He he he he.. Tajuk adalah skema. Macam mahu sertai Pertandingan Merekacipta Moto sahaja.
Okey! Aku ingin bercakap pasal kejujuran. Yup! Kadangkala aku pun tidak jujur juga mengikut keadaan dan situasi. Itu aku akui. Manusia. Bila kepentingan diri mengatasi segala-galanya, akan berlaku sedikit konflik ketidakjujuran di situ.
Aku ingin cerita pasal hari ini.
Seorang pembekal datang ke pejabat untuk menghantar Alat Bantuan Mengajar (ABM) untuk Kelas Pemulihan Khas. Yang ada hanyalah aku dan GPK HEM sahaja. GPK HEM yang uruskan penerimaan. Aku tukang cop. Selesai semuanya, selesai tandatangan penerima oleh aku dan disahkan oleh GPK HEM.
Aku menyerahkan Borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP). Tiba-tiba pembekal itu berkata. ' Congkak itu saya belum hantar lagi ya!'
WTH!! Aku sudah siapkan semua baru kau cakap ada barang yang kau belum hantar. Jujur atau tidak itu? Aku terus berkata ' Baru nak cakap ya? Salah di sisi undang-undang ni encik!'
'Maaflah. Barangnya ada. Tapi saya mahu hantar ke tempat yang jauh dulu. Saya duduk dekat sini sahaja. Esok saya hantar'.
Lantak kau lah kau duduk di mana pun. Masalahnya di sini. Kau sudah 'kelentong'! Kami sudah siap tandatangan semua baru mahu cakap. Aku lepaskan dia. Dia memberi nombor telefonnya untuk aku pastikan yang esok barang itu akan di hantar. Memang muka nampak baik. Hantar barang dengan bawa anak isteri sekali. Okey! Aku terima.
Kami pun bersalah juga. GPK HEM pun tidak perasan sebab pembekal itu yang terangkan barang-barang. Terlepas satu item yang tidak di hantar itu.
Ini sebagai pengajaran supaya aku kena ikut dengar sekali penerangan jika pembekal itu melayu seperti ini.
Nota kakakitanganku : Kita mahu orang jujur, tapi kita sendiri sukar untuk berlaku jujur.
22 kUs-kUs:
memang la amalan mulis tapi kena berwaspada gak... bersiap sedia..
issshhh ada sikit curiga.. tak apa kan..
aku suka mengata orang, tapi aku tak perasan aku lebih teruk daraipada orang
ko faham tak apayang aku nak samapaikan?
bagi kak e orang itu ok sebab dia kasi tau ada benda yang dia belum hantar... (kadang-kala kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan) TAPI bagi kak e ada kejujuran di hati dia sebab kalau jenis yang tak jujur sama sekali, dah pasti tidak akan beritahu masih ada barang yang belum dihantar (dah orang yang menerima pun tidak periksa)
* pendapat dan pandangan masing2... Mungkin kita berbeza tanggapan erti kejujuran (dalam kes ini) ;)
hurm memacam manusia nie
kite sependapat ngn kak e tue..
mungkin sebelum ni, tempat kamu tak pernah terima kes, delivery by delivery ted..
mcm ofis kite, benda tue biasa..so stiap kali delivery, mmg kitorang akan check satu-satu..yang mane benda kecik-kecik, slalu nye staff akan buat remark receive but not checking yet n baru cop..supaya ape2xhal kemudian hari boleh dirunding balik..suppose cmtue la..
ermm..kira okla org tue ted..jujur bagitau yg ade benda yg tak deliverd lagi..next time mmg kena check n baru cop..hehehe
Moga tiada masalah yang timbul ekoran dari kes terlepas pandang ini...hopefully pembekal itu jujur dengan memberitahu tentang congkak yang belum diserahkan....walaupun agak lewat selepas siap urusan di atas kertas....Ni kes terlepas pandang lah ni!!!...
suka hati dia je nak anta bile. pernah tak terfikir customer tuh customer, dan anda sebagai pembekal kenalah puaskan ati customer.
melayu lak tuh..buat malu jeeee...
tgk supplier tu jugak dia nk jujur ke nk selekoh kan
nasib baik die cakap kan kak??
hehe
pelangkong die dengan congkak tu esok
(idea jahat tapi jujur)
ha...betol2 kite mmg nak org jujur dgn kite
tp kdg2 kite tak bape nak jujur..
munkin pada mulanya dia takut untuk berterus terang..tapi bila dia tgk ko jer ted tiba2 hatinya ingin berterus terang kot...kah kah kah
kalau wa dah mengamuk dah tu kat pembekal tu...kuang ajo sgt tu dia..
perkara macam ni selalu terjadi tedi...kekadang kita lupa skit..mulala diorang..ambe selagi sebelum settle betul2 ambe tak akan cop...tak kesahla lambat ke apa..janji complete baru stamp approved..kalau tak in future kita plak kena tanggung..huhuhu...
selalu gak kat tpt pakcik nih berlaku... pernah kene macam tu...
lps tu pakcik jadi orang yang cerewet... tgk pada resit.. siap tanya 1 per 1.. ini apa... mana mende nih... nape tak de.. ikut spek lain.. nape hantar lain...
lps tu kalu nama dalam resit tu org lain.... dia suruh sain.. jgn harap le aku nak sain....
kalu kawan tu cuti.. esok le ko dtg...
kene berlaku tegas..... tidak kalu.. kita yang kene seme tu....
honesty is the best policy:-)
erm..mungkin dia lupe nak mention awal2 kot? supplier ni besela, kekadang ingat2 lupe, barang banyak sangat nak hntar ehehe..
tp kita as a buyer ni memang kena check satu2la..klu barang xde, kena cakap dengan tegas dia so that bnda tu x jadi lagi pasni..
nobody's perfect cik tedi...
biasa la tu manusia..
1 finger pointing to others,4 pointing to ourselves..huhuu
Melayu oh Melayu
kena selalu berhati2 kan?? takleh percaya pada orang 100%, emmm.. dunia hari ni susah betul nak cari org yg jujur 101%huhu..
salam cik tedi..
saya suka ayat kat nota itu..
memang kita nak org tu jujur.. tapi kekadang kita juga sukar untuk jadi jujur..
huhuhu!
betul2.
tp kadang2 aku menipu jugak.
;p
ha...sy slalu buat pembekal marah...haha...ngn sy jgn harap laaa nk lps...sy akan cheq buku satu persatu...haha...
Post a Comment