Friday, December 11, 2009

MemuJuk OranG MeraJUk...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:09 PM
Aku memang tidak suka pujuk orang. Tetapi jika aku merajuk, sila pujuk aku! He he he.. Keji sungguh kenyataan ini! Macam tidak adilkan? Macam mengada-ngada pun ada. Okey! Aku boleh pujuk, tapi ada hadnyalah.

Ahad lepas, adik merajuk dengan aku. Puncanya aku tidak mahu pergi kenduri Tahlil di rumah pakcik aku yang selang 6-7 buah rumah sahaja. Dia memang macam itu. Kalau aku tidak pergi, jangan haraplah dia mahu pergi.

Aku tinggikan suara pada dia, terus dia buka tudung tidak mahu pergi. Aku yang separa ikhlas sambil membebel macam 'maknenek' akhirnya bersiap dan pergi juga.

Sejak itu adik tidak tegur aku. Aku tanya apa-apa pun dia acuh tidak acuh sahaja. Aku malas mahu layan. Tapi masuk hari kedua aku rasa lain macam. Sebabnya selalunya apa-apa sahaja dengan dia. Bila sudah tidak saling bertegur, rasa lain pula.


Semalam ingatkan mahu ajak dia tengok wayang. Anak buah aku pula datang. Aduhai! Malam tadi aku tengok Filem Upin dan Ipin di TV9. Aku sudah tengok cerita itu. Tapi bila dia tanya, aku cakaplah aku belum tengok. Buat-buat tidak tahu jalan cerita. Mahu juga dia berbual dengan aku. He he he...

Jadi petang ini aku ajak dia ke Mydin. Aku beli barang sedikit dan belanja dia makan. Dia sudah okey sepenuhnya. Alhamdulillah.. He he he he..

Adik beradik tidak ramai, jadi bila ada yang merajuk , memang aku terasa betullah!!

Jika kamu, kalau adik beradik merajuk atau terasa hati apa yang kamu buat?

Nota kakitanganku : Mengantuk!!




26 kUs-kUs:

eeeda on December 11, 2009 at 8:34 PM said...

Aku biarkan je... memang bab pujuk memujuk aku tak pandai....

miszgarfien on December 11, 2009 at 8:55 PM said...

wat xtau je...sbb nnt adik2 akn cr ein blk..hehe

cheryna zamrinor on December 11, 2009 at 8:58 PM said...

adik beradik aku yang lain lelaki. merajuk tak lama. selalunya kalau touching, kami gelakkan ramai2. emo tak jalan dalam rumah nieh...ehehe...

Anonymous said...

MERAJUK MANJA SESEKALI APE SALAH NYA...

--ALIA a.k.a Pingkeyblogspot.com--

ain fathihah fhm on December 11, 2009 at 9:09 PM said...

merajuk?

sila lah pujuk diri sendiri. hehe

imHepPie on December 11, 2009 at 9:13 PM said...

wahh beshnya..adik kamu prangai sama cam daku ahaha

Tengku Speki on December 11, 2009 at 9:18 PM said...

hehehe alhamdulillah ok la tu

erk erk..
aku paling tak suka kalau lelaki yang merajuk.. mengada2..!!

nasib baik perempuan adik ko tedi

ZUE SMILEYX5 on December 11, 2009 at 9:36 PM said...

zue pown x pndai nak pujuk org..hurm..

Unknown on December 11, 2009 at 9:39 PM said...

aku nak pujuk chem???uh???malas aku...ahahhaa..

Maiyah on December 11, 2009 at 9:40 PM said...

majuk ni sronok gak.. dpt perhatian heeee..

wanita mutalib on December 11, 2009 at 9:48 PM said...

te pun tak pandai pujuk orang gak teheheheheehehhe..

tp te kuat merajuk gak rasanyer lalaalalalalalala.....

hans on December 11, 2009 at 10:03 PM said...

buat tak tau
haha

Anonymous said...

adik bradik mrjuk ?? oh,slalu nya mmg wt2 xtau..x lma pas tu,ok la blik..hehehe..

tp pnah la gdo ngn adik,smpai 2 mggu kot x ckp sgt..susah2..sma2 keras ati..

Zura Hasan on December 11, 2009 at 10:23 PM said...

merajuk???

ermm..alamatnye merajuk la smpai lobam...

kite mmg tak pandai nk memujuk nie...slalunya diorg akan dtg cari kite balik...hehehe..

hisham on December 11, 2009 at 10:25 PM said...

u blnje je dorang mekdi...hehe

Faarihin on December 11, 2009 at 10:41 PM said...

salam cik tedi..

sy pun slalu gak camtu..

slalunya.. kejap aje gadonyer..

lepas tu nanti..

salah sorang uat2 lawak sengal jap..

pastu baik lah.. huhuhu..

gado adek badek tak kemana..

lama2 jauh.. akhirnya bersatu jua.. (^__^)

Unknown on December 11, 2009 at 11:01 PM said...

aku pun lbih kurang sedikit dan sebanyak mcm ko gak la.. haha~~ tpkan aku sbgi adik dan ko pulak sbgi kakak kan..


sbgi adik, aku mmg pantang tok nenek aku bila akak aku tengking atau tinggikan suara kat aku.. nk bg penyepak, akak aku pulak tu...x bg rs mcm dh ringan nak bg... dah tu camne...

ILA HonEyBuNNy on December 11, 2009 at 11:17 PM said...

ala...nti dia ok la tu..diam kan lbh baik..ihiihih

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on December 11, 2009 at 11:27 PM said...

emm.. merajuk?
tapi selalunya adik beradik ku mcm tak mengerti jee..
sadis tul pengakuan ni..

a.z.r.i.n.a.03.07 on December 11, 2009 at 11:45 PM said...

laa dah lama tak bertekak adik-beradik... masa kecik2 dulu adalah...kRina mulut laser gak ni..hehehe..

tak ingatlah pulak camne boley baik semula...

ItaJeff on December 11, 2009 at 11:46 PM said...

Salam Cik Tedi...

tak pandai memujuk..sbb kita tak suka merajuk...:P

umi_e on December 11, 2009 at 11:47 PM said...

Kak e BUAT BODOH je ler :p

DramaQueen on December 11, 2009 at 11:52 PM said...

ah..klu adik aku merajuk, aku cakar muka dia kasi jadi muka siamang kutub..ekekekeke..

adik beradik aku 3 , diambil Allah, tinggal 2. hanya aku dan adik perempuan aku yg tinggal. itu lah yg busuk, itulah yg wangi.. itulah baki darah aku yg ada di muka bumi ini.. :'( sudah pasti lah aku sayang adik aku.. dan selalunya, aku lah kakak yg baik..yg selalu beralah.. ehchehhh.. terover perasan puji diri sendiri bajet macam aku ni baik giler..ekekeke..

lel on December 12, 2009 at 12:44 AM said...

wahhh bestnya
nak merajuk jugakla

white rose on December 12, 2009 at 1:12 AM said...

urm...sy wat xtau je...xlama tuh dorg sendiri dtg kt sy...haha

Dak Wan® on December 12, 2009 at 3:22 AM said...

Buat bodo jewr...... maklumlah;


"Akukan Abang!"


Heheheh

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting