Wednesday, December 16, 2009

c|nTa aTau HarTa?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:35 PM
Membaca berita yang tengah panas sekarang ini buat aku fikir sejenak. Jodoh itu sudah di takdirkan atau kita yang sengaja mencari masalah? Adakah jawapan 'standrd' 'Telah di takdirkan oleh Tuhan' menjadi jawapan tradisi?

Aku membaca kisah 'pernikahan' artis Zizie Ezzette dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin. Walaupun tuan empunya diri sendiri menafikan akan khabar angin itu tapi sebilangan ahli parlimen sudah di jemput untuk menghadiri majlis resepsi. Apakah?? Beritanya kamu boleh baca di Mstar Online.

Kadangkala kita selalu berdolak dalik pada sesuatu perkara yang benar. Mengapa? Kata orang jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai! Tetapi jika degil juga ingin berumah di tepi pantai, bersedialah menghadapi segala kemungkinan.

Ah! Jika ada pilihan, tidak perlu mengguris hati wanita lain untuk kebahagiaan hati kita. Apakah sebenarnya yang kita cari? Bahagia atau harta? Sehingga sanggup melihat orang lain kecewa dan derita?

Jika kamu, sanggupkah melukakan orang lain demi kesenangan hati sendiri? Berkekalankah kebahagian itu? Akan berulangkah kejadian itu kepada diri kita pula suatu hari nanti?

Nota kakitanganku : Benar! Segalanya ketentuan Allah.





29 kUs-kUs:

Tengku Speki on December 16, 2009 at 8:53 PM said...

aku rasa zizie ezette nak harta je...

hueuhuehuehuehue

Tie on December 16, 2009 at 9:01 PM said...

Err... kak tie sengaja tak baca kisah dia tu. Tapi tak tahulah niat di hatinya..

Kalau dah jodoh dia, kita pun tak dapat buat apa-apa.. Perkahwinan ni tak boleh dipaksa-paksa.. kena sama-sama suka.. jadi tak bolehlah nak salahkan satu pihak je.. yang lelaki tu pun tentu ada agendanya sendiri, kan...?

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on December 16, 2009 at 9:05 PM said...

aa baru tau tadi masa tgk berita
huhu..dia cantik,putih gebu pasti jadi idaman para jejaka dan bapa jejaka..

Unknown on December 16, 2009 at 9:11 PM said...

hmmm.. susah gak nak kata kejar harta @ cinta.. bergantung pd individu tu sendiri.. kalau kejar harta for sure tak bahagia..rasa tak tenteram je hidup..
selalunya kalu kita mengecewakan org lain, kita akan merasainya juga.. tuhan tu maha adil..

Ibu Ammar on December 16, 2009 at 9:12 PM said...

tepuk dada tanya sama hati..tepuk dahi tanya sama akal fikiran..

bina bahagia dari kesakitan org lain..->what u give u get back..

Ms.Lilies on December 16, 2009 at 9:17 PM said...

mencik ngan jwpn standard camtu....apa2 semua takdir Tuhan...
tak rasa bersalah ke ek selalu guna ayat tu

Bulan Dilangit Osaka Biru on December 16, 2009 at 9:19 PM said...

hurmm...org yang selalu berbuat begitu adalah org yg tidak punya hati

Shyda luv Radzak on December 16, 2009 at 9:26 PM said...

artis mmg gitu..selalu menafikan kebenaran..tkpe,just tunngu n lihat..

Maiyah on December 16, 2009 at 9:28 PM said...

biasalah artis nih.. nak2 dgn ahli politik.. nk jaga itu dan ini.. naik malas nk tgknya :(

Unknown on December 16, 2009 at 9:54 PM said...

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini.

ok..aku nk tergelak yang nih dolu..sorilah kalu aku ketawa nih..tp aku memang nk gelak...

mmm...skew menafikan..tp aku pong rasa dier nk harta je..cinta lah konon...kenapa eh aku x dengo lagik artis kawin dengan penjual air tebu ke kerana cinta?kenapa mesti ngan ahli politik aje..aish!!!

Unknown on December 16, 2009 at 10:06 PM said...

kalo aku ditempat dia, mungkin aku kawin kerana harta kot.. haha

perghhh tak leh tahan...

mcm takda mknanya je perkahwinan tu

umi_e on December 16, 2009 at 10:08 PM said...

siapa yang tak nak harta???

* kalau kak e pun nak juga hehehehehe

cuma kalau boleh berdoalah kepada Allah SWT agar kita tidak 'mengambil hak orang' sehingga melukakan insan sejenis...

** kalau dah jodoh apa nak kata kan.... :p

sharamli on December 16, 2009 at 10:12 PM said...

ad 0rg lukakan hati cek tedi ke ni

lel on December 16, 2009 at 10:28 PM said...

dah dapat kad tapi pengantin tak mengaku?
aduhaiiiii

Mamai on December 16, 2009 at 10:43 PM said...

kalau pasal artis nie aku kurang ambil tahu

Zuwairi on December 16, 2009 at 10:45 PM said...

harta je difikiran dorang nih~

Catwoman on December 16, 2009 at 10:53 PM said...

Salam Dear.....

Takpe la....biarkan diaorg tu. Jodoh, pertemuan, ajal ditentukan oleh ALLAH. Kita doakan yg baik2 utk semua kita,Dik.

;)

kawie2020 on December 16, 2009 at 11:33 PM said...

aku berprasangka baik.. dah jodoh la tuh.. biarkanlah asalkan sah n halal disisi allah..

kuyie on December 16, 2009 at 11:51 PM said...

perempuan yg solehah utk lelaki yg solehah...

*ade kene mngena gak kan??

ezzati on December 17, 2009 at 12:06 AM said...

kadang2 yg kt tak mintak tu la yg jd..bila dh berada d tempat org tu brula kt paham..

ape2 jer on December 17, 2009 at 12:39 AM said...

hmm dunia biasalah...

mukasurat17 on December 17, 2009 at 12:41 AM said...

cinta penting, harta pon penting.
semoga beliau bahagia hingga hujung nyawa.

PuanPepel on December 17, 2009 at 12:42 AM said...

speechless~

Cetusan on December 17, 2009 at 1:03 AM said...

bodek cinta kerana harta, tetapi adakala cinta dibeli dgn harta.

dengan cinta harta boleh pupus,dengan harta cinta boleh hilang.

pilih sederhana cukup makan, dengan IMAN.

Azuan on December 17, 2009 at 1:38 AM said...

nelayan terpaksa berumah kat tepi pantai hoho

eeeda on December 17, 2009 at 9:35 AM said...

Tak perlu melukakan hati org lain...
Biar bersederhana lah dalam segala hal....

Kaya tak semesti bahagia...
Miskin tak semesti derita...

attyfir on December 17, 2009 at 10:16 AM said...

teraNG2 nak kan harta je..

Softtouch [Hanim] on December 17, 2009 at 11:03 AM said...

ikut niat org tu..mmglah sape xnak idup sennag kan tapi kalu jln yang diambil tu salah, mmg xbahsgialah jwbnya..yelah idup ni kan mcm roda..xkene byr cash kat akhirat nnti kena kan...

white rose on December 18, 2009 at 1:44 AM said...

bila hati sdh mau, apa mau kata...dia plih cara itu, dia tggung laa melalui cara itu...


ya betul...ketentuan Allah sdh pasti...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting