Aku bukan seorang yang pemaaf! Jujur! Bukan aku! Salahkah jika kita susah untuk memaafkan orang? Aku akui. Aku hanya insan biasa yang juga tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun jika di kategorikan, aku memang bukan tergolong dari golongan manusia pemaaf.
Aku bukan pemaaf tapi aku juga bukan pendendam. Aku tidak akan membalas perbuatan jahat yang orang buat pada aku. Aku akan cuba mempertahankan diri sahaja. Tiada khidmat bomoh atau dukun atau pawang! Santau jauh sekali!
Aku percaya kepada karma. Hari ini kamu buat aku, esok lusa kamu terima natijahnya. Itu bukan doa. Tapi hidup ini umpama roda.
Aku berpindah sekolah di kampung ketika aku berada dalam di penghujung darjah 3. Ada seorang kakak darjah 4 suka menyakat aku. Aku naik menyampah dengan dia. Serius.
'Giant!! Giant!! Giant!!
Dia panggil aku Giant. Giant ini ibarat macam 'orang raksaksa'. Mungkin sebab tubuh badan aku besar dan tinggi. AKu jadi malu. Aku budak baru. Aku popular sebab ejekan orang sekeliling. Sampaikan aku tidak pernah pergi ke kantin untuk makan sebab takut orang ejek aku. Aku menyendiri. Rendah diri. Gelabah!
Suatu hari aku berselisih dengan kakak ini. Dia mengejek sambil mengeluarkan lidah. 'Giant!! Giant!!'. Aku pandang dia dan mengadap mukanya.
'Apa?' Aku soal dia. 'Kau tu giant!!" dia menjawab dengan penuh bongkak!!
Aku tampar pipi dia. Dia terkesima. Aku apatah lagi. Kekuatan datang secara tiba-tiba. Dia meraung-raung menangis macamlah kena tampar pakai tapak tangan Giant! Aku rasa semacam satu semangat baru menyelinap ke dalam tubuh! AKu tidak memujuk dia apatah lagi memohon maaf! Pergi M.A.T.I!!
Sejak itu aku jadi popular. Aku telah menampar seorang budak yang sangat 'Keypochi'! Anak orang kaya!! Naik darjah 4 aku jadi pengawas terus!! Darjah 5 juga. Darjah 6 aku jadi Ketua Pengawas Perpustakaan dan Penolong Ketua Pengawas!!
Wah! Kakak Lydia, terima kasih. Sebab aku tampar kamu aku jadi berani berhadapan dengan segala kutukan dan tohmahan sehingga orang lain mula pandang pada aku. Tetapi aku tidak akan sesekali mohon maaf kepada kamu!
Moralnya , jika kamu mahu pangkat dan kekuasaan, belajarlah menampar orang! Eh! Tidak!!! Moralnya, Kita kena yakin kepada diri kira sendiri. Jangan biarkan orang lain memijak dan menindas kita.
Nota kakitanganku : Hidup perlu berani!!

32 kUs-kUs:
hah..hamek ko...tak pasal2 kena penampor..
tabik springgggggg lah sama ko..haha
hidup perlu bijak
aku penah simbah air teh o kat sekor manusia...
ko mmg berani lah beb..tabik sprriingg...toingggg!!
aku penah simbah air coke kt dorang manusia!!!huhuhu..
puas giler rasa!!yeeehhhaaa!!
yes!!
kalau aku pun tampar die jgk..
sesedap die je nak panggil giant
kamu join contes upernye !
jgn jadi giant nanti pasaraya giant tutup...cool beb cool
err..nyesal aku x tampar ex-boss aku dlu..kalo x, msti aku dh jd manager gaknye skrg kan..hehe
kRina tau Giant Doraemon jer...
hehehe..
ha kau makan penampau...
salam sI teDI,
mmg berani...terus jadi popular giteww.
akak mmg benci dgn budak2 yg suka mengejek ni rasa nak cili2 je mulutnya.
pernah kene panggil anjing dan dipulaukan. satu dewan makan..sekolah..semua panggil anjing.dan dilemparkan dgn makanan..
apakan daya..hanya kepada Allah aku meminta..nak tampar balik..hurm..ramai tuh....
warghh..sukanya kisah nie..cm da bertambah semangat tuk terus hadapi hidup ini..thanks
apsal la ko tak bagitau awal² citer ni kat aku masa aku sekolah dulu. kalu tak tentu aku jadik ketua pengawas jugak.hik3..
err..ko tau mana kak lydia tu skang? maybe ada peluang tuk ku jadik ketua opis plak ke.hehe..
ko buat bodo je tedi..
tak payah layan mereka2 yang IQ lemah tu
kalau aku la... aku rendam dalam minyak panas.. baru padan muka diorang..
wakakaka...x bleh blah...jika kamu mahu pangkat dan kekuasaan,belajarlah menampar orang....ahhaa..lawaknye..
tp memang betul
kene berani untuk hidup dalam dunia penuh ranjau nih..
wah hebatnya kamu..terus jadi berkeyakinan tinggi..tahniah!
salam...aku pernah gak buat kat sorg budak dulu masa sekolah darjah 4...dia selalu ejek aku mcm2...sekali aku mengamuk aku gunting kain dia...padan muka...sejak hari tu sapa tak brani kacau aku...aku mmg pendiam dulu masa sekolah...dan masa naik darjah 5 aku juga dilantik jadi pengawas...tapi bukan penolong ketua pengawas....sekadar pengawas biasa....betoi kata ko berani kerana benar....jangan bagi org pijak kepala...
aku percaya kata2 ko tedi
hikhik
fuiiyyooo . caiiyyaa la sis !! ;P
owh, ko tinggi ea tedi, nape ko tak pukul jew, gunalah kelebihan ko tue, he...
semalam dan hari ini sgt demm
rasa macam nak pijak2 kepala orang
betul ko cakap hidup kena berani
tapi apakan daya ku, aku hanya semut merah yang sgt kecil berbanding dgn bapak gajah..
emo
Err..Giant tu tempat membeli belah ke?..
lain kali terajang je terus hehe
patut a aku jadi ketua pustakawan, rupenya aku de tampar org.haha
weh tedi cute?
saper kata ko giant?
ko cute per,
ekekkekeek
pangggggggggggg!!! saper yg kata tedi giant tuh,
haaaaaaaaa
suke ayat tedi yg mula2 skali..kita kena pertahankan diri..
hidup umpama roda kan....salunye bayo cashhh!!!..amek ko
Kadang kala,keberanian penting dalam menegakkan kebenaran....
Jangan jadi pengecut...
Pengecut hanya memudahkan diri ditindas dan diperkotak katekkan...
alamak:..
berani mati lah kamu ni tedi:...
aku suka moral of the story yg no 1 tu..tampar la org utk jadi femes..hehe
mmg patut pun kene tmpar..huhu
tringat sy membaling kerusi kt bdk2 lelaki sbb anti kt dorg...hahaha..sirius kak...dlu sy lah ketua samseng sek...hahahaha
Post a Comment