Monday, December 21, 2009

PenDapaTan NUFFNANG

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:34 AM
Rata-rata sekarang ini, ramai yang menulis tentang Nuffnang! Tentang Pendapatan dan Pendapatan Terumpuk! Oh! Jika kamu Ahli Nuffnang. kamu boleh rujuk di bahagian pendapatan kamu!

Aku tertarik tentang satu blog yang aku baca. Tapi maaf, aku tidak ingat blog siapa. Jika blog kamu, sila mengaku ya? He he he.. Beliau menulis mengenai pendapatan melalui Iklan Nuffnang.

Katanya, setiap blogger yang meninggalkan kata-kata 'Saya sudah klik iklan kamu' di 'shoutbox beliau, beliau akan menulis di atas kertas. Maksudnya setiap yang klik beliau akan senaraikan. Beliau akan kira dan darabkan setiap klik dengan pendapatan setiap klik. Hasilnya tidak sama dengan yang tertulis di Bahagian Pendapatan Nuffnang. Jumlah klik yang beliau senaraikan lebih banyak dari jumlah pendapatan yang beliau terima. Mengapa? Kerana katanya, ada yang hanya meninggalkan pesanan tetapi tidak mengklik dan dengan harapan bila kita membaca kita akan mengklik iklan beliau. Faham? Ada juga orang yang begitu kan?

Aku harap kamu semua bukan orang yang sebegitu. Setiap klik itu adalah berkaitan dengan wang! Bila sudah menjadi wang, itu akan menjadi milik kamu. Bila menjadi milik kamu, kamu akan keluarkan dan akan gunakan. Mahukah kamu menggunakan sesuatu yang tidak berkat? Maksudnya di sini, strategi yang kamu gunakan tidak betul. Kamu menipu dan mengaburi mata orang lain dengan 'klik tipu' dan mengharapkan orang akan membalas klik tersebut di blog kamu pula. Kejikan?

Ini mungkin nampak remeh pada yang orang tidak kisah. Pada orang yang akan komen 'Aku tak kisah, kalau ada, adalah!!' Tapi bagi aku ini bab etika. Tidak perlu mengaut untung dengan cara yang salah. Memperdayakan orang.

Jujur aku katakan, aku tidak pernah meninggalkan pesanan 'Saya sudah klik iklan kamu' di mana-mana 'shoutbox'. Sebab utamanya ialah aku tiada masa menaip. Masa aku terbatas. Setiap malam berpuluh-puluh blog dan 'entry' yang aku terjah. Dapat baca dan komen sudah cukup baik bagi aku. Dapat klik sudah cukup membalas kunjungan kamu. Tidak mengapalah jika kamu tidak tahu.
Bila tangan kanan memberi tangan kiri tidak perlu tahu. He he he.. Ayat sedapkan hati. Lebih baik begitu daripada kita masuk berpuluh-puluh mahupun ratusan blog, semata-mata untuk tinggalkan pesanan 'saya sudah klik' tanpa mengklik.

Aku hargai kamu yang datang dan mengklik. Aku hargai kamu yang jujur mengklik dan meninggalkan pesan. Jangan gusar, jika tiada pesanan 'Aku sudah klik' di 'shoutbox' kamu bukan bermakna aku tidak klik.
Jika kamu yang sebaliknya juga tidak mengapa. Tidak kisah. Cuma, jika kamu seperti itu, bacalah 'entry' ini dari mula sehingga habis. Bukan hanya membaca sepantas kilat dan mengomen. Komen kamu akan lari dari isi pati sebenar dengan apa yang ingin aku sampaikan.

Nota kakitanganku : Ramai yang dah keluarkan pendapatan ya? Boleh belanja aku kan? He he he he...




30 kUs-kUs:

Unknown on December 21, 2009 at 12:02 PM said...

akak punye da bape???leh blanja??

Ms.Lilies on December 21, 2009 at 12:14 PM said...

aku blm kuar2kan lagi...biarla dia dok berlonggok dlm tu ahahaha...bkn byk pun

Hani Ahmad on December 21, 2009 at 12:17 PM said...

Salam si tedi..
ermm pe lah org tuh mengharapkn balasan pulak yek..
kite klik sendiri jek xpayah nak harap kn org..sikit ke banyak ke tu lah rezeki kite..

(+_+)

Anisa on December 21, 2009 at 12:24 PM said...

hehhe
saye bukan org mcm tuh
hehe


suke ati la sesape nak klik2
hehe

tp tade la congak2

miranasib on December 21, 2009 at 12:25 PM said...

tp ada gak yg mereka klik tp xbiarkan habis loading dulu,then terus closed windows..camtu pun leh menyebabkan xdpt any earn dr nuffnang..

Queen on December 21, 2009 at 12:34 PM said...

dulu tolong klik iklan nanang org..tapi tiada balasan langsung..haish2..ini kene kabor nie..jadi sudah mula..klik dan bgtau..klau rajin le..kalau tak tu..klik dan diam2 sudah..

tapi tak kesahla...ade pertambahan sikit..dari rm4 skang dah rm9...ehhehehehe......gile kesian...
ehheheheh

takpelah tedi...setiap org ada alasan amsing2...yang penting kita redha jer..

chentaMAYA on December 21, 2009 at 12:38 PM said...

nuff aq bawu 5henget lebih!

CITY® on December 21, 2009 at 12:41 PM said...

weh tedi,
camana cara nak wat nufnang n dapat wet ni?
nak kena belajo gak nih
lallalalla
nanti i dpt wet banyak , i belanja u okis
hekehekhek

tak ada masa lagi nak baca bab nufnang n dpt duet nih
heeeeeeeeeeee

aNIe on December 21, 2009 at 12:43 PM said...

Betul tu tEDl...bagi akak...saper yang klik & beritau dah klik kat shoutbox...akak akan ke blog mereka dan membalas jasa mereka yang dah klik pada blog akak...sbb pada akak mereka tu benar2 melakukannya...

Ntahlah...kita buat segalanya secara jujur...jgn pulak ada yang cuba buat spt yang tEDl katakan...kerana apa yang mereka dpt tak berkat...

@reLong on December 21, 2009 at 12:49 PM said...

Wkakaka!!!
nuffnang kt dari dlu 20 lbih je..
da stahun da..

tp xpela..ngak kisah..ada rezki adalah..nk watpe..da xnaik2..hihih

ezzati on December 21, 2009 at 12:51 PM said...

skrg dh bape??hehe..yg penting kt ikhlas nk klik..

Si budak Aboi on December 21, 2009 at 1:07 PM said...

aboi rase bkn sbb tu lah nikerna sbb nuff admin monitor pd ip address !

Bulan Dilangit Osaka Biru on December 21, 2009 at 1:25 PM said...

wah,,, sungguh rajin org itu...

Dina Zakaria on December 21, 2009 at 1:40 PM said...

i xde nuffnang pun..n klik iklan pun kalo rasa mmg tertarik ngn iklan tu jerr..hehhehe

lel on December 21, 2009 at 1:43 PM said...

aku tamau casg kan lagi
tunggu 1000 baru puas
tapi mcm 5tahun lg baru cukup kot
haha

mamai on December 21, 2009 at 1:50 PM said...

tolong menolong tak salah....lebih senang tanpa iklan tiada yang perlu di kisahkan

NS on December 21, 2009 at 1:55 PM said...

kalu ak klik ak gitau..
kalu tak aku senyap je huhu..
btw, ak klik ni..
haha

fara on December 21, 2009 at 1:57 PM said...

Nape nuff aku tido je??
tak gerak2 pon...

T_T

amie on December 21, 2009 at 3:51 PM said...

yess..
tak pena pom gtau klik nuffnang org..
kekkeke..
nuffnang dakni siket je..
sobss..
mesti teddy nye byk kan..
cam propp..
kekeke

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on December 21, 2009 at 5:02 PM said...

hahaha~
cam aku gak~

if org dah kata, saya klik iklan kamu, aku g balik kat blog dia, aku tekan iklan dia gak, if tido iklan dia, aku refresh2 sampai ada, so, aku kira dah balas jasa dorang~

if tekan URL, keluar dapat wang le apa le, memang aku banned IP tu~

pedulik~~~
(memang aku keji)

biar aku klik masuk blog org, tekan iklan kat blog dia, dari dia menipu macam tu~ (memang aku panggil sebagai menipu)

seklai lagi, aku mmg kejam~
hahaha~

amal on December 21, 2009 at 6:29 PM said...

dulu masa awal2 join nuff ni, mmg bile ke blog org, amal akan tinggalkan pesanan camtu..lama2 rasa x bes lak..nmpk macam amal ni menagih org untuk klik nuff amal gak..so skang ni, i'll just click..no need to inform..click untuk sama2 support kan eheh..if ada yg click nuff amal then i'll be so glad :):)

MyaFiza on December 21, 2009 at 6:40 PM said...

kalau dh klik tu..no need la nk inform kt org.. x ikhlas namanya...

rAtu saLju™ on December 21, 2009 at 7:05 PM said...

ok..aku ikhlas ckp yg aku da klik ko nye nuffnang..tu je

DaKoSue on December 21, 2009 at 7:36 PM said...

wahhh ayat yang sungguh pedas dan mantop....aku pun baru try nuffnag nih tak tahu lah ade tak yg sudi klik hehe sebab aku adalah org yg paling rajin mengupdates blog huhu

Amal on December 21, 2009 at 8:30 PM said...

aku jarang klik nuffy org.

anak_singa on December 21, 2009 at 11:02 PM said...

tak pernah klik iklan nuffnang..dan tiada acc nuffnang..ha3... no worries...

Amieynna Amin on December 21, 2009 at 11:30 PM said...

salam..
saya baru je register nuffnang..
lambat skit..
org lain da kaya da..

betullaa..
xperlu gtaw da klik ke x..
ikhlas..

=)

a.z.r.i.n.a.03.07 on December 22, 2009 at 4:40 PM said...

alamak ai..ari ni 1st time klik kat adv nuff kat atas tu...pasal dah ternampak..hehehe.. tulis kat smix lak...malu pulak...

PEREKA CERITA on December 28, 2009 at 6:33 PM said...

wah pedas tul luahan hati tp aku pon dah terkena.. hari2 org tulis ckp klik nuffnang tp bila kuar earning xde pon rekod org klik.. lg 1 klu kita klik nuffnang blog sendiri hari tu kita xkan dpt sebarang pendapatan walaupon ada pengunjung blog lain klik nuffnang kita

Admin on August 5, 2010 at 7:14 PM said...

lagi saya terjumpa nuffnang club di http://nuffnang.forumotion.com/

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting