Thursday, December 10, 2009

Lag|-Lag| B.U.L.|......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:24 PM
Photobucket

Yup!!

B.U.L.I

Ini bukan filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Ini adalah buli dalam definisi pekerjaan. Semalam, staff yang menggantikan aku di pejabat lama menelefon. Dia terus bertanya.'Za, kau dulu kat sini ada kena buli tak'? Aku ketawa mendengar soalan itu. Kakak ini adalah lantikan baru.

Dia terasa di buli oleh ketuanya iaitu bekas ketua aku dahulu. 'Semua kerja dia mahu cepat. Lepas itu, bila masa mahu hantar pada Bos, dia yang hantar. Pujian semua dia dapat.'

'Itu bukan buli kak, itu nak dapat nama'.

' Dekat semua 'Invoice' kroni dia, dia akan taip 'SEGERA'!! Terkocoh-kocoh akak buat. Lepas itu asyik tanya dah siap ke belum. Tekanan tahu tak??'

'Semua kerja dia beri akak. Bila akak tanya dia macam mana mahu buat dia suruh tanya orang lain. Kerja mahu cepat tapi tak tahu buat!! Apa guna jadi ketua?'

Aku akui itu. Ketua sepatutnya tahu tugas-tugas anak buah. Apa yang perlu di buat. Prosudernya. Bila anak-anak buah bertanya, tahu jawapan pada masalah. Bukan semua perlu di letakkan di bahu kita. Jadi, apa gunanya ada dia?

Aku adalah seorang yang tegas a.k.a menjawab jika aku rasa aku di pihak benar. Oleh itu bekas ketua itu tidak berani untuk membuli aku. Jika dia bercakap A, aku akan cakap A-Z. Dia akan jadi mati kutu. Semuanya kerana banyak kerja yang dia tidak tahu buat. Jadi dia tidak boleh berdebat lanjut. Dan dia akan kalah.

Bila dapat staff yang baru lantik. Yang zero dalam kerja. Automatiknya dia akan jadi kaki B.U.L.I!!

Aku pesankan kepada kakak itu, 'Menjawab jika perlu. 'Invoice' yang sampai dahulu di dahulukan, kemudian di kemudiankan. Jangan sebab kroni dia dapat bayaran dahulu. Buat kerja kena berani. Jangan takut-takut. Jangan mudah di tindas orang! Jangan sebab dia ketua kita perlu tunduk dan akur walaupun ada perkara yang silap!'

Di sini pun aku masih membawa sikap tegas aku. Sampaikan Bos aku pun sudah naik menyampah dengan aku. Ha ha ha .... Semua kena sempurna. Tidak boleh 'cin cai'!! Kalau mahu suruh aku buka cek, semua perlu ada. Nota minta, Surat Pesanan, barang, invoice baru boleh buat baucer bayaran. Kau jangan mahu suruh aku tulis cek dahulu invoice kemudian barang pun tidak nampak bayang!! Kirim salam!!!

Itu yang Bos aku mati kutu dengan aku sebab staff yang lepas semua boleh sahaja!!! Dapat yang ini mengalahkan Bos pula!!Ekekekekeke..

Eh! Kamu pernah di buli atau kamu itu yang kaki buli??

He he he he

Nota kakitanganku : B.A.L.I.B.E.L.I.B.U.L.I




31 kUs-kUs:

Maiyah on December 10, 2009 at 2:38 PM said...

rasanya katne pun mslh sama, slalu dgr camni dr sedara n adik bedik pasal boss nk sruh siap keje atau jgn balik :D

zns on December 10, 2009 at 2:45 PM said...

eii..nyampahnya kena buli...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ on December 10, 2009 at 2:47 PM said...

tak baik buli membuli ni...amalan yang tak bagus ...huhuhu

wanita mutalib on December 10, 2009 at 3:21 PM said...

masa kerja bank dulu selalu gak kena buli..

moral ~ tak baik buli bulikan...

jangan kerja untuk saya....mari kerja sama-sama heeeeee...

oranglidi on December 10, 2009 at 3:25 PM said...

WA PENAH BULI JUNIOR.

Anisa on December 10, 2009 at 3:30 PM said...

buli balik
haiyak!

[s][u][e][h][a][n][n] on December 10, 2009 at 3:37 PM said...

buli kerana benar..eh betul ke aku tulis ni :p

Dee on December 10, 2009 at 3:42 PM said...

slalunya aku yg buli..aku buli sbb aku nk org tu buat keje perfect cam aku..mcm ko..xde benda2 tu semua..jgn harap aku nk issue cek..smpi customer call aku jerit2 n ugut2 aku..ingat aku takut?

yelah..xkan nk byr je brp org tu ckp kita utang dia..kasilah statement of account..kalo betul..aku byr..kalo x bg statement..kemsalamlah..

@reLong on December 10, 2009 at 3:43 PM said...

Tedi..
agak2 kT ni dkategori kene buli gak tak?

kT kdg2 xda kje..org asik mntak tlg kt..

tp org lain xda kje..dia xmntak tlg pn..maybe sb ktorg ni baik ati sgt..

tp xkisahla..slagi xmggaGgu keje hakiki kt..kT leh tlg slagi tmampu..hoho

Faarihin on December 10, 2009 at 3:57 PM said...

Salam cik tedi..

saya baru aje habis membaca novel aku mahu buli.. best gak baca buku kekanak ni.. hahaha..

kesiannya kat kawan cik tedi itu..
ini kes bos amik kesempatan btul.. mentang2la bos.. sesuka ati aje nak arahkan memacam..

jawabnya harus sabar ajelah..

CITY® on December 10, 2009 at 3:59 PM said...

huh!!

bagus kalo tedi mampu kata tidak!
mampu kata tak nak?

i pun pernah rasa dibuli
oleh boss la kan
rasa nak nangis, mmg nangis dah pun
rasa nak meletup jerk depan dia, rasa nak hentak meja dia
huwaaaaaaaaa
tapi
geram gak la

kena jadi kuat
agar org tak pijak kepala kita
kan kan

hans on December 10, 2009 at 4:23 PM said...

yups betul
kadang2 kena tegas kalau tak orang pijak kepala kita

[z@ck] on December 10, 2009 at 4:30 PM said...

ak rasa ak ad potensi untuk dibuli saja nnt..
huhuuh..
kna la bt muka cenge'kan..

Murni Alfathunnisa on December 10, 2009 at 4:39 PM said...

i buli staf yg cincai & malas wat keja...yg rajin i syg..malah sanggup tlg menolong dgn mereka2 ini..:-) hihi. kamu ada prinsip! i suspek org cm kamu...kroni2 sume leh ke tepi, xde masa layan!

Unknown on December 10, 2009 at 4:44 PM said...

biasa la kroni dan kronokrom....cess sungguh...

mamai on December 10, 2009 at 4:44 PM said...

jgmn biar kerja kamu dibuli

Unknown on December 10, 2009 at 5:47 PM said...

buli??ahaha..kerani kat skolah dolu buli aku ada lah..ahaha..sebab aku muke innocent je..keke..

imHepPie on December 10, 2009 at 5:58 PM said...

aku inesen x penah dibuli n membuli a=ahaha

Amal on December 10, 2009 at 6:21 PM said...

dulu aku selalu kene buli dgn 3 org kakak aku!
=(

on December 10, 2009 at 6:22 PM said...

rasa nyer kat mana2 opis pun ada kes buli membuli ni.....

Watierman on December 10, 2009 at 6:35 PM said...

Masa sekolah dulu ada kot!!!Malas nak ingat...sangat pedih!!!

sue-ab on December 10, 2009 at 6:48 PM said...

AKU?BULI ORG??OOOO...BIASA....HIKHIKHIK...tapi skang anak2 ikan kering aku dah pandai...dia tau kalau aku tgh buli diaorg..hikhikhik...

Anonymous said...

buli...hurm..bkn stkt sudut fizikal je..buli dari sudut mental ad dk..
contoh yg ak rs leh dikategorikan sbg buli mental adlah cm org yg berlagak annoying n pndang rndah kt org len..

bbg ak la,mnde2 ni pn kategori buli,n sumpah menci gile ngn spesis pembuli mental nih !

Anonymous said...

buli...hurm..bkn stkt sudut fizikal je..buli dari sudut mental ad dk..
contoh yg ak rs leh dikategorikan sbg buli mental adlah cm org yg berlagak annoying n pndang rndah kt org len..

bbg ak la,mnde2 ni pn kategori buli,n sumpah menci gile ngn spesis pembuli mental nih !

Anonymous said...

buli...hurm..bkn stkt sudut fizikal je..buli dari sudut mental ad dk..
contoh yg ak rs leh dikategorikan sbg buli mental adlah cm org yg berlagak annoying n pndang rndah kt org len..

bbg ak la,mnde2 ni pn kategori buli,n sumpah menci gile ngn spesis pembuli mental nih !

sueanne on December 10, 2009 at 7:58 PM said...

bagus arr cmtue ted..tegas n tetap ngn pendirian..kite kalau org tue suruh lebih2x, mau meletup gak la..hehehe

Solehah on December 10, 2009 at 8:39 PM said...

aku x suke kene buli

DramaQueen on December 10, 2009 at 11:34 PM said...

kerana kes buli la aku terdampar seperti duyung seksi hari ni..okeh...
aku sangat stress sehingga menjejaskan kesihatan aku!

Anonymous said...

ko dah layak jadi ketua neh
hehe

white rose on December 11, 2009 at 10:26 AM said...

dua2 skali...plig kekal adalah KAKI BULI...hahaha

Anonymous said...

Jangan ambik pot sangat ngan kaki buli. Don't worry, be happy. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting