Oh! Sejak dua menjak ini kerajinan untuk menyertai Pertandingan 'Karangan Bahasa Melayu' begitu menjadi-jadi. Ha ha ha... Okey! Terus kepada tujuan. Ini Pertandingan Sempena Satu Tahun usia blog Dunia Sebelah Zara (DSZ).
Pertama : Berikan nama yang sesuai untuk beruang putih pemberian kakak kursus aku sempena istiadat graduasi aku. Sehingga kini aku hanya menggelarnya, Encik Putih. Berikan nama dalam DUA PERKATAAN sahaja. Contoh : Adam Zarith.
-Aku beri nama ' AIYRIN BALQISH'
Sebabnya aku bagi nama ini adalah, aku tidak mahu terus membiarkan Dak Zara bersekedudukan lagi. Cukup-cukuplah dengan Adam Zarith dan rakan-rakan!!! Amat keji alasannya. Ha ha ha..
Kedua : Berikan LIMA KENYATAAN mengapa anda mengunjungi Dunia Sebelah Zara. Sama ada SUKA, BENCI atau SECARA TIBA-TIBA termasuk ke sini. Anda boleh menulis mengenai apa sahaja mengenai perkara tersebut. Aku rela. *senyum*
1. TIBA-TIBA
Aku lupa dari mana mulanya aku menceburkan diri dalam DSZ ini. Rasanya tiba-tiba sahaja. Tiada rancangan. Hanya membaca kemudian 'blah!!"
2. BAHASA 'PENING' BUAT AKU TIDAK TERTARIK
Aku jujur. Mula-mula aku baca, dalam hati aku terdetik ' Apa budak ni merepek ni?' Bahasa dia adalah definisi 'Pening' bagi aku. Sebab itu baca sepintas lalu aku 'blah' awal.
3. TUTURNYA DEFINISI KASIH SAYANG
Dak Zara selalu membalas kunjungan. Meninggalkan komen. Dan pagi-pagi ajak aku menari mengikut irama di 'Shoutbox' Ha ha ha... Aku memang memandang sepi. Dia gunakan kasih sayang untuk membuatkan kita 'memandang' dia dua kali. Okey! Kamu berjaya!!
4. AKU TERCABAR
Sehari demi sehari mengenali Dak Zara. Dia Ahli Kimia. Aku rasa tercabar. Aku Ahli Sastera ( menamakannya mengikut aliran di sekolah dulu) Ha ha ha.. Kenapa?? Kenapa??? Kenapa aku yang kononnya Ahli sastera yang mendapat A2 SPM ini 'PENING' dengan Ahli Kimia yang menulis penuh dengan gaya kesusasteraan?? Yup! Bahasa 'entry' dia buat aku tercabar dan aku katakan kepada diri 'Aku perlu ikut budak ini'. Mana boleh Ahli Sastera kalah dengan budak kimia! (budak???)
5. DSZ ADALAH DEFINISI "SEMPOI!!!!"
Tidak perlu bergambar ayu. Tidak perlu 'menepek' bedak powder atau gincu seinci! Tidak perlu bergambar seksi dengan skrit pendek. Tidak perlu bersimpuh sopan penuh keayuan. Tidak perlu memasang banner, meninggalkan ayat 'Sila berkunjung ke blog saya' 1000 kali di shoutbox, tidak perlu semua itu! Dia mampu menarik kita tanpa berkata-kata!! Yup! Terima kasih kerana aku kenal kamu.
Ketiga : Pilih satu penulisan Zara yang kamu paling suka dan nyatakan mengapa.
- Aku suka pasal cerita budak mengaji yang tidak puasa itu. Yang dia makan kuih apa itu ya? Tiba-tiba dia boleh tahu yang kuih itu sedap atau tidak sedangkan dia kata dia puasa. Ya! Dia kantoi di situ. Ekekekekeke... ( Aku malas nak cari entry itu. Tapi ada kan?)
Keempat : Lengkapkan slogan ini."Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan ................"(tidak melebihi 20 perkataan)
Dunia ini memberikan seribu rasa dalam satu. Segalanya digabungkan menjadi satu ayat iaitu 'Hidup ini perlu dinikmati selagi Allah beri izin untuk bernafas'
Selesai!
Nota kakitanganku : Cukup syaratkan?
15 kUs-kUs:
Cha yOk2!!sMoga bjya tEdi..
owh..kt xmampu bersastera n bkrangan..hampagas je nnti..huhu
hehehe~
budak Razif itu kan?
ada2~
hehe~
aku akan perangkap kamu dalam pelukan kasih sayang~ bleh tak statement camtu?
LOL!
BTW, kamu kalau rajin, boleh letak banner kat sidebar~ (itu syarat tu) muahahaha~~
gud luck ted n hepi anniversary to DSZ..:p
good luck kak...
yah itu die tedi
kasi menang tedi!!!
bahasa urdhu tak boleh ker tak bahasa kucing hehehehehe
selalu fail BM masa sekolah dulu
ehehe.. rajin mengarang neh..
aku x join2 lg contest lord zara ni..
tercabar ni..
ahaahaa
semoga berjaya
hadiah kita kongsi bersama
hehehehe
nak aku join tak ted kontez ni??
gud luck tedi.. :)
ps: tedi header ko 2 sweet ar... :)
aku suka...
aku nak doakan kejayaan ko tapi aku pun masuk juga contest nih
perlukah aku busuk hati doakan kegagalan ko?
hahaha..
rezeki di tangan Allah so aku doakanlah ko berjaya(sedikit kurang ikhlas)
hahaha
Salam cik tedi..
mari martabatkan bahasa melayu..
huhuhu..
bagi nama aliff firdaus.. (^__^)
bravo...
kRina suke ni...
moga berjaya Ted..
akan join nanti
huhu
all the best
Post a Comment