Friday, December 11, 2009

kEkas|h MaT| D| haDaPan MaTa. Ya! SungguH Trag|s....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:34 PM
Photobucket
Gambar dari emel.

Pernah kamu mengalami situasi begini? Atau pernah kamu menyaksikan situasi tragis di mana teman wanita mati di hadapan mata? Pagi tadi aku menyaksikan satu peristiwa yang amat tragis. Pagi Jumaat yang paling terkesan di hati. Masih terbayang-bayang akan sebuah kehilangan yang berlaku.

Aku keluar rumah seperti biasa. Memandu pada tahap minimum. Maklumlah, jalan kampung bukan Litar F1 Sepang! Di hadapan aku sepasang kekasih sedang berkejar-kejaran. Aku berhati-hati. Si Teman Lelaki berhenti di tengah jalan di laluan aku. Si Teman Wanitanya pula berhenti di tengah-tengah jalan di laluan bertentangan.

Aku memberhentikan kereta tanda mahu memberi penghormatan kepada mereka berjalan dengan selamat. Tiba-tiba sebuah kereta yang di pandu laju macam 'jalan ini bapak kau yang punya' berdesup melanggar Si Teman Wanita! Ya Allah!! Tanpa rasa bersalah terus memecut laju. WTH!!!

Aku tertinjau-tinjau. Si Teman Wanita sudah tidak bernyawa dalam sekelip mata. Si Teman Lelaki merapati. Aku terkesima. Elok sahaja dalam beberapa saat tadi mereka sedang bergembira. Simpati aku terganggu bila mendengar bunyi hon kereta di belakang. Aku berhenti di tengah-tengah jalan!

Kepada Pemandu Durjana Kereta Wira Warna Merah!!!

Ya! Mereka hanya sepasang ayam. Mereka juga seperti manusia. Tiada nyawa kedua. Tiada talian hayat. Jangan kau ingat kau langgar botol yang bersepah di tepi jalan! WTF kau bawak kereta macam pelesit!! Ini jalan kampung! Bukan Litar Sepang!! Sekali lagi aku jumpa kereta kau dan kau bawa macam 'jalan ini bapak kau yang punya' memang aku simbah kereta kau dengan cat 'Geliden'!!!!

Moralnya : Bawa kereta mengikut situasi tempat kamu berada!!

Nota kakitanganku : Tali leher yang kau pakai itu, jerut sahaja di leher!!!





30 kUs-kUs:

Tie on December 11, 2009 at 1:11 PM said...

Err.... senang sangat nak langgar ayam ? Kat sini memang kerap juga ayam dok lintas jalan.. tapi, ayam cepat bertindak.. tak pernah tengok ayam kena langgar..

PN[asam]pedas on December 11, 2009 at 1:15 PM said...

huh saaangat kesian:..
perpisahan terasing:..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ on December 11, 2009 at 1:20 PM said...

sadis..kesiannya...
btol la orang tu tak berperikebinatangan ...huhu

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on December 11, 2009 at 1:36 PM said...

mau nangis kalo nur ada di tpmt tu.
terkedu dan terpaku di situ.

adeh..
cat geliden?
warna ape tuh..

cheryna zamrinor on December 11, 2009 at 1:36 PM said...

pernah tgk anak kucing merapati bangkai ibu yang tak bernyawa. lepas tu dia pon hilang nyawa. datang kereta kedua.

ntahlah..susah nak cakap.
sebab nyawa binatang, bukan nyawa manusia agaknya. tuh pasal diorg tak kisah.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor on December 11, 2009 at 1:42 PM said...

salam ziarah

Unknown on December 11, 2009 at 1:46 PM said...

telur ayam?

tali leher, jerut di leher..pahtu serek di atas jalan raya, baru dier rasa perit..

Murni Alfathunnisa on December 11, 2009 at 1:50 PM said...

kesian..:-(
tkde hati perut driver keta tu!
mmg ada jenis driver tk guna kepala otak, memandu macam kat circuit & ikut perasaan. org x brsalah yg jadi mangsa..

Ibu Ammar on December 11, 2009 at 2:15 PM said...

tak patut, dush! debik ja owner wira berkenaan..

Yuki Yusuf on December 11, 2009 at 2:18 PM said...

kasi gantung sama die
gantung lesen

lel on December 11, 2009 at 2:20 PM said...

ayam pun
mana boleh langgar suka hati
xde hati perut langsung

QuEeN Of 2 Heroes on December 11, 2009 at 2:22 PM said...

erk! langgar then blah cam tu je...kejamnya...
mane bole bawak keta menonong suka hati je...

sesibO on December 11, 2009 at 2:23 PM said...

tiada berperikebinatangan langsung itu orang.....

.millalara. on December 11, 2009 at 2:29 PM said...

haiyok3... tragis dan menusuk kalbu sungguh ohhh~~~

ŝŐŦĩŷĂ ʷˡͭʱ♥♥ on December 11, 2009 at 2:47 PM said...

biar btl???
tapi knp dorg main kejar2 kat tgh jln??mcm dh xde tmpat lain..dh takdir kn..klau dh ajal kat taman bunga pn leh mati btl x..tapi kesian la..

Zuwairi on December 11, 2009 at 3:00 PM said...

adus.. tragisnyer.. soheh ke cite nih?? ciannya..

Unknown on December 11, 2009 at 3:06 PM said...

kisah cinta antara haiwan menyedarkan kita...manusia tiada lagi peri manusia...

Maiyah on December 11, 2009 at 3:20 PM said...

mngkuk kemek tul le.. slamba je

imHepPie on December 11, 2009 at 3:25 PM said...

aku terpikjak semut pon rasa besalah apatah ayam hehe

dilot on December 11, 2009 at 3:27 PM said...

kenape ko xamik gambar kete dia tedi..letak dlm blog..

Neeza.Areef on December 11, 2009 at 3:31 PM said...

aku x penah mengalami..tp aku dpt bayangkan melalui penceritaan ko..trajisnyer..wpn awek tp dia manusia marr..ape ke manusia yg melanggar tu..isk isk

wanita mutalib on December 11, 2009 at 3:32 PM said...

sampai hati??!!

Cik Cookie on December 11, 2009 at 3:44 PM said...

kesimpulannnya jangan melintas seperti ayam

umi_e on December 11, 2009 at 5:21 PM said...

suspen seyyyyyyy :p

* walaupun ayam, tetap mahluk bernyawa :(

** standby telur ayam dalam kereta - kalau nampak si kereta merah memecut lagi, lemparkan telur ke keretanya :|

dEwIchEnta on December 11, 2009 at 5:21 PM said...

akak :(( mati2 den igtkan org yg kena langgar #-o den igtkan lelaki tu lari nk pujuk awek die nak bunuh diri tgh jln #-o skali ghupe2nye ayam main kejar-kejar :(( akak ni kan b-(

tp kan.. sian eh ayam tu :( den kek sini, kucen slalu jalan lenggang lenggok tgh jalan :-< seriau tgk diorg ni la :-<

Anonymous said...

nti kt kiamat,ayam tu dtg cri blik driver kete tuh..nah...baru tau..

Faarihin on December 11, 2009 at 10:47 PM said...

salam cik tedi..

errr.. pukul bape kejadian itu berlaku?

tapi cik tedi keluar pagi2 buta kan..

hehehe..

a.z.r.i.n.a.03.07 on December 11, 2009 at 11:50 PM said...

berderau darah tadi...ingatkan orang...

takde akal apa orang tu?

white rose on December 12, 2009 at 1:15 AM said...

masya'Allah...

Dak Wan® on December 12, 2009 at 3:20 AM said...

Sebenornya tali tu tali gantung dan mamat tu baru lepas lari dari lokap. Tu yang laju tu.

Bagero nya orang.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting