Airmatanya bergenang. Dia renung tajam kepada aku. Aku jadi serba salah dan tidak menentu. 'Usah teruskan jika kamu tidak mahu'. Dia tersenyum kelat! Menundukkan wajah. Seolah cuba mencari kekuatan. Kata-kata aku tidak bersambut.
Aku biarkan dia melayan perasaan. Silap akukah airmatanya gugur? Aku cuba menyesali diri.
'Saya rasa ingin kongsi kegembiraan saya bila saya berjaya temuduga yang lepas. Tapi saya rasa kosong'. Dia sebak.
' Sayakan ada. Cikgu boleh belanja saya Pizza Hut! Jom!'. Aku cuba berlawak. Dia tersenyum dalam tangis.
Dia seorang yang cantik. Seorang yang berkeyakinan. Wajahnya memang manis. Tutur katanya lancar berbahasa Melayu. Peranakan Baba Nyonya. Bila dia hadir temuduga perlantikan dengan berbaju kurung, si penemuduga memuji keayuannya.
Puncanya hanya aku gatal-gatal bertanyakan tentang teman lelakinya. Air mukanya deras berubah. Dia menggelengkan kepala. Merenung lantai. Dan menitis.....
'Maaf cikgu. Sebelum ini saya tanya cikgu nampak seronok sahaja. Itu yang saya bertanya lagi.' Dia tersenyum.
'Saya tunggu dia di wad dari pagi hingga ke petang. Dia berjanji mahu datang. Mahu menemankan saya. Tapi dia mungkir. Sudah tiga minggu dia tidak dapat di hubungi. Panggilan tidak berjawab. Mesej tidak berbalas. Saya tidak tahu apa puncanya.'
Oh! Dia baru menjalani pembedahan pada minggu terakhir persekolahan.
Umurnya 28 tahun. Baginya umur itu sudah layak untuk berumahtangga. Kadang-kadang aku fikirkan dia begitu terdesak. Manakan tidak, berkenalan 2-3 minggu sudah berpacaran. Berpacaran 2-3 bulan putus di tengah jalan.
Percintaannya adalah jarak jauh. Dia di sini. Teman lelakinya nun jauh di Kuantan. Dia yang selalu berkorban. Menghabiskan wang ringgit bertemu kekasih hati. Sayangnya jodoh tiada.
Putus sebulan bertemu yang lain. Kali ini dia nampak bahagia sekali. Aku tumpang gembira. Kacak sekali pria idaman hati bila di pertontonkan kepada aku melalui telefon bimbit.
Tapi sayangnya, lelaki itu menghilangkan diri begitu sahaja. Di mana silapnya?
'Cuba cikgu ingat-ingat balik. Kali terakhir cikgu bercakap dengan dia. Ada apa-apa berlaku tidak?' Aku umpama detektif polis yang sedang bersoal jawab dengan Orang Kena Tuduh pula.
'Semua okey. Macam biasa'. Semuanya secara tiba-tiba sahaja.'
Mudahnya lelaki. Waktu kamu mahu. Dialah intan. Dialah permata. Bila sudah tidak sudi kamu campak bagai kami ini tiada bermakna.
Pernahkah kamu mengalami situasi ini? Di tinggalkan tanpa sebab dan tanpa khabar berita?
Oh Lelaki! Mengapa mungkir janji?
Nota kakitanganku : Pernah alami!!

31 kUs-kUs:
Lelaki yang mudah menggunakan wanita.!
\
p/s: never! and never!
aduhai..kesian nye...(T_T)
uih, bkn semua laki2 mcmtu.
pernah.
dan kemudian dia kembali.
meh sini kak...biar aku perkenalkan ngan seseorang...bukan aku la...
xpenah trjd mcm 2...
cuma....
d gantung xde tali..
d gantung tnpa kata putus seputus putusnya...
d biarkan aku merana krna merinduinya...
d biarkan aku idup dlm kenangan2 yg indah dngannya..
tp i2 dlu...
waduh..waduh..bisa dikocaknya debaran jantung amberrrrrrrrrrr....mana mungkin si pria sanggup meninggalkan si jelita yang sememangnya cantik macam mustika ratu...hehehe
adehh...seligi jew pale laki tue hahah
Itu bukan jodoh baginya!!!
sedeyyy sedeyyy
:(
tiba2 je ilang..pakai ilmu ghaib..haha
sabo jelah..
aku x penah..
sedih sgt bile laki tu x prnh menghargai kehadiran wanita tu sbg insan istimewa dlm idupnye...
sy pun prnh merasainye..;(
xpernah alami..
tp biaseY laki mcm tu..gakY mempergunakan ksenangan yg ada..
kdg2 yg dtg tu xikhlas..cuma skdar bmain cinta saje..dan main kayu tiga..
jd..yg prmpuan yg jd mgse hati dan prasaan..
lelaki tu bodoh...
benci jantan macam tu..
hampesss......takpe....
tedi, cakap dgn kawan ko tu..minta dia sabar dan jgn terburu2..biar ade mahalnya kita nie skit..biar dia terhegeh2 sikit....
jgn labur apa2 pada mereka...
harap dia tabah...
huhu..aku plak yang emosional..
kesiannyaaaa
2 la yg sedang ein lalui...pts tanpa sebarang kata...tanpa sebarang sebab...
kesian cikgu tu..tapi mungkin jugak ada hikmah semua ni.mungkin mmg bukan jodoh dia dengan lelaki mcm tu..maybe she deserve someone better...
penah... ditinggalkan... datang kembali n akhirnya pg :(
penah kak
memang mereka macam tu
yuki tanak komen apa2
sebak dan sedih
nak baca pon yuki tahan saja
takut
aku pernah alami situasi sperti tu.. malah lebih teruk lagi.
Allah punya perancangan yg lebih baik dari apa yg pernah dirancangkan oleh hambaNya..
itu saja kata2 yg menguatkan aku..
erkkk...aku emo bila baca entry camni...
rasa nak santau mamat tu dr jauh
tensennya jadi camtu~~~
lelaki ohh lelaki
pernah..wat kita mcam sampah..cit!!
tapi tu dulu...
hilang yg ni,mgkin akn dpt ganti yg lebih baik !
pernah!!!!!!
tapi bukan aku yg tergila2kan dia..
dan bila dia pegi...sepi tanpa punca...
takde setitik air mata aku pun jatuh...
selembut hati aku pn...tak mudah mengalah untuk makhluk yang macam tu.....
mengguriskan dan memalukan
namun bkn semua begitu
Erk? Hilang camtu jewr? Giler btol. Tak masuk akal pon ada gak.
jangan tanya beb.. sebab tu la yg en seseorag buat kat aku...
kenapa la wujud lelaki2 cam ni...
campak dlam sungai bg ikan piranha makan lagi bagus.. tu pun kalo ikan tu teringin nak makan la..
selamat gak cikgu tue ted..sbb lelaki tue tunjukkan belangnye sblm mreka ada ikatan ape2x..
pernah mengalami tapi bukan ditinggalkan ttpi meninggalkan sebab2x tertentu..huhu
sedih.. huh.. dasar lelaki.. sekejap aje dia suke, lama2 ditinggalkan plak..
Post a Comment