Sunday, December 13, 2009

Na|k aTau TuRun?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:04 AM
Hari ini bangun pagi sangat. Sebelum Subuh sudah bangun. Golek ke kiri, golek ke kanan. Mata sudah tidak mahu lelap lagi. Mahu aktifkan 'si lappy' terasa malas pula. Memandang syiling melihat cicak juga tiada.

Hari ini aktiviti makan-makan percuma masih ada. Tengah hari nanti aku pergi. Di kampung ini juga. Kawan baik masa sekolah rendah dahulu. Selepas itu mahu keluar berpoya-poya. Ha ha ha.. InsyaAllah, kalau ada kerajinan.

Okey! Itu mukadimah. Apa yang naik apa yang turun ya?

Sesi pagi ini aku mahu tanyakan kepada kamu tentang jumlah atau bilangan pelawat di blog kamu di waktu cuti teruatamanya Sabtu dan Ahad. AKu pernah terbaca di satu blog yang menyatakan jumlah pengunjung ke blog bertambah jika waktu cuti.

Bagi pihak aku pula, jumlah pelawat di blog aku akan berkurangan berbanding waktu bekerja. Aku dapat melihatnya secara terperinci melalui Nuffnang.

Kamu pula bagaimana. Adakah jumlah pelawat kamu naik atau turun di waktu cuti sebegini?

Nota kakitanganku : Amat menghargai lawatan kamu sewaktu cuti-cuti sebegini!!





23 kUs-kUs:

fiD on December 13, 2009 at 8:45 AM said...

kalu sabtu ahad memang merudum lo.. ihhhhoho

ustazah dyLLa on December 13, 2009 at 8:46 AM said...

ikut masa laa kak...kdg2 cuti2 ni ramai pulok...hehehe

Zuewairy on December 13, 2009 at 9:03 AM said...

oo.. yeka.. saya xpernah analisis plak.. nnti saya tgk..hehehe~

ween on December 13, 2009 at 9:22 AM said...

turun every weekend or bila xada update. huu.

happy sunday tedi :)

Rowena Chasez on December 13, 2009 at 9:32 AM said...

sy kalo cuti mrudum jatuh..
xtau nape...
huhuu~

fara adila on December 13, 2009 at 9:33 AM said...

dah banyak kali tukar template..sudah x taw..huhuhu

Wanita Itu on December 13, 2009 at 9:44 AM said...

emm te mmg tak ramai yang ikut te punyer blog..so sekolah ker cuti ker sama ajer heee...

Finaz on December 13, 2009 at 9:48 AM said...

cuti turun, tak cuti NAIK...

[z@ck] on December 13, 2009 at 9:48 AM said...

ahahaha..
blog ak kdg2 naik...kdg2 turun..
depends on time mana kita publish entry kot

tengku_fir21 on December 13, 2009 at 10:15 AM said...

hmm..
tak tahu pula..huhuhu...




*rindu giler blog kamu
**mcmner nl bekerja nie

mamai on December 13, 2009 at 10:15 AM said...

sabtu ahad waktu untuk berehat tapi amat penat

umi_e on December 13, 2009 at 10:15 AM said...

entahlah ya... tak pernah pulak kak e perhatikan...

eeeda on December 13, 2009 at 10:22 AM said...

Waktu cuti kurang sikit kot....

AzuanBudakPandai on December 13, 2009 at 10:33 AM said...

tak tau..yg pasti kalu x buat entry gerenti jatuh huhu

[biru][pink] on December 13, 2009 at 11:07 AM said...

tak tentu
depends pada entri kot'
hehehe

NuR on December 13, 2009 at 11:24 AM said...

jap cik tedi
nur nak gi buat kajian..

Koyuki on December 13, 2009 at 11:37 AM said...

waktu cuti blogger ramai pegi dating
takde masa nak main blog
heh

Noorlaila Mohamed Nor on December 13, 2009 at 11:42 AM said...

turun
sgt beza
sbb weekend org keluar kot
aku ja dok terperuk kat bilik

hisham on December 13, 2009 at 1:06 PM said...

i xtau naik ke turun...coz nuffnang i x letak pun...hehe...tp tgk dari segi terjahan, mmg kurang...

.millalara. on December 13, 2009 at 2:24 PM said...

huuuu.. tuka topic sket..
time cuti berat naik ohhh.. asyek jln2 cari makan saja.. lalalalalal~

Faarihin on December 13, 2009 at 10:44 PM said...

Tentang pelawat blog? saya tak bape nak prasan.. slalu tak kisah pun pasal ni.. huhuhu.. maklumlah blog kite tak femes cam cik tedi ni.. huhuhu.. (^__^)

Dak Wan on December 14, 2009 at 12:28 AM said...

Turun gak, sebab musim cuti sekolah kan? Rata-rata ramai yang masih mengharapkan internet percuma dipejabat.

@rE-LonG on December 14, 2009 at 8:46 AM said...

hahah!!
xda internet..komputer n lap top kat umah..

kat tmpat keje je la bleh tgok blog2 sume..hahah!!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting