Kami banyak mempunyai waktu senggang hari itu. Dia sebagai guru bertugas di waktu cuti dan aku sebagai Jaga Sekolah. Jaga? Banyak masa terluang. Keji!!
Masih dengan orang yang sama. Namanya sangat indah. Aduhai... Bimbang pula aku dia membaca ini. Pasti di amuknya aku nanti!! Ha ha ha...
Berbicara dengannya seolah kamu sedang berbicara dengan seseorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Bila sahaja aku ucapkan tahniah kepada dia kerana lulus Temuduga Perlantikan Guru Tetap, ucapan pertamanya ialah "Alhamdulillah". Aku terkesima!!
Ucapan InsyaAllah, MasyaAllah sentiasa dia selitkan dalam perbualan secara spontan. Kadang-kadang aku menepuk manja bahunya dan berkata 'Cikgu ni!!'
"Maaflah Za, saya sudah terbiasa!!'
Kami bercerita lanjut. Kali ini tentang keluarga. Ibunya telah pergi tiada kembali. Kanser sebagai pembunuh.
'Ada satu perkara yang paling saya kesali sekali seumur hidup saya'. Ucapnya.
Murah benar airmatanya hari itu. 'Maaf cikgu. Asyik buat cikgu menangis sahaja hari ini.' Ucap aku menyesali.
'Eh! Tidak! Seronok berbual dengan Za.'
Dia bercerita. Ibunya mengidap kanser. Serangan pertama berjaya di lalui. Ibunya sihat seperti sediakala.
Namun sebenarnya kanser itu menyerang lagi. Ibunya mendiamkan diri. Tiap kali pulang dari membuat pemeriksaan doktor, bila di tanya si Ibu hanya menjawab ' Doktor kata semuanya normal. Sihat. Tiada apa-apa'. Dia percaya bulat-bulat.
Bila ibunya jatuh pengsan, berada dalam keadaan nazak. Dia betul-betul menyesal.
'Bodohnya saya. Saya akan rasa menyesal seumur hidup kerana tidak menemani emak membuat pemeriksaan doktor. Setiap kali pemeriksaan emak akan pergi seorang diri. Bila balik, emak akan beritahu' Doktor cakap semuanya okey'.
Sebenarnya kanser itu menyerang buat kali kedua. Si Ibu takut untuk membuat rawatan lanjut. Jadi, di rahsiakan dari pengehtahuan semua.
'Za, jika ibu kamu tidak sihat, jangan biarkan dia seorang diri menerima rawatan. Dengar penjelasan doktor sama. Ibu, selalu tidak mahu orang lain risau akan dirinya. Sedangkan dalam masa yang sama dia bertarung dengan kesakitan yang amat sangat!!'
Yup! Itu pesannya buat aku. Aku sampaikan kepada kamu juga.
'Airmata darah sekalipun tidak akan dapat membasuh kekesalan saya'.
Nota kakitanganku : Sudah kamu tanyakan khabar ibumu hari ini?

33 kUs-kUs:
bergenang air mata membaca n3 kali ini :((
* betul kata... janganlah lupa untuk menemani ibu ketika dia mendapatkan rawatan doktor... ibu yanag melahirkan kita cuma satu saja...
erm.. mekaseh untuk peringatan tu...
mak cehat jek rini...
em, sedih.....
salam....kak,
jaga sekolah? biasalah kak..
al pun kena bertugas jugak.
ya..betul tu tedi..
biasanye orang tua slalu xnak bagi kita risau..pahtu cakap xde paper..
arwah mak aku dolu camtulah...mula2 demam, cakap xde ape2, demam biasa je..padahal..sampai melarat-larat..dan sampailah dia xleh bangun..
baru pas sembang2 ngan mak...alhamdulillah setakat ni cheqna msh setia menemani mak sekiranya mak perlu ke hospital...
sedehnyer bile dgr cite ni..xsnggup rs nyer nk biarkan mak niesz sakit mcm tu..dulu mak niesz xcident pon,rase mcm niesz da ley nk idup..sbb niesz syg mak niesz sgt2..kite yg masih ade ibu ni kene la sentiase beringt..jgn menyesal d kemudian ari..niesz sentiase ingtkan diri niesz sendiri..
kalo lah i jd si anak...fuhh..x terbayangkan cmner...namun mgikut hukum alam si ibu akn pergi jua..x snggup nk hadapi saat2 tu..
alhamdulillah..setakat ni kite or adik beradik akan menemani mak kite klu buat checkup ngn doktor..ayah pun ikut tapi mak klu xde anak disebelah, die cam tak berani nak jmpe doktor..so berbaktilah selagi masih ada..
ttba teringat ngn arwah yasmin ahmad..
" kalau boleh saya nak mak mati dulu dari saya, supaya saya boleh jaga mak dengan sempurna sehingga akhir hayat mak "..
sedih rasenya kate2 tue..
oh,rindu nya kat mak.. !
lebih2 lagi bila fikir yg parent da makin berusia..~yela,mmg kita smua akn trus berusia...tp bila fkir parent yg mkin berumur ni,mcm2 la kerisauannya...lbih2 lagi bila duk jauh...
jom sma2 jdi anak yg baik !
siannyerrr..
sedihya tedi aku baca..
mak duduk serumah dengan ku~
sedih plak.. tapi itulah perkongsian yg baik.. ibu dan kita pun sbg ibu kita fhm maksudnya :)
ngeee!
mish my mum.
sbb aku kurg rapat dgn mak.
lebih pada abah.
Begitu lah sifat ibu... tapi kita pantang ada masalah bercerita dengan ibu....
tidak ibu..
Takut kita risau...
Takut menyusahkan kita ambil cuti...
Buatlah kebajikan sementara ibu masih ada....
jap nak kol mak aku jap..
(sedey)
ades sedey lak aii...
kesat air mata jap....
itulah ibu.. die sakit xpe.. jnji org lain bahagia..
adakalanya kita rasakan itu tidak penting sehingga kita kehilangan
Waaa, wak sedih la lu,,
tp Mom x penah p klinik,
sehat walafiat lg.,
heheh.,
klu skit, nnt I temankn.,
TQ, bg tipss
Salam..
sangat2 sedih.. T__T
saya sayang mak saya..
hargai selagi emak kita ada di sisi kita..
syg bunda amat2!
:( sedih............
mak dok jauhhhh..nak makkk sobsob
WAwawa..tEdi..mLm td tel mak..pastu msg mak..
pastu..nangis..cuz mak excident..kt xbrada dsmpiG mak..
skrg mak skit kat umah..kT xda tman mak n tlg jge mak =(
sgt2 kcewa dgn diri sndiri.. =(
huh sedihnyerrrrr...rindu kat mak walaupun baru jer jumpa minggu lepas.. :(
mami te ada sini..peluk peluk...
meleleh airmata aku pagi ni...smlm dh meleleh jgk...adoiii...
uwaaaaa...sedihnya tedi..teringat mak saya..dah lah mak selalu ade appointment kat ospital..saya tak temankan abah saya yang temankan..hari2 sy tanya kabar mak saya...
weh tedi.. ko buat aku menangis beb... malu ni.. dh la kat dlm lab com.. teringat lak kat mak aku...
sedihnyaaa.....sayangilah ibu kita selagi dia masih hidup...
Post a Comment