak pun sudah pandai kantoikan aku. Hari ini aku jadi pemandu 'Mem'. Menghadiri beberapa majlis perkahwinan. Abah pergi ke rumah yang jauh sedikit. Oleh kerana petang mahu buat Bubur Asyura, jadi kami tidaklah ikut ke Majlis yang jauh. Takut tidak sempat membeli barang-barang dan pulang lewat.

Rumah kedua di kampung juga. Siap ambil makanan semua mahu duduk di kerusi. Sekali nampak sepasang suami isteri yang amat aku kenali. Emak pun duduk di situ. Pulekkkk!! Aku dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa layaknya macam duduk mengadap emak mertua pun duduk sama.

Selepas salam-salam dengan Si Ibu tanpa isyarat emak terus tanya 'Sara ada rumah?' Ha ha ha ha.. Aku tidak sempat mahu cakap apa-apa lagi. 'Zaralah emak!'

'Ada. Petang baru balik ke sana semula'

Maka terkantoilah aku di situ. Dengan suasana yang bingit banyakk berkomunikasi dengan tangan sahaja walaupun duduk saling berhadapan. Si ayah bisik kepada si Ibu 'Kawan yang zara cerita pasal makan-makan masa kenduri tu' Sedikit lebih kuranglah macam itu.

Ha ha ha.. Keluarga kami memang saling kenal mengenali. Ayahnya pun kenal dengan aku. 'Masih kerja di SMK Serindit Mati Tersepit?' Soal ayahnya. 'Oh! Tidak! Saya sudah pindah ke SJK C Ni Hau Ma!!" Ayahnya pernah datang ke SMK Serindit Mati Tersepit sebagai nazir sekolah.


Tidak bolehlah aku jadi 'Gadis Misteri' lagi. Harap-harap suasana bingit tadi membuatkan ayahnya tidak berapa jelas mendengar sebutan tempat kerja baru aku.

Aku takut nanti Zara datang minta 'Autograph!!'

Ha ha ha ha

Nota kakitanganku : Ada seperiuk besar Bubur Asyura untuk di agihkan kepada jiran tetangga!






SarApaN PaG|!! Eh! Sudah TengaHhar|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 21 kUs-kUs
Photobucket

Murtabak Daging

Ini bukan menu sarapan pagi.

Petang semalam selepas sahaja penat berhoye-hoye singgah di Restoran Subaidah di MITC mengisi perut.

Aku tidak tahu apa motif Murtabak itu di hidangkan bersama dengan 2 jenis kuah dan 1 piring bawang besar yang di jadikan warna merah jambu.

Photobucket

Ini roti tisu yang di simbah susu pekat.

He he he he..

Siapa mahu teka petang semalam aku berhoye-hoye di mana? Klunya adalah di Ayer Keroh. Maaf! Tiada hadiah di sediakan. He he he he...

Gambar berhoye-hoye akan di tepek selepas ini.

Nota kakitanganku : Kaki masih lenguh!






Saturday, December 26, 2009

TuL|saN Dan KuTukaN TerBuka UnTuk Bum| RaYa a.k.a PERODUA! KamU MemanG S.U.C.K!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 28 kUs-kUs
Oh! Bumi Raya! Ini untuk kamu. Hari ini kamu amat S.H.I.T sekali! Aku memang panas hati dengan kamu. Aku rasa mahu sahaja aku amuk satu tempat kamu itu. Tapi aku takut kena tembak! Tidak mahu mati sia-sia.

Aku menelefon kamu pada pukul 4.30 petang hari Khamis. Membuat temujanji agar kita dapat berjumpa pada hari ini. Kamu bersetuju. Pukul 11.00 pagi itu yang di janji. Kata kamu, datang 15 minit awal. Aku juga menyatakan persetujuan.

Hari ini tepat pukul 10.40 pagi aku datang berjumpa kamu. Kamu menerima dengan ramah dan meminta aku duduk menunggu seperti biasa. Aku terima.

30 minit berlalu. Tempat kamu amat sesak. Semuanya datang untuk tujuan yang sama seperti kamu. Aku duduk di bilik menunggu dalam keadaan yang sejuk membeku. Aku mahu bangun untuk keluar dari situ sebentar, tapi gusar tempat duduk aku akan di ambil orang.

Aku terus menunggu. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Kereta aku masih tidak kelihatan untuk mendapat khidmat kamu. Aku tertinjau-tinjau. Mana kereta aku? Tiada di tempat yang sepatutnya. Aku sabar. Menunggu lagi.

Jarum pendek dan panjang di huruf 12. Aku memanjangkan leher kembali. Kereta masih tidak kelihatan. "Sabar Tedi, sabar." Bisik hati kecil aku.

Aku mula resah gelisah. Mula tidak tentu arah. Jam sudah puku 12.15 tengah hari. Perut sudah mula berbunyi minta di isi. Lapar. Sejak Subuh hanya minum Oligo panas secawan.

Aku mendapatkan staf kamu yang mengambil pendaftran aku tadi.

'Mana kereta saya?

'Oh! Masih di tempat letak kereta. Belum buat lagi kak!'

'What??!!'

F.U.C.K!!! Hanya dalam hati!

' Sudah lebih satu jam saya tunggu kamu kata belum buat?'

'Kereta banyak hari ini kak!'

' Itu masalah kamu. Masalah pengurusan kamu. Saya sudah buat temujanji pukul 11.00 pagi. Sekarang pukul 12.20 tengah hari.'

Penyelia yang segak bergaya pula datang.

'Sabar ya Cik. Staff kami akan mula 'service' kereta cik 10 minit lagi.'

'Ini bukan soal sabar. Soalnya saya sudah buat temujanji pukul 11.00 pagi. Kamu minta datang 15 minit awal. Okey! Saya datang. Kamu kena tepati masa.'

'Kereta banyak hari ini Cik'

'Macam mana kamu ambil dan buat temujanji? Orang yang datang selepas saya pun sudah balik. Saya mahu kunci saya.'

'Cik tunggu sejam lagi boleh?'

'Saya mahu kunci saya sekarang! Batalkan pendaftaran saya.'


Photobucket

Orang sekeliling pandang! Lantaklah! Biar semua tahu. Tidak guna buat temujanji kalau aku perlu tunggu berjam-jam juga! Aku masuk semula ke bilik menunggu untuk mengambil barang. ZUppp!! Jari terkena pintu besi. Darah mengalir laju. Aku tidak hirau. Hati sudah jadi tidak sabar dengan layanan yang sungguh S.U.C.K!! Macam di anak tiri. Orang lain yang datang selepas aku sudah siap. Aku jadi tunggul kayu di situ.

Aku berlegar-legar di luar menunggu kunci. Selesai semuanya aku balik tanpa ucap terima kasih kepada kamu. Biarkan kamu kata aku tidak beradap.

Ini bukan soal sabar atau tidak. Jika aku tiada temujanji itu memang silap aku. Jika kamu rasa tidak mampu untuk uruskan kereta dengan kuantiti yang banyak, tidak perlu gatal-gatal ambil sebegitu banyak tempahan dalam satu hari.

Aku menunggu dari pukul 10.40 pagi sehingga 12.20 tengah hari. Belum apa-apa lagi. Kamu minta tunggu lagi 1 jam.

Kamu tidak fikirkah? Orang yang menunggu ini sudah makan ke belum. Laparkah tidak? Ada urusan lain atau tidak? Tiada otak? Akal di mana? Mahu aku terus membuang masa berjam-jam begitu sahaja.

Kamu baca ini. Kamu nilai sendiri.

Nota kakitanganku : Luka di jari nampak berdarah...






Mar| BerhOye-hOye!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 PM 10 kUs-kUs
Maaf atas kesibukan hingga tidak sempat menjenguk muka ke tempat kamu. InsyaAllah, jika ada kelapangan aku akan menunjuk diri.

Semalam ke Jusco Melaka di Lebuh Ayer Keroh. Manusia punyalah ramai sampaikan terpaksa buat 2 hingga pusingan untuk cari tempat meletak kereta. Sudahnya terpaksa letak di tempat yang jauh. Lenguh jugalah kaki berjalan kaki sambil mendukung anak. Eh! Anak buah!

Hari ini sudah ada temujanji dengan Perodua pada tengah hari ini. Selepas itu bolehlah keluar berhoye-hoye. Ekekekeke....

Maaf sekali lagi!

Ke mana kamu hari ini?

Nota kakitanganku : Sudah masuk ke sini untuk tinggalkan link kamu?





26 D|semBer..... 5 TahuN YanG LaLu....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 21 kUs-kUs
"Terkini : Takziah kepada semua mangsa kemalangan Bas Ekpress di Ipoh. Melalui akhbar online 10 orang terkorban setakat ini. Allahuakbar. Tragedi berulang kembali. Takziah kepada keluarga. "

Ianya datang tanpa tanda. Tanpa amaran. Tanpa peringatan. Semestinya juga tanpa di undang. Mahu atau tidak ianya telah berlaku dan bila-bila sahaja bakal berlaku lagi.

Bila mula-mula di khabarkan tentang ini, serius aku tidak begitu percaya.
'25 orang sudah meninggal!" Jawab aku ' Eh! 2 orang saja, lebih itu cedera!'

Aku tertinggal jauh rupanya. Setiap detik rupanya meragut puluhan ribu nyawa di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja hampir 67 orang mangsanya.

Puisi ini aku coretkan pada malam sebelum kejadian. Ayat 'lautan yang tak kelihatan daratan' seolah-olah membayangkan tragedi ini. Secara kebetulan sahaja!

Aku kongsikan bersama kamu di sini.

Photobucket

Al-Fatihah untuk semua mangsa Tragedi Tsunami 26 Disember 2004.
Takziah untuk keluarga!

Nota kakitanganku : Berat mata memandang...






Friday, December 25, 2009

SaaT-SaaT Akh|r PunyA Has|L KerJa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 PM 15 kUs-kUs
Oh vrdesign! Aku turut serta juga 'contest' kamu. Serba salah di buatnya kerana bila di lihat semula, aku orang pertama yang komen dan beria-ia mahu turut serta. Tapi nampaknya, macam aku orang terakhir yang 'juin!!' Ha ha ha ha...

Okey! Ini Pertandingan 'Aku dan dot dot dot' dari Cik Vrdesign.

Photobucket

Gambar berlatar belakangkan suasana pagi selepas Subuh saat bulan masih mengambang. Gambar ini di rakamkan seorang rakan yang juga seorang guru menggunakan kamera DSLR Canon yang baru di beli. Sedang aku menggodam-godam kameranya, aku tertarik melihat gambar ini. Lantas meminta izin untuk di simpan sebagai kenangan.

Vrdesign, 'banner' akan aku tepekkan di 'side bar' okey?

Nota kakitanganku : Kena mandi bunga untuk menang!! Ekekekeke..




Aku PuN MahU JuGa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:40 PM 13 kUs-kUs
Photobucket


He he he... Aku ambil idea ini dari Solehah. Terima kasih Solehah. Kamu beri aku idea untuk buat seperti mana yang kamu buat. Aduhai. Mula-mula fikir memang leceh. Tapi bila di fikir-fikirkan kebaikannya, aku gagahi juga menggodam untuk mewujudkan satu blog khas untuk senaraikan blog kawan-kawan.

Aku belum siap untuk ubaisuai dan masih dalam pembaikan. Jadi, mungkin banyak lagi senarai blog yang perlu aku masukkan.

Kamu boleh periksa sendiri dan tinggalkan alamat blog di ruangan komen jika blog kamu belum tersenarai.

Siapa boleh bantu aku untuk mewujudkan ruangan 'Followers' juga sila tinggalkan komen. AKu tidak nampak pula butang 'Followers' di situ. Ekekekeke...

Okey kawan-kawan,

Selamat Datang Ke Perkampungan Teman!!

Nota kakitanganku : Aku satukan kamu dalam daerah yang sama!! :)





PenDaTanG TerBaRu... PasRah...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:46 PM 24 kUs-kUs
Photobucket

Ini aku panggil dia Si Tiga Warna. Sebab dia ada tiga warna. Dia kucing betina. Tetapi perangai dia, MasyaAllah!!

Photobucket

Budak-budak jantan akulah ajar masuk lalu tingkap!!

Photobucket

Baik punya 'landing' dia dengan Si Buta. Kalau emak tahu, 'masak' lah aku!! Ha ha ha.. 2-2 ekor ini memang tidak makan saman. Panjat tingkap, masuk.

Photobucket

Ada satu lagi yang terbaru. Sebelah kiri tu Si Tiga Warna dan sebelah kanan Si Comot. Warna dia tidak tentu arah. Ekekekekke.. Malu-malu lagi. Hari ini baru datang dekat sebab lapar.

Seekor lagi Si Putih Melepak. Tapi yang itu sudah lama datang. AKu sudah bisik di telinga dia suruh pergi rumah Pakcik Arnab. Sekarang dia di sebelah rumah aku. Tapi hari-hari datang makan sini. Mungkin sebab tengok ada ramai awek baru.

He he he..

Sekian. Harap tiada yang terbaru lagi. Ekekekekke

Nota kakitanganku : Mala tadi tidak sempat mahu skodeng!




MenuKar BeberaPa Jen|s aTuran.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 25 kUs-kUs
Apa khabar murid-murid semua. Ya! Selamat Menyambut Hari Krismas bagi yang mereka yang beragama Kristian. Hari ini memang cuti umum di seluruh negara, tetapi kelas masih berjalan okey? Eh! Berangan jadi cikgu sekejap. Ekekekeke...

Kita mulakan.

Kita pergi ke 'Setting' kemudian klik Basic. Ubah 'Adult Content'

Photobucket

Aku selalu keliru mengapa blogger suka meletakkan 'Yes' pada point yang ini. Jadi bila kita klik blog beliau, kita perlu klik sekali lagi selepas membaca peringatan untuk pastikan yang kita bersetuju dengan menghadapi segala kemungkinan isi blog tersebut.

Photobucket

Jadi jika blog kamu biasa-biasa sahaja, tiada kandungan berisi lucah, separa lucah, politik yang melampau atau apa-apa yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat, tandakan sahaja 'No' di situ.

Beralih pula ke 'Settings' kemudian klik 'Comment'.

Photobucket

Klik 'Show' supaya kami semua boleh meninggalkan komen di blog kamu.
Jenis kotak komen pula guna yang lebih mesra, contohnya 'Pop Up window'.

Photobucket

Jika mahu masukkan tarikh dan masa untuk komen yang di terima ubah di baris pertama itu. Jika mahu berkata-kata sesuatu untuk mereka yang bakal mengomen sila tulis di ruangan kedua.

Photobucket

'Comment Moderation' adalah untuk kamu memilih samada menyimpan terlebih dahulu komen yang di terima sebelum kamu benarkan komen tersebut di paparkan. Ini bagi menapis komen-komen yang sepatut atau tidak sepatutnya. Tetapi aku lebih suka komen terus masuk sahaja tanpa perlu kebenaran.

Bagi 'Word Verification' itu pula, untuk menjadi lebih mesra alam, tidak perlu letak. Apatah lagi jika kamu sudah memilih untuk menyimpan terlebih dahulu komen tersebut.

Ada 'pahemmmM?'

Jika ada sebarang pertanyaan tentang topik ini sila jangan segan silu bertanya.

Sekian. Kelas waktu cuti kita.

Nota kakitanganku : Kira hari ini kerja lebih masalah!!! he he he ..




Pan|k

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:30 AM 17 kUs-kUs
Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung. Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung. Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat. Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu.

"Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!" Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?" Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??

Nota kakitanganku : Tersilap panik!!!




Thursday, December 24, 2009

GeLabaH

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:45 PM 17 kUs-kUs
Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya...

"Berhenti kamu anjing @%$&#@... apa yang patut saya buat sekarang? Tentu jiran itu akan membunuh saya... bagi saya arnab tu!"

Tom mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya. Tom berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa.

Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya. Tom bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab "Suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya. kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya. orang yang lakukan perkara ini sememangnya gila!

Nota kakitanganku : Pakcik ARnab, saya orang baik!




M.a.D.U : Saya T|dak maHu Ber| aPa-aPa KenyaTaaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:25 PM 36 kUs-kUs

Photobucket
Gambar kredit untuk Pakcik Gugel

'Ya! Saya bermadu. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan lagi. Ini akan menyinggung hati pihak yang sebelah lagi. Saya perlu jaga hati semua. Cukup-cukuplah kenyataan sebelum ini. Saya sudah di takdirkan hidup bermadu. Saya terima. Keluarga juga merestui'.

Wah!! Kenyataan yang aku rasa amat kelakar bagi sesetengah artis. Mereka macam profesional memberi komen.

Jika aku pihak yang satu lagi, aku ingin membuat kenyataan begini.

'Saat kamu bersama suamiku, aku sudah berasa tersinggung. Saat suamiku menikahi kamu, itu apatah lagi. Remuk redam rasa hati. Saat kamu cuba berdolak dalik tentang ini, kehidupanku sekeluarga terasa bergegar. Usah cakap pasal tidak mahu menyinggung hati kami. Kamu telahpun lakukan.'

Aduhai. Amat bernasib baik aku hanya insan biasa. Tidak perlu mereka-reka ayat atau berdolak dalik sekiranya bermadu!

Opppsss!! Minta di jauhkan!

Aku hormat mereka yang rela bermadu. Tetapi aku tidak sekuat itu!

Kamu pula bagaimana?

Nota kakitanganku : Aku suka Cornflakes Madu!! Sedap!!





Kau MeManG |kan!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 31 kUs-kUs
Ya! Kau memang sangat jahanamlah. Kau buat projek yang sama tiap-tiap malam!! Kau sangat ikan! Pengecut!! Aku yakin kau orang sama. Sudah membiak-biak perangai bangsat kau! Kau ingat rumah aku ini apa?
Aku tidak rasa orang yang berlainan buat ini. Takkan kau pakat dengan semua orangkan? 'Mari-mari semua. Buang kucing di rumah Tedi!!'

What The Hell sungguh perangai kau ini!! Masuk pagi ini sudah 5 ekor kucing yang kau buang!! Aku yakin kucing-kucing itu tidak akan datang sendiri!! Ada malaun yang tolong tunjukkan arah!!

Tidak semestinya orang yang suka kucing akan suka membela dengan kuantiti yang banyak. Ada juga yang suka gila pada kucing, tapi beliau tidak membela seekor pun!!

Aku tidak mampu macam mana aku mahu membela berpuluh ekor kucing yang akan kau buang seterusnya?
Sebab perangai bangsat kau, kucing-kucing aku yang lain pun jadi mangsa!!

Aku tidak salahkan tuan rumah yang aku duduk ini sebab tegur kucing semakin banyak.

Aku tidak salahkan kucing-kucing yang kau buang sebab mereka tiada akal.

Aku marah dan caci maki kau yang buang kucing-kucing ini.Kau ambil jalan mudah!!! Kau mahu hidup senang tapi beri kesusahan pada orang lain.

Kucing sudah berleluasa di rumah aku!! Menceroboh masuk. Memecahkan pinggan dan cawan. Menterbalikkan periuk. Berak dan kencing merata. Rumah aku terpaksa di tutup 24jam atas serangan kucing-kucing yang kau buang!!! Sudah macam tiada kehidupan duduk berkurung!!

Maaf kepada kamu semua yang membaca.
Memang sangat keji manusia yang ambil jalan mudah ini. Betul! Aku memang suka kucing. Sayang kucing! Tapi ada hadnya. Aku tidak mampu dari segi tempat tinggal dan kewangan . Perangai mereka lagi. Semua memudaratkan aku sampai boleh berselisih faham dengan tuan rumah.

Kalau di beri pilihan, aku akan pilih tuan rumah dari kucing. Kalau ada arahan kosongkan rumah ini dari segala binatang yang di panggil kucing, aku akur. Aku tidak akan sesekali derhaka. Sila faham itu.

Jadi, bila sudah di beri peluang membela 4 ekor sahaja, aku kena manfaatkan peluang itu. Bila sekarang setiap hari jumlah bertambah. Ianya sesuatu yang bertentangan dari perjanjian.

Dan satu tindakan akan di ambil!!

Nota kakitanganku : Siaplah kau! Malam ini aku 'skodeng'!!





KeEmOaN

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:53 AM 21 kUs-kUs
Maaf atas keemoan semalam. Keemoan? Okey! Aku ambil daripada perkataan 'emo'. Kadangkala kita rasa kita boleh urus semuanya. Boleh urus masalah dan kekuatan hati. Kadangkala juga kita lupa, kita perlu ruang untuk menangis sepuas hati. Terima kasih atas kata nasihat kamu semua.

Ada sesuatu yang menyentak hati kelmarin. Tapi hari ini aku sudah lupakan, walau aku tahu ianya pasti akan berulang.

Pasrah.

Pernahkah kamu mengalami kejadian berhadapan dengan orang yang talam dua muka? Bagaimana cara mengatasinya?

Hati terasa sakit bila di hadapan kita lembut gigi dari lidah, tapi di belakang kita, beliau menikam selumat-lumat! Keji!

Nota kakitanganku : Suka kuih Seri Muka!




Wednesday, December 23, 2009

SuraT Dar| anaK KePaDa ayaH!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 PM 32 kUs-kUs
Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
---------------------------------------------------------

"Ayah,Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya."

Salam dari anakanda,Sarip.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

--------------------------------------------------------------------
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

"Kepada Sarip,"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.

Nota kakitanganku : He he he he.. Ayah dia pandai susun ayat!





MasA |tu EmAs....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 25 kUs-kUs
Oh! Tajuk sedikit skema. Macam mahu ajar budak-budak darjah 6 ambil peperiksaan UPSR. Opsss! Okey! Aku sudah macam buka kelas untuk tutorial sahaja. He he he... Ini mengenai tarikh dan masa di blog kamu.

Ada blog yang aku lawat tarikh dan masanya tidak sama dengan jam terkini. Contohnya : Aku komen pukul 10.00 malam, di kotak komennya tulis pukul 5.00 pagi. Aduhai!! Mungkin sesetengah orang menganggap itu adalah perkara remeh. Eh!! Bagi aku ini perkara penting. Masa adalah penting.

Jika kita seorang yang perihatin kepada masa tentu kita sentiasa berwaspada dengan tiap kesilapan yang berkaitan dengan masa.

Tanpa membuang masa lagi.

Photobucket

Nampak? Klik 'Setting' kemudian 'Formatting' kamu akan jumpa ini. Kamu boleh ubah tarikh dan masa terkini. Mudah bukan? Jangan lupa klik 'Simpan.' Sila ubah mengikut lokasi kamu. Kalau rasa-rasa duduk di Uganda, janganlah letak waktu Malaysia pula.

Jelas?

Nota kakitanganku : Mahu skodeng blog yang salah masa, sudah ubah ke belum? He he he he...





Ke ManA MereKa B|La akU T|aDa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:05 AM 27 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Persoalan yang tidak tahu bagaimana ingin di jawab. Tidak tahu bagaimana untuk di rencana. Tidak tahu bagaimana untuk berfikir. Ke manakah akan mereka bawa diri? Ke mana?

Mereka sudah biasa hidup mewah. Tidak biasa merempat. Tidak biasa mengutip sisa-sisa makanan. Tidak biasa tidur di kaki lima atau di celah-celah lorong kotor.

Siapa yang akan menyediakan makanan mereka? Siapa yang mahu membersihkan diri mereka? Siapa yang mahu berhabis wang untuk mereka? Siapa?

Dua beradik itu sedari besar tapak tangan aku bela dan jaga. Mereka tidak tahu erti hidup susah. Tidak tahu erti lapar dan dahaga. Bagaimana nanti mereka akan hidup terbiar dan tersisih. Berjuang untuk mendapat sesuap makanan? Bagaimana nanti ya?

Siapa yang akan merawat jika mereka cedera. Menyuap dan memaksa mereka makan ubat?

Bila aku tiada, tidak perlu susahkan orang lain. Jangan buat orang marah kerana kamu. Jangan biarkan orang maki dan hina kamu. Kamu haiwan tapi kamu juga ada maruah dan harga diri. Bertebarlah kamu membawa diri dan mencari haluan. Berdikari. Berjuang untuk hidup. Jangan sesekali susahkan orang lain demi kesenangan kamu. Berhentilah dari kehidupan mewah. Belajar menyambung kehidupan.

Kamu lemah, kamu akan kalah.

Nota kakitanganku : Bila aku tiada. Jangan cari aku!




 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting